*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Usahlah dicari benda yang samar2 untuk merendahkan 
kewibawaan Ulama. Taktik ini nampaknya lanjutan dari tektik 
setan yang digunakan terhadap anwar.  Hanya orang yang dah 
mati yang tak dapat bezakan siapa yang perlu diikut; 
Mahadir/Umno atau Ulama/Pas.  Ingat, undi anda akan dibawa 
kedalam kubur. Ada orang masuk neraka percuma kerana 
membenci Ulama. Kita tak perlu "the sixth sense" untuk 
menilai kenyataan dibawah - "only ordinary mukmin's common 
sense". 

1. Hukum rejam kepada penzina adalah primitif - (Kenyataan 
Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, 
Kelantan Darul Naim)

2. Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan
- (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para 
wartawan)

3. Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak 
ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan 
bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud 
tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai 
rakyat berbilang kaum dan agama. - (Ucapan Mahathir pada 2 
Mei 1992 di Papar Sabah).

4. Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh
BN tidak akan melaksanakan hukum hudud. - (Kenyataan 
Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas 
mesyuarat MT Umno)

5. Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat 
Malaysia bukan seratus peratus Islam - (Ucapan Mahathir pada
14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan).

6. Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun 
keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. 
Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh 
melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan 
Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, 
Kelantan)  

7. Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat 
saksi yang tidak fasik. - (Ucapan Mahathir pada 3 Mac di 
Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

8. Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika 
berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di 
kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum 
hudud dilaksanakan di negeri itu.  Rakyat harus menyoal 
perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan 
perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak 
semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara
Islam lebih makmur tanpa hukum itu. - (Kenyataan Najib Razak
pada 20 April 1992 kepada para wartawan)

9. Ini pula kita dengar Nik Aziz berkata bahawa perkataan 
Islam dalam PAS itu menolong mengingatkan kita kepada Allah.
Sebelum Nik Aziz masuk PAS, dia tidak ingatkan langsung 
kepada Allah SWT.  Saya dilahirkan jauh sebelum PAS ditubuh
kan pada 1952. Saya dilahirkan pada tahun 1925 dan saya sudah
tahu (bukanlah pada tahun pertama lahir) tapi apabila faham 
sikit, sudah tahu nama Allah.  Saya faham saya adalah orang 
Islam. Tak payah ada parti PAS pun. Nik Aziz.  Ini Nik Aziz 
KONONNYA TOK GURU. Tak boleh guna nama lain, kena panggil 
Tok Guru...TOK GURU APA?  Sanggup mendakwa bahawa kerana ada
PAS lah, maka kita ingat kepada Allah (Mahathir di 
perhimpunan Agung Umno 20 November 1994).

10. Biarkan orang kata saya jaguh lompat. Mereka boleh 
panggil saya Raja Katak supaya stress mereka hilang.  Tetapi
saya merayu agar mereka jangan lagi menyerang Perdana 
Menteri, Dato Seri Dr Mahathir. Beliau sudah terlalu banyak 
berbakti kepada negara ini dan TIDAK PERNAH MELAKUKAN
SEBARANG DOSA. - Ibrahim Ali.

11. PAS TIDAK LAGI RELEVAN JIKA UMNO TELAHPUN MENEGAKKAN
HUKUM ALLAH. - T.G. Nik Aziz

Sekian.



____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: spy leman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke