*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~

Hari ini 20/11/99, hari penamaan calon di seluruh negara.

Saya yang baru pertama kali menghadapi suasana pilihanraya di sebelah pihak 
pembangkang, tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk turun sama meraikan 
hari pencalonan tersebut.

Dalam banyak-banyak kawasan yang dipertandingkan, saya tergerak hati untuk 
hadir ke Penamaan Calon kawasan parlimen Permatang Pauh. Antara sebab utamanya 
ialah Datin Seri Dr Wan Azizah bertanding di situ, dan yang keduanya kerana 
kawasan ini memang menjadi tumpuan seluruh negara.

Saya tiba agak terlewat, lebih kurang pukul 8:45 pagi; pada ketika itu saya 
dapati jalan dari simpang Pondok Penanti, Kubang Ulu menghala ke jalan masuk 
ke Butterworth-Kulim Expressway bersebelahan Maktab Perguruan Tuanku Bainun 
sudah pun dibanjiri dengan kibaran bendera hijau parti PAS dan bendera putih 
biru Parti Keadilan Nasional.

Pun begitu, perarakan masuk ke kawasan Maktab Tuanlu Bainun bermula sekitar 
pukul 9:30 pagi sebaik sahaja Dr Wan Azizah dan lain2 calun BA tiba. Sepanjang 
perarakan yang dihadiri lebih seribu orang itu, suasana begitu gamat dengan 
kibaran bendera dan laungan takbir, berselang seli dengan teriakan Reformasi, 
dan sesekali berselang dengan bacaan selawat ke atas Nabi SAW.

Sebaik-baik sahaja kami menghampiri pintu masuk ke Maktab tersebut, kami jadi 
terkejut dengan jumlah orang-orang BN yang turun ke majlis penamaan calon 
tersebut; ketika semua penyokong diarah berkumpul di padang mini-stadium 
maktab tersebut, dengan jarak antara kami dan mereka lebih kurang 3 meter; 
saya sempat mengira jumlah penyokong2 BN di celah-celah laungan takbir dan 
teriakan Reformasi; dua kali saya kira, jumlah mereka tak sampai pun 300 
orang!!

Sedangkan di pihak BA, saya terpaksa panjat kawasan berbukit kecil 
bersebelahan pentas stadium tersebut untuk melihat dengan lebih jelas 
keseluruhan penyokong BA yang datang; secara random saya kira jumlah kita 
melebihi 1000 orang.

Yang agak ketara pada pandangan saya ialah, penyokong-penyokong BA 
kebanyakannya (berdasarkan raut wajah mereka) adalah budak-budak lepasan 
sekolah, seperti wajah-wajah yang sering kita temui di kem-kem Rakan Muda. 
Sedangkan di pihak BA, saya dapat melihat daripada pakcik tua berserban lusuh 
hinggalah kepada seorang anak kecil yang memakai baju bertulis "Adik Sokong 
PAS".

Dan yang paling menggembirakan saya ialah, di celah-celah ribuan penyokong BA 
itu, saya sempat melihat 2 orang rakan lama saya, yang mana kedua-duanya 
adalah Guru di sebuah sekolah menengah di kawasan Permatang Pauh. Saya jadi 
nak tergelak apabila ada penyokong BA yang berkata bahawa penyokong2 BN yang 
datang itu adalah budak-budak sekolah, kerana kehadiran 2 orang rakan lama 
saya itu menyakinkan saya bahawa tentu ada ramai lagi guru-guru yang turut 
hadir menyokong BA, sedangkan di sebelah sana silap-silap haribulan adalah 
anak-anak murid kepada guru-guru tersebut!!

Dan yang paling memeranjatkan saya (hingga sekarang saya masih 
tertanya-tanya); saya mendengar sekurang-kurangnya tiga orang penyokong BA 
dari kawasan yang berbeza tertanya-tanya kenapa tak ada seorang pun dari 
penyokong-penyokong UMNO itu yang dikenali mereka; kata mereka, wajah-wajah 
UMNO yang turun itu belum pernah mereka lihat sebelum ini di kawasan Permatang 
Pauh.

Apakah kemungkinan, jumlah mereka yang tak sampai pun 300 orang itu adalah 
diimport dari kawasan luar Permatang Pauh. Hanya Allah yang tahu!!

Sekitar pukul 10:15 pagi, laungan takbir dan teriakan reformasi, reformasi, 
reformasi makin marak, dan bendera2 BA terus berkibar, dan saya lihat 
penyokong2 BA makin bersemangat sedangkan budak-budak UMNO yang terpisah 
dengan tali pemisah 3 meter dari penyokong BA (satu truk Polis di tengah) 
nampak diam tak terkata. Penyokong2 BN dari MCA, Gerakan dan MIC kelihatan 
resah semacam; pihak polis yang cuma ada tak sampai 10 orang antara kedua-dua 
kumpulan penyokong ini juga kelihatan resah gelisah, sedangkan laungan takbir 
dan reformasi makin lama makin panas!

Dan tepat seperti jangkaan saya, sekitar pukul 10:30 atau 10:45, kelihatan 
tiga buah truk FRU mula memasuki kawasan Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Kami 
yang mula kehausan ini pula terpaksa menahan dahaga kerana pintu keluar dari 
Maktab ini kini dikawal polis , keluar boleh, masuk tak boleh.

