*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Semalam saya sempat mendengar fikiran Professor Hamdan di ruangan Komentar di TV1. Saudara Hamdan adalah pemimpin persatuan pengguna yang terbesar di Malaysia iaitu FOMCA. Dalam wawancara itu nampaklah belang saudara Hamdan ini sebagai seorang penyokong kuat parti UMNO yang memerintah sekarang. Sekarang barulah kita tahu kenapa persatuan pengguna terbesar yang dipimpinnya ini tidak dapat melakukan banyak perubahan dalam membela nasib pengguna di Malaysia. Selama ini suara lantangnya itu hanyalah merupakan sandiwara dan lakonan semata. Secara logiknya kalau saudara Hamdan boleh terima dan sanggup menyokong parti yang pemimpinnya membenarkan polis yang di bawah kuasanya melakukan penginayaan dan kekejaman dengan menumbuk, menendang orang yang ditahannya hingga tidak sedarkan diri dan matanya lebam, maka apa sangatlah perasaan saudara Hamdan bila melihat para pengguna ditindas dan dilayan dari segi undang-undang secara tidak adil. Kalau di Britain para pengguna dapat layanan seperti raja layaknya, kita di Malaysia pengguna dilayan seperti sampah. Kalau beli rumah, kalau lewat pinjaman dikeluarkan pembeli yang kena interest, kalau rumah lambat siap pembeli juga yang kena bayar bulanan, pendek kata tidak kira silap siapa pengguna tetap menjadi mangsa menanggung beban. Patutlah nasib pengguna di Malaysia tidak kemana kerana pemimpinnya dipilih dari kalangan musang berbulu ayam. Gelaran professor adalah senonim atau seiring dengan kebijaksanaan atau IQ yang tinggi kalau tidak pun genius. Pernahkah pihak-pihak tertentu telah menguji tahap IQ saudara Hamdan ini sehingga telah melayakkan dia mendapat anugerah professor. Mengikut sejarah hidupnya beliau pernah sehingga sampai tiga kali memohon untuk memasuki ITM baru dapat diterima kemasukannya. Setahu kita ITM adalah institusi pengajian tinggi yang paling mudah untuk dipohon berbanding universiti-universiti lain di negara ini. Biasalah kita dengar, orang yang tidak berpelajaran tinggi telah berjaya menjadi kaya raya berkat hasil dari usaha dan kegigihannya. Saya tidaklah menuduh saudara Hamdan mempunyai IQ rendah. Tetapi kalau gelaran professor dianugerahkan kepada seorang yang mempunyai IQ rendah samalah seperti memakaikan baju kepada seekor monyet untuk menjadikannya manusia. Mungkin dia boleh melakunkan watak manusia, tetapi selamanya dia tidak akan menjadi manusia. Di zaman sekarang ini pemimpin-pemimpin persatuan pengguna dan kesatuan sekerja tidak boleh diharap lagi untuk membela nasib pengguna dan pekerja. Mereka hanya bersendiwara dan berlakon saja, badan-badan ini digunakan oleh mereka untuk mengejar kedudukan dan populariti sahaja. Wallahualam. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Alias Mohd Yusof <[EMAIL PROTECTED]>