*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Satu kesempatan yg bijak diambil oleh YAB PM kite terhadap
satu usha untuk memulihkan ekonomi....dan mase depan negara
Malaysia yg tercinta....

Bukan lah bijak untuk menunggu berpuluh puluh tahun lagi baru
untuk mengushakan carigali di perairan kelantan kerana diwaktu itu
mungkin simpanan gas sudah kehabisan disedut oleh pelbagai pihak.
satu andaian mengatakan kawasan gas di perairan kelantan itu
mungkin bersambung dgn kaw. carigali di Brunei D.S. serta
di Thailand....kalau benar..adalah satu kerugian yang teramat sangat
jika kita lambat untuk memulakan nya.....

Bagi PM.....jika dilambatkan satu kerugian negara tetapi jika diteruskan dgn
format
yg biasa (macam Terangganu nye case)  satu kerugian
buat UMNO kerana terpaksa Pusat kena bayar royalty kepada Kerjaan PAS.

Walaumacam mana pun PM tetap bijak dalam penyelesian ini......dia sedar
ketidak pekaan rakyat Kelantan ....dia tau ketidak sensitifan rakyat
kelantan
dia tau rakyat kelantan sudah boleh diperkotak katik...disepak terajang pun
boleh kerana ...dia tau maruah
rakyat kelantan yg harga nya cuma tiga amas itu....dapat digula
gulakan..mungkin bagi pandangan
PM ..lah.....(terserah pada anda untuk menilainya).......

PM mengambil langkah cilik....meneruskan usaha demi untuk menyelamtkan
Malaysia.dari kerugian yang amat maka disedut segala minyak dan gas tanpa
mendarat di Kelantan bahkan diantar terus ke negeri Kedah sebelum di export
ke Negeri Siam......maka terlaksana lah MoU dgn kerjaan thai baru baru ini

Yang untung Rakyat Malaysia ..mungkin itu hujah PM kepada semua rakyat
Malaysian kerana kite....dapat juga menrasai nikmat hasil minyak dan gas
itu........
kerana pada pandangan PM.......tak perlu membina loji di kelantan kerana
negeri itu tak memerlukan ...bahkan infra struktur masih ditahap yg begitu
mundur dan memerlukan belanja yg besar untuk mengushakan nya....mungkin PM
akan mengula gula kan demo orang kelante' bahawa " .....bahkan yang berkerja
nanti di loji di kedah itu mungkin majoriti nya orang orang kelantan
juga.......kerana umumnya diketahui org kelantan ini pandai
pandai.....belake......"  ........YBM KuLI arif dalam hal ini.....

tiada siapa yang dizalimi dalam issue ini........PM tidak menzalim demo
orang kelante'
bahkan demo yang mengaku orang kelate mungkin menzalim diri demo sendiri
dengan sikap tidak peka dan "tok cakno dan leweh" terhadap negeri demo.....
sehingga ini tiada protess dari orang orang kelate......setahu
saya.........tak de orang kelate yang gedeber dan hanalan yang bersuara
dalam hal ini.....dari sebanyak rakyat kelate 's'kor pun tak brani nak
bersuara..bagi saya .mungkin istilah tak berani itu kurang tepat .....kerana
yang pasti nya orang kelate ini gedeber gedeber dan pandai
bergocoh...belake...mungkin hati orang kelatan belum terbuka atau mereka
tidak mampu untuk memikirakan perkara ini kerana kemampuan berfikir yang
terbatas ......apapun ...hati kecil mungkin berkata memang patut dan menang
sudah lumrah dunia kalau ini terjadi
kerna Chegu saya sentiasa berkata "SI BODOH MAKAN SI CERDIK"
siapa yg bodoh dan siapa yg cerdik....mungkin anda boleh menilai nya......

(*) Mungkin wartawan Harakah boleh interview KuLi & Menteri cabinet yg lain
dalam issue ini....dan kite lihat komen mereka......


