*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
 Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk
seseorang wanita
 untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya
menerima habuan
syurga
 yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. . Mereka
hanya perlu
 memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

 1. Taat kepada Allah dan RasulNya
 2. Taat kepada suami

 Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai
berikut:

 1- Taat kepada Allah dan RasulNya
 Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

 i) Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
melebihi dari
   segala-galanya.
 ii) Wajib menutup aurat
 iii) Tidak berhias dan berperangai seperti wanita
jahiliah
 iv) Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki
ajnabi kecuali ada
     bersamanya mahramnya.
 v) Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran,
kebajikan dan
    takwa
 vi) Berbuat baik kepada dua ibubapa
 vii) Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah
ataupun senang
 viii) Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
 ix) Bersikap baik terhadap jiran tetangga

 2. Taat kepada suami

 i) Memelihara kewajipan terhadap suami
 ii) Sentiasa menyenangkan suami
 iii) Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya
semasa suami tiada
    di rumah.
 iv) Tidak cemberut di hadapan suami.
 v) Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
 vi) Tidak keluar tanpa izin suami.
 vii) Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
 viii) Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
 ix) Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
 x) Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan
kecantikannya
     serta kebersihan rumahtangga.

 FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
 Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat
wanita adalah
 datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran
atau yang
 berbentuk material sebagaiamana yang
digembar-gemburkan oleh
 para pejuang hak-hak palsu wanita.
 Faktor-faktor tersebut ialah:

 1- Lupa mengingati Allah
    Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti
luar atau
    memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai
wanita yang
    tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari
mengingati Allah.
    Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan
saat yang paling
    berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan
mengarahkan hawa
    nafsu agar memainkan peranannya. Firman Allah
s.w.t. di dalam
    surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya:
   " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan
hawa nafsunya
     sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat
berdasarkan
     ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati
pendengaran dan hatinya
    dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
    Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya:
   "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga
dia merasa
    cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan."
(Riwayat Tarmizi)

 Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir,
tetapi
 termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah
atau
 sebagainya.

 2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia
   Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak
menjebak wanita
   ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan
syaitan dengan
   mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki
agar sama-sama
   bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit
yang sanggup
   menderhaka kepada Allah  s.w.t. hanya kerana
kenikmatan dunia yang
   terlalu sedikit. Firman Allah s.w.t. di dalam surah
al-An'am:
   Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini
melainkan permainan
   dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu
lebih baik bagi
   orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah
kamu
berfikir."

 3- Mudah terpedaya dengan syahwat
 4- Lemah iman
 5- Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

 WaLlahu A'lam

 Rujukan
 1. Al-Quran
 2. Ihya' Ulumuddin
 3. I'anah al-Thalibin
 4. Al-Iqna'


=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke