*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
saya tak berapa setuju ttg hari isnin 29/11/99 nanti..bagi kita tak kira
hari,bulan tahun, hujan, ribut, petir atau apa2 pun.. perjuangan ttp
perjuangan... lagipun hak mengundi adalah hak kita, majikan tak ada hak
melarang kita utk turun mengundi..
ramai2 turun, ambik cuti kalau yg kena buang undi kat kampung
halaman..jangan sayang cuti, masa...korbankan hanya 5 tahun sekali.

----------
> From: muhammad abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* Telus atau Boikot
> Date: 15 November 1999 23:30
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> 
> Assalamualaikum
> 
> Satu demi satu helah serta taktik kotor mula diketengahkan oleh Mahathir
dan 
> kuncu-kuncunya - syaitan bertopengkan manusia terunggul di penghujung
alaf 
> ini.
> 
> Melalui anjing-anjing peliharaannya di Bukit Aman, orang-orang PAS dan 
> keAdilan diugut untuk meninggalkan perjuangan. Ada yang gambar mereka 
> diambil, gambar anak bini mereka dirakam, nombor plat kereta diambil dsb.

> Ribuan kalau tidak jutaan RM dihamburkan untuk membeli orang-orang
ini.Besar 
> atau kecil pangkat mereka dalam parti- kesemuanya diasak. Kita cuma 
> mendoakan agar mereka kuat iman dan tabah. Tetapi jangan sama sekali kita

> terkejut kalau ada nama-nama besar dalam PAS atau keAdilan yang berpaling

> tadah selepas ini. Ini hanyalah sebahagian daripda fitnah yang cuba 
> menghalang perjuangan.
> 
> Taktik kotor seterusnya didalangi melalui SPR. Mengapa hari pilihanraya
kali 
> ini diadakan pada Isnin. Bukankah mudah diadakan saja pada Sabtu atau
Ahad. 
> Tidakkah ini menyulitkan anak-anak serta adik-adik kita yang mengambil
SPM. 
> Bukankah tidak akan timbul masalah pindaan tarikh peperiksaan sekiranya  
> pilihanraya diadakan pada hari ahad atau sabtu? Isnin dipilih antara 
> sebabnya ialah boleh dikatakan 99% pengundi muda yang rata-rata menyokong
BA 
> bekerja pada hari itu.Dan kebanyakannya bekerja jauh daripada pusat 
> mengundi. Ramai anak muda yang berpendidikan, punyai kesedaran  dan 
> menyokong alternatif ini tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala 
> Lumpur. Pulau Pinang dan Ipoh tetapi mendaftar  sebagai pengundi di
tempat 
> asal mereka , mungkin di Temerloh, Tanjung Karang, Parit Buntar, Baling, 
> Kuala Berang dan sebagainya. Mungkin nanti akan dikeluarkan arahan 
> senyap-senyap kepada semua syarikat swasta agar membekukan cuti
kakitangan 
> pada hari isnin tersebut. Bagaimana nak balik kampung kalau itu terjadi? 
> Demi Allah, pilihanraya ini adalah satu jihad, apapun terjadi, biar perlu

> ponteng kerja, adalah wajib kita turun mengundi  walau di mana sahaja. 
> Jangan kita terlepas mengundi semata-mata kerana hari Isnin adalah hari 
> kerja. balik kampung sehari dua lebih awal untuk berkempen dan memberi 
> penerangan kepada sanak saudara tentang perlunya mengundi BA.
> 
> Banyak lagi taktik kotor akan dilakukan. Huru-hara mungkin dilakonkan.
> Kita menuntut SPR menjadi TELUS SETELUS-TELUSNYA. Kita masih belum parut 
> berganjak daripada tuntutan-tuntutan ini. Kalau mahu juga gunakan undi
pos,  
> SPR MESTI membenarkan wakil setiap parti yang bertanding menyaksikan
SETIAP 
> kertas undi dipangkah oleh orang yang benar-benar berhak memangkahnya,
dan 
> dimasukkan ke dalam peti oleh orang yang benar-benar berhak
memasukkannya.
> 
> SPR MESTI membenarkan wakil setiap parti yang bertanding mengiringi dan 
> mengawasi setiap peti undi, pos dan bukan pos (biasa)yang akan diangkut 
> daripada pusat pengundian ke pusat pengiraan undi. Pada hari ini , rakyat

> amat sangsi kepada polis - oleh itu untuk menyerahkan bulat-bulat kepada 
> polis  mengiringi peti-peti undi ini adalah tidak munasabah sama sekali.
> 
> Banyak lagi taktik-taktik kotor, sama ada melalui SPR dan auta-riti yang 
> lain akan digunakan. Soalnya sekarang, saya ingin mendapatkan pandangan 
> Tuan-tuan dan Puan-Puan, apakah wajar pihak pembangkang dan juga rakyat 
> Malaysia umumnya memberi kata dua kepada SPR - kalau dilihat keadaan
buruk 
> ini berlanjutan, kita BOIKOT hari penamaan calon dan pengundian. Biar
kera 
> itu seekor yang bertanding dan menang. Biar dia menjadi kera sumbang di
mata 
> dunia...kemenangan yang sebenarnya tidak sah dari segi moral ini akan
tidak 
> lama memaksa suatu pilihanraya baru yang lebih TELUS diadakan. Ini pernah

> terjadi berkali-kali di begitu banyak tempat lain di seluruh dunia.
Apabila 
> majoriti rakyat Malaysia tidak keluar mengundi sebagai tanda protes, itu 
> ertinya Mahathir tidak diterima lagi. Dan syaitan ini perlu sedar!!
> 
> Minta pandangan............
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "muhammad abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "osba" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke