Keputusan UPSR yang diumumkan hari ini sungguh
memberangsangkan. Terdapat begitu banyak sekolah yang memperolehi peningkatan
pencapaian UPSR mereka. Tambahan pula ada sekolah yang mencapai peningkatan
melebihi sekali ganda. Sebuah sekolah yang sejak dari tahun 1991 yang tidak
pernah meningkat pencapaian UPSR dan tidak pernah mempunyai pelajar yang
mendapat 5A, kali ini mempunyai 10 orang pelajar 5A. Mungkin sekarang guru besar
itu masih belum hilang kejutannya, mungkin juga untuk beberapa
hari.
Peningkatan dan kemerosotan pencapaian sekolah-sekolah bukanlah satu
perkara baru. Tetapi kali ini ramai guru besar hampir tidak percaya apabila
meneliti senarai keputusan yang mereka perolehi.
Bertambah pelik apabila Najib Al-Janda membuat pengumuman bahawa keputusan
UPSR tahun ini hanya meningkat sebanyak 1.0% sahaja. Tambahan pula bilangan
pelajar yang mendapat keputusan 5A berkurangan iaitu 19,282 berbanding 21,009
pada tahun lepas.
Apakah muslihat disebalik keputusan yang memberangsangkan di peringkat
sekolah dengan keputusan yang dianggap merosot di peringkat kebangsaan? Seperti
tahun-tahun lepas, dalam pengumuman keputusan peperiksaan SPM, STPM dan PMR,
Najib Al-Janda juga membuat kejutan terhadap keputusan-keputusan peperiksaan
yang dipercayai ramai mempunyai muslihat-muslihat tertentu.
Ketika Najib Al-Janda menghadapi pencalonan untuk jawatan Naib Presiden
Umno, keputusan peperiksaan SPM diumumkan sangat cemerlang. Apabila disiasat,
calon-calon yang mendapat keputusan ramai yang tidak mempercayai pencapaian yang
mereka perolehi. Jelas keputusan yang diumumkan ketika itu hanyalah untuk
mempopularkan Najib Al-Janda untuk menang kerusi Naib Presiden.
Setelah ramai lepasan SPM tersebut melanjutkan pelajaran mereka dengan
keputusan yang 'cemerlang' itu, hasilnya beribu-ribu yang gagal dalam
peperiksaan STPM yang mereka ambil 2 tahun selepas itu. Lebih menyedihkan lagi
apabila ramai pelajar-pelajar melayu yang mengikuti program-program matrikulasi,
samada anjuran kerajaan atau swasta gagal meneruskan pengajian mereka ke
IPT.
Kali ini senario berlainan sedikit. Selepas BN mengumumkan Belajawan 2000,
kemudian menghentikan perbahasan mengenainya kerana membubarkan parlimen, ramai
berpendapat Belanjawan 2000 itu hanyalah gula-gula kepada rakyat yang digunakan
untuk memancing undi.
Kini keputusan UPSR juga dilihat sebagai satu lagi gimik Najib Al-Janda
untuk memulihkan popularitinya selepas dilihat jauh ketinggalan dari populariti
Dolah Al-BAB. Adakah Najib Al-Janda memperolehi hajatnya untuk menampilkan
dirinya sebagai pemimpin umno yang popular dalam pilihanraya kali ini,
tidak dapat dipastikan.
Apa yang dapat dijangkakan ialah kesan kepada pelajar-pelajar yang menerima
keputusan UPSR tahun ini. Mungkin sekarang ibubapa yang mempunyai anak-anak yang
mendapat keputusan UPSR itu akan berasa lega dan seronok. Hakikatnya keputusan
itu tidak melambangkan pencapaian sebenar anak-anak mereka.
Kesan yang akan timbul hanyalah setelah pelajar itu masuk ke sekolah
menengah dan seterusnya menduduki peperiksaan PMR tiga tahun lagi! Dahulu ramai
lepasan-lepasan SPM yang tertipu dengan pencapai mereka. Apakah agenda Najib
kali ini dengan mengorbankan lepasan-lepasan UPSR akan menjadi pula?
Untuk membuktikan pandangan ini, sila kumpulkan semua keputusan
sekolah-sekolah yang memperolehi pencapaian yang 'mengajaibkan' ini dan
bandingkan dengan keputusan yang akan mereka perolehi pada tahun 2000 kelak.
Percayalah, keputusan itu akan kembali kepada keadaan asal, yakni dalam
lingkungan peratusan tahun 1998 dan 1997.
JANGAN TERTIPU DENGAN BN LAGI
UNDILAH PARTI-PARTI ALTERNATIF
|