*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambungan....

SYUBHAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

        PM M'sia berkata:"Dlm Islam sebarang kerja yg dibuat
adalah tergolong dlm urusan agama, termasuklah dlm
soal memerintah negara.....kita dlm Islam semua
gerakan kita sama dgn agama."

        Dpd ucapan beliau tersebut, adalah nyata bahawa
beliau sebagai PM sebuah negara yg beramal dgn fahaman
sekularisme, telah memahami syumuliah Islam dgn
caranya yg tidak menepati kehendak ajaran Islam.
Beliau dan pemimpin2 berfahaman sekular lainnya tidak
dapat melihat pertembungan pengakuan mereka di atas
syumuliah Islam itu dgn keengganan mereka atau apa yg
mereka selalu katakan sebagai penangguhan mereka
terhadap perlaksanaan hukum Allah swt sebagai mematuhi
fahaman sekularisme yg mereka anuti di bidang politik.
Dgn fahaman yg bercanggah dgn maksud sebenar syumuliah
Islam itu beliau lantas memahami bahawa semua urusan
hidup adalah tergolong di dlm kerja2 agama sekali pun
ia bercanggah dgn syariat Islam spt corak pemerintahan
negara yg diamalkan oleh para pemimpin negara semenjak
kemerdekaan. Menampal urusan2 tersebut dgn beberapa
syi'ar agama atau istilah2 agama shj tanpa
melaksanakan ajaran syariat Islam sepenuhnya tidaklah
akan menjadikan amalan2 tersebut sebagai kerja2 agama
yg menjadi taqarrub (merapatkan) kpd Allah swt.
Menamakan kerja2 yg tidak berpandukan kpd syariat
Islam itu sebagai kerja2 agama adalah pembohongan
terhadap Allah dan RasulNya saw.

Firman Allah swt di dlm surah Al-Imran ayat 78 yg
bermaksud:"Dan sesungguhnya di antara mereka (Ahli
Kitab itu) ada (ketua2 ugamanya) yg memutar lidahnya
semasa membaca kitab Taurat (dgn mengubah maknanya)
supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat
padahal ia bukanlah dari kitab itu. Dan mereka pula
berkata: "(bahawa) ia adalah (datangya) dari sisi
Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah dan mereka
pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang
mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)".

        Perlulah difahami oleh mereka yg terpengaruh melihat
ajaran Islam melalui kaca mata pemikiran barat bahawa
kesempurnaan Islam itu bukanlah kesempurnaan yg
bersifat ideologikal tetapi ia adalah kesempurnaan
ubudiah, oleh itu mengakuinya dan berbangga dgn
kesempurnaan Islam itu di atas bangsa2 yg lain tanpa
melaksanakan ajaran2 syariat Islam itu sebenarnya
adalah pengakuan dan kebanggaan yg tidak mempunyai
sebarang erti di sisi Allah swt dan tidak mempunyai
sebarang faedah kpd perjuangan Tauhid yg dibawa oleh
Islam ke dunia ini.
.......bersambung.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke