*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MANIFESTO PAS TERENGGANU.SILA DAPATKAN DI : www.terengganu.tsx.org



Kita berada di zaman pemerintahan Islam dirungkai, sehingga hilangnya
                                     negara dan kerajaan yang mendaulatkan 
syari'at Allah. Ummat Islam
                                     dipengaruhi ajaran sekuralisme yang 
memisahkan agama daripada urusan
                                     pemerintahan, sama ada menolak agama 
secara total seperti pernah berlaku di
                                     negara komunis dan Turki sekarang, atau 
yang mengizinkan agama dalam
                                     perkara ibadat, undang-undang keluarga, 
harta pusaka, waqaf dan sebagainya
                                     yang tidak memberi kuasa pemerintahan 
kepada hukum Islam mengatasi yang
                                     bercanggah dengannya. Cara yang kedua 
diamalkan di dunia barat dan
                                     negara-negara ummat Islam yang pernah 
dijajah seperti Malaysia. Maka
                                     perkara yang diharamkan oleh Islam 
tidak dapat dibanteras dengan
                                     sepenuhnya, bahkan ada yang dilesenkan 
oleh pihak kerajaan, seperti
                                     hiburan-hiburan yang berunsur maksiat 
dan menggalakkannya, arak, judi dan
                                     sebagainya, di samping berbagai-bagai 
hak rakyat diabaikan, pemberian hak
                                     berlaku secara rasuah, diskriminasi dan 
double standard. Peluang memegang
                                     kuasa menjadi peluang untuk mencari 
harta kekayaan.

Perkara-perkara yang berlaku adalah kemungkaran yang wajib diubah oleh ummat 
Islam sama ada yang menolak Islam
sepenuhnya, atau beriman dengan sebahagian daripada Islam dan menafikan 
sebahagian yang lain. PAS mengajak supaya kita
menuju ke arah perubahan yang membawa kita kepada sekuat-kuat iman, iaitu 
dengan kuasa pemerintahan kerajaan Islam,
bukan sekadar benci di dalam hati yang menjadi selemah-lemah iman. Oleh itu 
PAS menyeru rakyat Terengganu khasnya, yang
merupakan negeri dan rakyat terakhir dijajah di tanahair kita ini supaya 
membuat perubahan memilih kerajaan yang dipimpin
oleh PAS untuk mengembalikan gelaran Darul-Iman benar-benar menjadi 
kenyataan, bukannya slogan kosong.

Manifesto yang dikemukakan ini adalah muqaddimah untuk membuktikan keyakinan 
dan kemampuan Islam boleh memerintah,
dan kita wajib beri'tiqad Islam boleh memerintah, di samping kami 
mengemukakan calon-calon PAS yang berwibawa untuk
merealisasikan cita-cita murni tersebut.

Ikhtiar telah dilakukan, seruan sudah kedengaran, arus perubahan sudah 
kelihatan. Marilah MEMBANGUN BERSAMA
ISLAM, dan bertawakkal kepada Allah.



(HAJI ABDUL HADI BIN HAJI AWANG)
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu




. DASAR PEMERINTAHAN PAS

1.1. Mendaulatkan sebuah pemerintahan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
1.2. Mengamalkan konsep 'syura' dan muafakat dalam semua keputusan dasar 
bagi melahirkan tanggungjawab dan amanah
bersama.
1.3. Mengembalikan kedaulatan 'Darul Iman' kepada  Negeri Terengganu di mana 
rakyatnya akan mengamalkan Islam sebagai
Ad-din.
1.4. Memartabatkan satu bangsa yang bertaqwa dan harmonis antara kaum dalam 
perkongsian hidup bermasyarakat secara
bijak tanpa diskriminasi kerana agama, etnik dan kumpulan.
1.5. Membersihkan pemerintahan dan pen-tadbiran daripada segala bentuk 
rasuah, ketidakadilan, diskriminasi dan
penyalahgunaan kuasa.
1.6. Mengharamkan segala bentuk perjudian dan maksiat serta mengehadkan 
lesen premis jualan arak dan minuman keras.
1.7. Mencegah dan membanteras penyakit sosial seperti penyalahgunaan dadah 
dan mengadakan pusat pemulihan/rawatan
secara Islam.
1.8. Menjadikan pembangunan insan sebagai teras pembangunan.





2. PENTADBIRAN

2.1. Memastikan polisi dan prosedur pentadbiran yang telus serta 
menghindarkan gangguan dan campurtangan kerana hasad
dan haloba.
2.2. Memberi kebebasan kepada pentadbir dan pegawai dalam perlaksanaan dasar 
Kerajaan.
2.3. Membentuk Lembaga Hisbah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan 
dasar dan pentadbiran kerajaan.
2.4. Mengamalkan akauntabiliti dalam pen-tadbiran dan perbelanjaan wang 
negeri dan memilih keutamaan dalam projek
pembangunan.
2.5. Mempertingkatkan institusi pentadbiran mukim dan kampung seperti Ketua 
Kampung, Imam, Bilal dan lain-lain, khususnya
dari segi ketelusan dan kewibawaan.
2.6. Mempastikan konsep mesra khidmat di semua sektor dilaksanakan secara 
efektif.
2.7. Memperkenalkan 'syura rakyat' dalam pelaksanaan dasar kerajaan.
2.8. Menubuhkan kumpulan pakar penye-lidikan dan pembangunan (R&D) dalam 
semua bidang utama.


3. PENDIDIKAN DAN DA'WAH

3.1. Pendidikan akan dijadikan hak bagi setiap rakyat dan memastikan tiada 
orang yang dinafikan pendidikan kerana
kemiskinan.
3.2. Memperluaskan peluang memperolehi pendidikan secara formal dan tidak 
formal dengan mengadakan pusat-pusat
pendidikan tambahan/lanjutan yang relevan.
3.3. Mempertingkatkan bantuan biasiswa dan pinjaman dengan menubuhkan dana 
khas pendidikan.
3.4.  Memperluaskan skim pendidikan lanjutan dalam perkhidmatan/pekerjaan 
bagi mereka yang ketinggalan dalam aliran
pendidikan biasa.
3.5. Mengadakan pendidikan pra sekolah mulai umur 5 tahun.
3.6. Mengadakan pusat-pusat pengajian tinggi Islam yang bersepadu bagi 
melahirkan insan yang bertaqwa, berkemahiran,
berhemah dan lebih bertanggungjawab serta berdikari.
3.7. Menjadikan masjid dan surau sebagai pusat pendidikan masyarakat.
3.8. Menggalak dan memajukan pertumbuhan sekolah-sekolah agama rakyat.


4. PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN

4.1. Memberi kuasa perundangan kepada undang-undang syari'ah.
4.2. Melengkapi Mahkamah Syari'ah dengan pentadbiran undang-undang jenayah 
dan civil (Mal) yang meliputi tuntutan sejagat
dan semasa.
4.3. Meningkatkan keupayaan dan kemam-puan pegawai undang-undang, di samping 
memartabatkan peraturan
undang-undang (rules of law) dan keadilan.
4.4. Mengembalikan semula kedaulatan sistem syari'at dan menghapuskan 
pandangan negatif terhadapnya.


5.  KEWANGAN

5.1. Memperkenalkan dasar kewangan Islam yang akan menyelamatkan rakyat 
daripada kutukan dan penindasan riba' serta
pemerasan.
5.2. Memastikan sumber hasil kerajaan bebas daripada sebarang unsur haram.
5.3. Memperluaskan dan memperkemaskan institusi Baitulmal dan urusan 
kewangan Islam.
5.4 Memperkemaskan pentadbiran zakat dengan memperkenalkan cara pungutan dan 
pengagihan yang lebih adil.
5.5. Menggalakkan pemberian wakaf dan khairat dan mengadakan pentadbiran 
tersusun dan sempurna.
5.6. Merancang, mengkaji dan menyusun dasar pelaburan serta melibatkan 
golongan profesional bukan pegawai tadbir dalam
Jawatankuasa Pelaburan.
5.7. Mengamalkan belanjawan berhemat dan telus serta mengelak pembaziran dan 
perbelanjaan di luar peruntukan.
5.8. Mengadakan skim pinjaman al-qardhul-hasan untuk kakitangan kerajaan.

