Kenyataan akhbar Dr. Boo Cheng Hau, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Johor atas taktik "pecah dan perintah"  Barisan Nasional ala Rejim Apartheid pada 2 November 1999


Seperti Rejim Apartheid di Afrika Selatan dahulu, kerajaan Barisan Nasional menggunakan taktik "pecah dan perintah" dengan memupuk semangat berpuak-puak di antara rakyat Malaysia supaya rakyat  Malaysia berpecah belah dan tidak mampu mengancam kuasa rejim berkenaan. Mereka sendiri bermain politik perkauman tetapi menuduh Barisan Alternatif berbuat sedemikian, umpamanya Rejim Apartheid menuduh African National Congress dan Nelson Mandela sebagai "anasir perkauman".

UMNO menuduh Pas dan KeAdiLan memecah belahkan Melayu serta mengugut anak Melayu bahawa masa depan mereka terancam jika mereka menyokong Barisan Alternatif. Ini merupakan satu tuduhan bukan sahaja tidak berasas tetapi memupuk  semangat permusuhan di antara Melayu dan bukan Melayu.

Persaudaraan di antara Melayu dan bukan Melayu adalah begitu erat seperti air ditetak tidak akan berputus. Jika Melayu dan bukan Melayu tidak bermusuhan malahan tidak berperangan, kenapa UMNO tidak memupuk perpaduan seluruh rakyat Malaysia tetapi hanya "perpaduan Melayu"? Adalah ketara bahawa UMNO meniup-niupkan api permusuhan di antara kalngan Melayu dan bukan Melayu.

Politik perkauman juga dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin MCA termasuk Ong Ka Ting. Chua Jui Meng, Ling Liong Sik malahan pemimpin MCA tahap negeri misalnya Y.B. Ong Kim Lai, ADUN Mekingbol, Johor. Mereka menyeru orang Cina Malaysia "bersatu-padu" di bawah kepimpinan MCA untuk kepentingan mereka sendiri. Menurut laporan Nanyang Siang Pau bertarikh 21 September 1999, Y.B. Ong Kim Lai  menyatakan yang MCA layak mewakili masyarakat Cina kerana ianya memperjuangkan hak-hak orang Cina sahaja dan menggunakan Bahasa Cina sahaja dalam semua urusannya termasuk perhimpunan dna surat-menyurat. Kenyatan ini tidak selaras dengan kata-kata BN untuk mempertahankan keutamaan Bahsa Melayu.

Pemimpin-pemimpin UMNO khasnya Menteri Besar Johor Y.A.B. Datuk  Abdul Ghani Othman yang baru-baru ini menuduh DAP memecah belahkan rakyat Malaysia dan Pas memecah-belahkan Melayu, beliau dijemput membidas huraian Y.B. Ong Kim Lai, seorang pemimpin MCA yang begitu cauvinis. Jika Dato' Abdul Ghani enggan membidas Ong Kim Lai, ini cuma membuktikan bahawa UMNO sleama-lama ini bersekongkol dengan sebuah parti Cina MCA.

Manifesto Barisan Alternative yang menegaskan perpaduan seluruh rakyat Malaysia merupakan satu wawasan untuk masa depan semua warga Malayisa.

Barisan Nasional cuba menyesat pandangan khasnya masyarakat Cina dan menakut-nakutkan mereka dengan isu-isu Negara Islam dan peristiwa Mei 13.

Manifesto bersama parti alternatif merupakan perjuangan bersama semua parti alternatif untuk menghapuskan korupsi, kronisme, nepotisme serta menegakkan keadilan dan kebebasan berugama.  Usaha Barisan Nasional untuk memecah belahkan Barisan Alternatif dan rakyat Malaysia akan gagal kerana perpaduan seluruh rakyat Malaysia demi menentang segelintir penindas merupakan satu isu yang lebih hangat pada masa ini.

Kirim email ke