Nak tak nak, terpaksalah kami menahan dahaga hingga majlis berakhir.

Kehadiran FRU-FRU itu sedikit sebanyak telah meredakan keadaan; kadang2 rasa 
kasihan kepada pihak BN kerana terpaksa memanggil FRU untuk menambah dan 
menguatkan kehadiran mereka.

Sambil menunggu pengumuman nama calon dan dikuti dengan majlis bantahan; saya 
sempat berbual dengan beberapa orang penyokong BA yang tak pernah saya kenal 
sebelum ini. Banyak juga cerita-cerita menarik yang saya dapat. Antaranya:

Seorang veteran PAS dari Berapit menceritakan bagaimana beliau yang boleh 
berbahasa Cina mendengar Cina-Cina di kawasan Berapit berbual sesama mereka; 
antara yang dikata ialah orang-orang Cina Berapit kali ini akan memberi undi 
pada BA (DAP). Kata mereka "Kita cuba dulu kali ini, kalau mereka gagal. Lima 
tahun lagi kita tukar".

Seorang bekas ahli UMNO, dulu begitu rapat dengan Ahmad Saad (calon BN 
Permatang Pasir) kini join ADIL, bercerita kisah-kisah lucu Ahmad Saad. Kami 
tergelak sepanjang beliau bercerita itu. Antara kisah yang boleh saya paparkan 
di sini:

Ahmad Saad ada seorang sepupu, namanya Manaf, kini sudah jadi orang kuat ADIL. 
Suatu ketika dulu (masa Manaf masih dlm UMNO) telah berlaku pertengkaran 
dashyat antara Ahmad Saad dan sepupunya ini kerana kes MEJA PINGPONG.

Asal ceritanya, Manaf teringin nak main pingpong; dia suruh anaknya pergi 
pinjam meja pingpong rumah Ahmad Saad (mungkin sebelah rumah). Bila si anaknya 
ini dah bawa balik meja ping pong; baru dia terperasan yang dia tak ada net 
dan papan pingpong. Lalu, dia pun suruh anaknya pergi balik ke rumah Ahmad 
Saad pergi pinjam net dan papan. Tak lama selepas itu, si anaknya ini balik 
dan tergesa-gesa cakap "Ayah, ayah tak payahlah main ping pong, Pak Long 
(ahmad saad) tengah mengamuk tu!!".

Kemudian, terjadilah pertengkaran dashyat antara Ahmad Saad dan Manaf bila 
Ahmad Saad datang serbu dan makin hamun si Manaf atas tuduhan  "Ambik harta 
orang tak mintak!!". Pertengkaran kes meja pingpong ini melarut-larut sampai 
kes harta pusaka; kes lama-lama, habis semuanya dikorek.

Macam ini punya orang pun boleh jadi calun BN....hairan, hairan!!

Meja pingpong pun tak boleh jaga, macam mana nak jadi Wakil Rakyat?

Kemudian sahabat ini bercerita lagi kes Ahmad Saad mengamuk di satu majlis 
bersama rakyat di Bilik Gerakan UMNO Permatang Janggus. Tak pasti siapa tetamu 
kehormat yang hadir tetapi antara para hadirin ialah orang2 awam kawasan 
sekitar. Kata Ahmad Saad:

"Masa aku sembahyang jumaat di masjid Jalan Bharu baru-baru ini, aku rasa nak 
bangun bagi penendang kat Tok Khatib yang baca khutbah hari itu, dok pi kutuk 
kerajaan".

Ternganga orang-orang kuat UMNO yang hadir sebab dalam majlis tersebut ramai 
juga pak-pak lebai dan orang kuat masjid yang hadir.

Ada sekali tu pula, dalam satu majlis UMNO yang dihadiri oleh Dr Nungsari di 
Permatang Pauh; Dr Nungsari ada mengeluarkan satu isu (saya lupa). Tiba-tiba 
si Manaf, musuh ketat Ahmad Saad bangun bertanya soalan yang terkena batang 
hidung Ahmad Saad.

Balik saja dari majlis itu, Ahmad Saad angkat talipon, terus call Manaf cakap:

"Apa, ingat aku takut aa? Aku tarak nak takut aih, AKU ADA GAYONG LAH!!!"

(Macam ini punya orang pun boleh jadi calon BN....no komen!!)

Itu adalah sebahagian daripada cerita-ceriti yang saya dapat sepanjang hampir 
4 jam menunggu keputusan pencalonan tersebut. Di akhir majlis, penama-penama 
berikut disahkan bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh:

Parlimen: Dr Wan Azizah (ADIL) lwn Ibrahim Saad (UMNO)
DUN Seb Jaya: Khairuddin (ADIL) lwn Dr Radin (UMNO)
DUN Penanti: Rahman (ADIL) lwn Zulkifli (UMNO)
DUN Permatang Pasir: Haji Hamdan (Pesuruhjaya PAS P. Pinang) lwn Ahmad Saad 
(Juara Gayong UMNO seluruh Permatang Pauh!!)

Sekian dilaporkan.

-Hantu Raya-

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke