3 MB Bantah Tarikh Pilihanraya |
Semasa hari pembubaran parlimen diumunkan oleh Mahathir, beliau telah
memanggil semua Menteri Besar untuk dimaklumkan (bukan bincang atau
mesyuarat).
Semasa taklimat tersebut, tiga menteri besar
telah menyatakan rasa tidak setuju tarikh pilihanraya dibuat terlalu cepat.
Mereka adalah Shahidan (Perlis), Wan Mokhtar (Terengganu) dan Isa
(NS).
Ketiga-tiga mereka memberi sebab kurang bersedia. Mereka
menyatakan jentera pilihanraya negeri masing-masing masih tidak bersedia dengan
sepenuhnya. Malah mereka turut menyatakan bahawa mereka amat terkejut dengan
pengumunan tersebut.
Sumber dalaman menambah bahawa antara
sebab lain yang lebih utama Shahidan mahu menundakan tarikh pilihanraya ialah
kerana namanya diberitakan digugurkan.
Sekian
Ibrahim Baba 13
NOVEMBER 1999
http://members.tripod.com/mahafiraun
|