6.  PERKHIDMATAN AWAM

6.1. Menyusun semula Perkhidmatan Awam Negeri dengan menyatukan 
Perkhidma-tan Pegawai Tadbir Negeri dengan
Pegawai Tadbir Agama Negeri.
6.2. Meningkatkan latihan dalam per-khidmatan bagi semua peringkat 
per-khidmatan dengan penekanan kepada pengetahuan
dan budaya kerja mengikut tuntutan Islam.
6.3. Membuka peluang kenaikan pangkat dan perpindahan perkhidmatan bagi 
membaiki pencapaian kecemerlangan pekerja
dan menghapuskan amalan pilih kasih, nepotisma dan kronisma dalam 
perkhidmatan.
6.4. Meningkatkan keupayaan perkhidmatan pegawai dan kakitangan serta 
kepakaran dan profesionalisma dalam
perkhidmatan kerajaan.
6.5. Menetapkan 5 hari kerja seminggu.
6.6. Cuti bersalin kakitangan Kerajaan 90 hari dan cuti bagi suami 7 hari.


7. EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

7.1. Mewujudkan Majlis Ekonomi Negeri yang diwakili oleh semua kepakaran 
dalam masyarakat.
7.2. Menyusun semula dasar ekonomi negeri supaya menepati kehendak Islam dan 
menjadikan hasil royalti sebagai pemangkin
kepada penjanaan ekonomi negeri.
7.3. Mempelbagaikan sumber hasil negeri dengan memberikan penekanan 
mewujudkan industri berasaskan bahan-bahan
tempatan dan boleh menyediakan peluang-peluang pekerjaan.
7.4. Membentuk badan penyelidikan dan pembangunan teknologi tinggi dalam 
menjana pertumbuhan dan pengembangan
ekonomi berasaskan sumber semulajadi seperti petroleum dan gas, perkayuan, 
marin dan air, kecantikan alam, tenaga dan hasil
bumi.
7.5. Memaksimumkan kegunaan tenaga manusia tempatan dan mengawal kemasukan 
tenaga manusia dari luar.
7.6 Meningkatkan mutu dan kemahiran tenaga manusia dalam penjanaan ekonomi 
sama ada dalam industri pembuatan atau
berasaskan pertanian.
7.7. Mempelbagaikan program pembangunan dan kemajuan Tasik Kenyir dalam 
penyelidikan dan aktiviti pembangunan
akuakultur, pelancongan, kegunaan sumber air dan pembangunan tanah di 
sekelilingnya.
7.8. Melahirkan lebih ramai usahawan yang berkeupayaan dan mengadakan 
program bimbingan serta bantuan yang berkesan.


8.  KERAJAAN TEMPATAN

8.1. Menyusun semula persempadanan Majlis Perbandaran dan Majlis-Majlis 
Daerah.
8.2. Meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan dan menghapuskan 
karenah birokrasi seperti dalam urusan pecah
sempadan, kelulusan pelan dan sijil kelayakan.
8.3. Menghapuskan cukai pintu bagi rumah kediaman.
8.4. Menyusun dan mengemaskan perlesenan dan penempatan warung-warung dan 
gerai-gerai sementara supaya tidak
membeban dan menyulitkan rakyat.
8.5. Meningkatkan pengurusan dalam me-ngawal dan menjaga kebersihan, sistem 
perparitan, rangkaian jalan, lorong dan
kemudahan asas bandar dan desa.
8.6. Menyediakan tempat dan kemudahan-kemudahan kepada peniaga pasar malam.
8.7. Perlantikan ahli majlis PBT akan dibuat berdasarkan kelayakan dan 
kepakaran serta mewakili kaum dan agama.


9.  REFORMASI TANAH

9.1. Menyusun semula sistem pentadbiran tanah.
9.2. Menyemak dan memperkenalkan undang-undang tanah yang akan menjamin 
nikmat pemilikan dan penjanaan ekonomi
kepada negeri.
9.3. Membuka semula permohonan tanah mengikut hukum syara', di mana 
kelulusan permohonan dan pengeluaran geran akan
di buat dalam tempoh yang singkat.
9.4. Rakyat akan diberi peluang pemilikan tanah bagi kediaman dan 
pembangunan, dan mempercepatkan pemberian geran
tanah kepada peneroka.
9.5. Akan memperkenalkan skim dan ran-cangan menghidupkan tanah terbiar.
9.6. Polisi pemberian lesen tumpangan sementara (TOL) kepada rakyat akan 
diubahsuai dan dijadikan milikan percubaan ke
arah milikan kekal di atas bukti kejayaan pemilik memajukan tanah.
9.7. Menurunkan kadar premium tanah dan kelonggaran cara bayaran.
9.8. Pengambilanbalik tanah akan dikawal dan dijaga supaya kepentingan 
rakyat tidak diketepikan dan amalan pembekuan
tanah yang diambil balik tidak berlaku.
9.9. Cukai tanah akan ditukar kepada sistem zakat dan kharaj.
9.10. Menubuhkan bank tanah bagi mengurus menyelesaikan tanah yang 
menghadapi masalah.
9.11. Menyelesaikan pemberian geran dan hak milik tanah kepada peserta 
rancangan tanah Felda, Felcra dan lain-lain.


