Jangan main khianat - Nik Aziz
KOTA BHARU, Khamis - Ketika bercakap kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat Lujnah Politik Pas di kediaman rasminya di JKR
10, di sini, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan mengadakan ceramah di luar
Kelantan kerana menganggap Pas di negeri ini selesa.
Ditanya mengenai keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad, bahawa BN akan dapat menawan semula Kelantan daripada Pas dalam
pilihan raya akan datang, Nik Abdul Aziz berkata:
"Dia yakin, dia punya pasal... syaratnya dia (PM) 'gentleman'. Jangan
main kacau sebagaimana yang dia sebut bahawa pilihan raya kali ini kotor.
Jangan buat benda itu, dia kena buat cara sopan.
"Soal kalah menang, itu masalah lain. Jangan main khianat. Demokrasi
jangan diguna untuk membunuh demokrasi,"
katanya. |