Peneroka Felda Akan Tolak BN

Mahathir hanya ambil berat tentang turun naik harga saham. Turun naik harga sawit dan getah Mahathir tak pedulikan. Semasa kegawatan ekonomi, Mahathir sediakan RM60 bilion untuk selamatkan syarikat kroni BN. Tetapi tiada dana untuk selamatkan nasib 112,000 orang peneroka Felda di seluruh negara.

Masalah Peneroka Felda Banyak

Ada 112,000 peneroka Felda di seluruh negara. Jika dikira anak isteri dan isi keluarga, terdapat lebih 500,000 orang berada di tanah rancangan Felda. Dasar pembangunan ekonomi Mahathir yang tidak seimbang kerana terlalu berat mengutamakan perindustrian sehingga mengabaikan perhatian adalah punca utama masalah penduduk di tanah rancangan Felda.

Masalah Utama Peneroka Felda

Kejatuhan harga getah dan kelapa sawit adalah masalah utama peneroka Felda. Harga kedua-dua komoditi ini di pasaran dunia jatuh sekarang. Harga getah sekerap basah hanya 73 sen sekilogram. Ia hanya dinaikkan apabila menjelang pilihanraya umum.

Harga sawit pula jatuh hampir separuh. Pada akhir tahun 1998 dulu, harga setan sawit ialah RM420. Tetapi sekarang, harganya cuma RM200 setan. Felda membeli dari peneroka dengan harga yang lebih rendah daripada itu.

Pengurusan Felda Menindas Peneroka

Pihak pengurusan Felda mengenakan bermacam-macam potongan ke atas peneroka. Pemotongan ke atas pendapatan peneroka menjadikan kehidupan mereka semakin terdesak. Ini kerana harga barang keperluan harian seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, susu dan sebagainya telah naik mendadak. Belanja persekolahan anak, bil air dan api serta telefon juga tinggi.

Pihak Pengurusan Felda Menindas

Pihak Pengurusan Felda membeli hasil keluaran peneroka seperti kelapa sawit lebih rendah berbanding harga di pasaran. Pihak peneroka dilarang oleh pengurusan Felda untuk menjual sawit ke pihak luar (peraih swasta). Peneroka menganggap ini semacam satu penindasan. Contohnya, ketika harga sawit tinggi, pihak swasta membeli daripada peneroka sebanyak RM420 setan, tetapi Felda membeli dengan harga RM360 sahaja. Semasa harga rendah seperti sekarang, pihak Felda membeli sawit dari peneroka dengan harga RM150 setan, sedangkan pihak swasta di luar Felda sanggup membeli RM200 setan. Peneroka tidak puas hati akan perbezaan yang besar.

Syarat-syarat Perjanjian Berat Sebelah

Surat Perjanjian antara peneroka dengan pihak Felda berat sebelah. Ia menguntungkan pihak Pengurusan Felda, tetapi menekan peneroka. Misalnya, hak untuk menanam semula disyaratkan supaya dilakukan oleh pihak Pengurusan Felda sahaja. Syarat ini terdapat dalam surat perjanjian itu walaupun para peneroka telah selesai membayar hutang mereka kepada Felda.

Pihak Pengurusan Felda Untung Besar

Pihak Pengurusan Felda mendapat untung melebihi RM2 bilion setahun. Tetapi hanya RM7.2 juta sahaja dibelanjakan untuk kebajikan kira-kira setengah juta penduduk di tanah rancangan Felda di seluruh negara.

Agensi Felda Jadi Birokrasi Gergasi

Felda sepatutnya berfungsi untuk membantu peneroka, tetapi selepas lebih 30 tahun, Pengurusan Felda telah bertukar menjadi satu birokrasi bersifat gergasi yang hanya memikirkan keuntungan Felda sebagai satu korporat dan mengabaikan nasib peneroka itu sendiri. Malah, pihak Pengurusan Felda memusuhi peneroka yang mahu berdikari.