----- Original Message -----
From: Irsa Zain <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, November 15, 1999 3:44 PM
Subject: H-Net* Rakyat Kelantan dizalimi..


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Analisis Berita - HARAKAH
>
> Perhitungan politik BN-Mahathir zalimi rakyat Kelantan
>
>    RATA-RATA rakyat Malaysia yang cukup prihatin
> tentang perkembangan politik negeri  Kelantan dan
> nasib rakyatnya menyedari perhitungan politik
> Umno/BN/Mahathir telah menzalimi 1.5 juta rakyat
> Kelantan.
> Sudah 10 tahun parti PAS memerintah negeri
>  Kelantan tanpa mendapat perhatian dan bantuan
> sewajarnya dari Kerajaan Pusat Umno/BN
>  pimpinan Dr. Mahathir di segi keutamaan pinjaman
> pembangunan, malah juga untuk
>  membangunkan sumber-sumber petroleum dan gas asli
> yang terbukti dijumpai di luar pantai
>  Kelantan. Sekiranya sumber ini dimajukan, ia akan
> dapat memberi pendapatan baru kepada
>  Kerajaan Negeri di segi royaltinya untuk membangunkan
> negeri Kelantan, sekaligus mening-katkan
>  taraf sosioekonomi rakyat serta membasmikan
> kemiskinan.
>
>  Apabila penulis bertanyakan seorang anak tempatan,
> iaitu pakar jurutera petrokimia di sebuah
>  syarikat petrokimia terkenal milik Jerman, Dorsch
> Consult, yang ditugaskan untuk membuat kajian
>  kemungkinan (feasibility study) oleh Perbadanan
> Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
>  bagi pembangunan industri petrokimia di Kelantan,
> beliau berkata: "Pegawai atasan Petronas tiada
>  masalah untuk datang ke Kelantan bagi memaju dan
> membangunkan industri minyak dan gas di
>  sini, cuma yang menjadi masalah ialah tidak mendapat
> `lampu hijau' dari orang atasan Kerajaan
>  Pusat."
>
>  Mungkin tidak ramai orang tahu bahawa Petronas berada
> di bawah bidang kuasa Perdana
>  Menteri. Sebab itulah Dr. Mahathir bebas untuk
> menggunakan wang Petronas berbilion ringgit
>  tanpa meminta izin dari sesiapa pun untuk membiayai
> projek-projek mega, mewah dan tidak perlu,
>  kesayangannya.
>
>  Seorang penganalisis politik tanah air berkata, kini
> Dr. Mahathir menggunakan segala kuasa yang
>  ada di tangannya bagi mengarahkan Petronas supaya
> jangan memajukan industri tersebut selagi
>  PAS memerintah Kelantan.
>
>  "Mungkin Mahathir menunggu saat kejatuhan Kerajaan
> PAS, barulah dia akan memulakan projek
>  pembangunan industri berkenaan secara besar-besaran,
> memandangkan dia juga memerlukan
>  banyak lagi wang Petronas untuk membiayai berbagai
> lagi projek meganya seperti mana yang
>  diumumkan beliau seperti projek hidro elektrik Bakun,
> lebuh raya pergu-nungan dari pusat
>  perjudian di Genting Highland ke Cameron Highland,
> jambatan ke Sumatera, 'airport' antarabangsa
>  di Kedah, dan sebagainya," katanya.
>
>  Begitu juga dengan projek penyaluran gas asli yang
> ditemui di luar pantai Kelantan yang
>  dianggarkan sebanyak 20 tcf (trillion cubic feet) dan
> bernilai RM65.5 bilion. Di segi penjimatan
>  kosnya, ia patut disalurkan melalui satu rangkaian
> talian paip terus ke Pantai Senok, Bachok,
>  Kelantan, yang terletak lebih dekat dari
> telaga-telaga gas dan juga terdapat kemudahan tapak
>  tanah seluas 5,000 ekar yang dimajukan oleh Kerajaan
> Negeri melalui PKINK bagi pembangunan
>  industri petrokimia yang dipanggil 'Pantai Senok
> Intergrated Petroleum Complex'.
>
>  Jarak Pantai Senok dari telaga-telaga gas asli yang
> ditemui itu adalah 100 km berbanding dengan
>  Kerteh, Terengganu, yang mempunyai jarak 300 km,
> meskipun terdapat kemudahan pendaratan
>  gas asli di situ. "Sedangkan kos membina satu
> kilometer saluran paip gas asli adalah AS$1 juta
>  (RM3.8 juta), maka adalah lebih murah dan ekonomikal
> untuk mendaratkan gas asli itu ke Pantai
>  Senok, Kelantan, sekaligus dapat juga membantu
> membangunkan industri gas dan petrokimia di
>  sini.
>
>  "Tambahan pula, kedudukan negeri Kelantan lebih
> strategik kerana ia lebih dekat dengan pasaran
>  gas asli di Kampuchea, Vietnam dan Thailand,
> berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia,"
>  kata Ketua Eksekutif PKINK, Wan Zulkifli Wan Jusoff,
> di seminar Pelan Pembangunan Strategik
>  Negeri Kelantan Tahun 2000-2010 baru-baru ini.
>
>  Tetapi apa yang berlaku, Kerajaan BN-Mahathir
> memutuskan projek penyaluran gas asli dari luar
>  pantai Kelantan itu dibawa ke negeri Kedah melalui
> laluan utara daerah Songkla, negeri Thai, yang
>  menyebabkan nilai kos yang lebih tinggi, iaitu RM3
> bilion.
>
>  Jadi saluran paip gas asli yang lebih panjang dan
> lebih mahal akan tidak melalui (by pass) negeri
>  Kelantan dan menyebabkan rakyat Kelantan akan
> berputih mata kerana hanya dapat melihat
>  kejayaan pembangunan tercapai di negeri lain
> sedangkan sumber-sumber petroleum dan gas asli
>  ditemui di luar pantainya.
>
>  Walaupun ditegaskan beberapa kali oleh Wan Zulkifli:
> "Ini hak Kelantan, hak rakyat Kelantan, dan
>  bukan hak negeri-negeri lain, kerana ia dijumpai di
> luar pesisiran pantai Kelantan", namun rakyat
>  dan negeri Kelantan tetap tersisih oleh pemerintahan
> zalim Umno/BN/Mahathir. Mereka dihukum
>  oleh Dr. Mahathir kerana memilih parti PAS untuk
> dijadikan pemerintah mereka.
>
>  Jelas perutusan Dr. Mahathir di Kongres Ekonomi
> Kelantan anjuran sebuah jabatan di bawah
>  Kerajaan Pusat dan dibantu oleh Umno negeri: "Amat
> sukar dinafikan Kelantan amat ketinggalan
>  ke belakang dalam arus perdana pembangunan negara",
> mungkin tepat sekali. Cuma ia disebabkan
>  oleh tangan Dr. Mahathir sendiri dan bukan disebabkan
> oleh kelemahan pentadbiran Kerajaan
>  Negeri.
>
>  Malah Kerajaan Negeri bersifat lebih proaktif dalam
> penyertaan pembangunan sumber gas asli di
>  Kelantan. Kerajaan Negeri telah secara agresif
> membentuk Keloil (Kelantan Oil) Sdn. Bhd. yang
>  beroperasi di bawah PKINK mulai 1992 lagi untuk
> menerajui dan memajukan industri minyak dan
>  gas, bagi memastikan sumber bumi Kelantan dapat
> didaratkan di Kelantan, serta menyiapkan diri
>  untuk penglibatan secara komersil dalam industri
> petrokimia.
>
>
>
> =====
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Irsa Zain <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "nazman" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to