Peneroka Tidak Puas Hati

Pihak Pengurusan Felda terlalu memberi perhatian kepada perniagaan syarikat-syarikat korporat Felda sendiri. Kepentingan peneroka tidak dipedulikan. Koperasi-koperasi yang ditubuhkan oleh peneroka hidup segan mati tak mahu kerana mendapat saingan dari syarikat-syarikat perbadanan Felda sendiri. Agensi Felda sekarang sebahagian kerjanya ialah berniaga. Bukan seperti fungsi asalnya dulu.

Pendapatan Peneroka Felda Merosot

Terdapat peneroka Felda hanya mendapat sara hidup RM200 sahaja sebulan. Itu pun bukan merupakan wang, tetapi dalam bentuk kredit pengambilan barang-barang keperluan harian di kedai Felda. RM200 itu tidak cukup bagi menanggung sesebuah keluarga.

Pada mereka yang mengamalkan sistem blok, peneroka itu hanya mendapat pendapatan bulanan antara RM350 hingga RM450 setiap bulan. Paras pendapatan bagi garis kemiskinan di negara ini bagi lima orang isi rumah bagi satu keluarga ialah lebih dari RM500 sebulan. Jadi ramai peneroka Felda sekarang hidup di bawah garis kemiskinan jika mereka tiada sumber pendapatan lain.

Generasi Kedua Felda Terabai

Kurang pusat-pusat latihan kemahiran dan vokesyenal bagi anak-anak peneroka untuk mendapatkan kemahiran bagi membolehkan mereka bekerja dengan pendapatan yang baik. Pada hari ini, anak-anak peneroka yang ada di tanah rancangan itu dijadikan pekerja sahaja di ladang-ladang yang diusahakan oleh Felda Plantations.

Peneroka Berhak Atas Wang Tanam Semula

Para peneroka Felda berhak menuntut supaya Wang Tabung Tanaman Semula itu diberikan kepada peneroka untuk membolehkan mereka menanam semula tanah mereka secara berdikari. Menurut perjanjian antara peneroka dengan Felda, setiap peneroka disyaratkan menabung sekurang-kurangnya RM9,600 untuk tabung tersebut sehingga selesai membayar hutang untuk tempoh selama 20 tahun. Setiap peneroka dianggarkan memiliki RM17,000, termasuk faedah diperolehi, apabila masing-masing selesai membayar hutang dalam tempoh itu. Tetapi wang itu kini dipegang oleh Pihak Pengurusan Felda.

Peneroka Felda Rasa Tertipu

Terdapat beberapa kes penipuan dalam penjualan tanah peneroka Felda kepada pihak-pihak pemaju, seperti pernah berlaku di Felda Sendayan, Negeri Sembilan. Seramai 460 peneroka Felda Sendayan rasa tertipu dengan perjanjian jual beli tanah yang diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan (PKENS). Masalah yang hampir sama berlaku di beberapa tanah rancangan Felda yang lain, misalnya di Felda Cahaya Baru di Masai, Johor.

Peneroka Felda Sama-Sama Membuat Perubahan

Segala masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda di seluruh negara tidak dapat diselesaikan oleh BN. Pemimpin BN lebih mementingkan diri masing-masing. Hanya perubahan kerajaan boleh membawa perubahan kepada nasib peneroka Felda serta keluarga mereka. Dengan angka lebih 500,000 penduduk yang berada di tanah rancangan Felda, maka BN boleh ditumbangkan jika pengundi di Felda menyokong Barisan Alternatif pada 29hb November

Tamat

Untuk menyertai senarai kami, sila hantar mesag kosong ke:

[EMAIL PROTECTED]

[EMAIL PROTECTED]

Untuk keluar dari senari tersebut, sila hantar mesag kosong ke:

[EMAIL PROTECTED]

[EMAIL PROTECTED]

Sila lawat laman kami di:

http://kini.webjump.com/

http://berita.webjump.com/

http://members.xoom.com/adilmalaysia/

Para penerima diminta mencetak, menyalin dan mengedar Kini, terutamanya kepada mereka yang mungkin berminat. Kami juga menghendaki alamat e-mail supaya dapat mengirim risalah harian ini secara langsung.

Terima kasih atas kerjasama anda.


click here
Click here!
eGroups.com Home: http://www.egroups.com/group/unit-it
www.egroups.com - Simplifying group communications

Kirim email ke