10.  PERTANIAN DAN PERIKANAN

10.1. Dasar pertanian Negeri hendaklah menjamin saradiri dan pendapatan yang 
lumayan kepada petani.
10.2. Kegunaan tanah akan berasaskan hasil kajian komprehensif bagi 
kesesuaian dan mutu.
10.3. Meningkatkan usaha membaikpulih tanah pertanian, sistem saliran dan 
pengairan.
10.4. Mempermodenkan pertanian dalam usaha memaksimum pengeluaran dengan 
meminimum tenaga manusia dan kos.
Usaha mereformasikan tanah pertanian dan memajukan peningkatan teknologi 
pertanian akan diberi keutamaan.
10.5. Konsep pertanian bersepadu (intergrated farming) akan digalakkan 
supaya masyarakat tani berupaya menyara diri dan
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.
10.6. Subsidi pertanian dalam semua bentuk akan dikaji dan dirancang semula 
bagi mendapat kemajuan dan pulangan yang
berkesan.
10.7. Memberikan subsidi harga padi 100% kepada penanam padi.
10.8. Industri pengeluaran keperluan input pertanian seperti benih bermutu 
dan berhasil tinggi, pemakanan ternakan, baja,
racun, pharmaceutical akan diberi keutamaan bagi menurunkan kos pengeluaran.
10.9. Meningkatkan industri hiliran kepada produk pertanian dan perikanan.
10.10. Membaiki dan meningkatkan industri ternakan bagi menjamin pengeluaran 
daging, ikan, tenusu, ayam dan telur.
10.11. Menyediakan kawasan padang ragut untuk penternak di semua mukim.
10.12. Membatalkan bayaran daftar ternakan kerbau lembu.
10.13. Pemuliharaan sumber perikanan seperti memperbanyakkan tukun dan 
unjam, menggalakkan nelayan menggunakan
peralatan elekrtonik dan menyusun sistem pemasaran yang adil dan berkesan.
10.14. Menyediakan kemudahan penempatan nelayan.


11.  PERHUTANAN DAN PERKAYUAN

11.1. Mengawal pembalakan dan pemuliharaan hutan dan memastikan kawasan 
tadahan hujan dan alam sekitar terjaga.
11.2. Menurunkan harga kayu bagi pasaran tempatan dan mengadakan dasar 
eksport terpilih dengan menumpukan industri
hiliran perkayuan (barangan kayu siap).
11.3. Mengamalkan sistem tender terbuka dalam pemberian kawasan balak.
11.4. Lesen pembalakan akan disemak dan industri perkayuan akan disusun 
semula bagi mengawal pembaziran, menjaga
pengeluaran produk bermutu dan memberi pulangan yang tinggi.


12.  PERLOMBONGAN

12.1. Meningkatkan usaha carigali (prospec-ting) dan perlombongan.
12.2. Membuka penyertaan yang lebih luas kepada rakyat tempatan dalam 
industri pengeluaran emas.
12.3. Mengawal dan berhemat ke atas kesan rupabumi dan alam sekitar.
12.4. Mengutamakan pemerosesan produk di negeri sendiri.


13.  PETROLEUM DAN GAS

13.1. Memperjuangkan untuk mendapat pembahagian royalti yang lebih adil 
daripada Kerajaan Pusat dengan penerimaan
paling kurang 20%.
13.2. Mempastikan pembangunan industri petroleum dan gas yang akan 
mewujudkan pertumbuhan industri berkaitan yang
berkembang dan berterusan.
13.3. Mempastikan penglibatan tenaga kerja tempatan dalam semua lapisan dan 
tingkatan perkhidmatan.
13.4. Mempastikan Petronas akan memberi sumbangan yang lebih besar kepada 
rakyat Terengganu dalam bidang pendidikan
tinggi.
13.5. Menjadikan syarat agar Kerajaan Negeri mempunyai ekuiti dalam semua 
pelaburan yang berasaskan petroleum dan gas
dari Terengganu.


14. SEKTOR PEMBUATAN DAN
PERKILANGAN

14.1. Mengadakan pelan induk negeri bagi penempatan kawasan perindustrian.
14.2. Meningkatkan sistem komunikasi dan sistem pemasaran.
14.3. Mempelbagaikan pengeluaran dan produk dalam usaha memaksimumkan 
kegunaan bahan-bahan tempatan dan
memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa.
14.4. Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R & D) ke atas 
bahan-bahan keluaran tempatan, kawalan mutu
dan tenaga manusia.
14.5. Membangunkan sektor pembuatan dan perkilangan secara bersepadu.
14.6. Memberi penumpuan dan sokongan yang lebih munasabah kepada pembangunan 
industri warisan dalam pengekalan,
peningkatan dan perkembangannya supaya mencapai pengiktirafan pasaran 
antarabangsa.
14.7. Menyediakan infrastruktur yang sesuai dan mesra pelabur.
14.8. Memberi penumpuan yang lebih meluas kepada pembangunan industri kecil 
dan sederhana (IKS).
14.9. Memperluas dan memajukan industri kampung (cottage industry).


15. PERUMAHAN DAN PENEMPATAN

15.1. Menyusun semula penempatan penduduk dalam konsep pembangunan tersusun 
yang lengkap dengan kemudahan asas,
kebersihan, rekreasi dan lain-lain.
15.2. Mempastikan setiap keluarga mempunyai tempat tinggal sendiri dan 
menyelesaikan pemilikan haram.
15.3. Membina lebih banyak bandar baru yang terancang dan tersusun.
15.4. Menubuhkan 'Dana Pinjaman Perumahan Rakyat' secara Islam.


16. BADAN-BADAN BERKANUN

16.1 Mengkaji semula dan menyemak badan-badan berkanun untuk meningkatkan 
kecekapan pengurusan, ketelusan dan
prestasi.
16.2. Mengkaji semula dasar dan mekanisma pengkopratan Jabatan Bekalan Air 
Terengganu.
16.3. Menyuntik tenaga pakar dan profesional dengan lebih berkesan dalam 
pengurusan badan-badan berkanun.


17. PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU (PMINT)

17.1. Menyusun semula dasar dan pengurusan PMINT dan syarikat-syarikat anak 
dan usahasama.
17.2. Aktiviti PMINT akan diberi lebih tumpuan kepada penjanaan pembangunan, 
bukan menjadi persaingan dalam
pembangunan industri.
17.3. Menyemak dan mengkaji keupayaan daya maju dan ketelusan pengurusan 
PMINT dan syarikat-syarikat anak.


18. PELANCONGAN

18.1. Merangka pelan induk bagi sektor pelancongan seluruh negeri.
18.2. Industri pelancongan akan dimajukan untuk mengembangkan seruan 
kebaikan hidup di dunia dan kesejahteraan akhirat.
18.3. Melengkapkan infrastruktur pelancongan dengan segala kemudahan yang 
diperlukan.
18.4. Membantu rakyat tempatan memajukan industri pelancongan dengan khidmat 
nasihat, pengurusan dan kewangan.
18.5. Meningkatkan usaha memajukan industri pelancongan di tasik-tasik, 
pantai dan pulau-pulau serta di muara-muara sungai.



19. KEMASYARAKATAN

19.1. Berusaha mewujudkan sebuah masya-rakat bertaqwa, berdisplin, 
bermaruah, berhemah tinggi, beramanah, harmonis dan
berpegang dengan konsep amar maaruf nahi mungkar.
19.2. Membina masyarakat yang berwawasan, bercita-cita luhur, bermuafakat, 
adil, bertanggungjawab dan saling hormat
menghormati antara insan tanpa mengira etnik, budaya dan agama.
19.3. Membudayakan masyarakat dengan kebebasan berbicara berasaskan ajaran 
Allah SWT dalam menghapuskan budaya
fitnah dan konspirasi.
19.4. Membantu golongan yang kurang bernasib baik melalui penubuhan satu 
dana khas.
19.5. Bantuan kebajikan kepada penerima akan dinaikkan  supaya dapat 
meningkat kepada jayadiri dan berdikari.
19.6. Memberi pengiktirafan dan peranan kepada badan sukarela dan institusi 
sosial.


20. BELIA

20.1. Membina golongan belia yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
20.2. Membangun dan memajukan tenaga belia yang berpengetahuan, 
berkemahiran, ber-daya maju dan mempunyai
ketahanan diri.
20.3. Membimbing dan memulihkan belia yang ketinggalan pendidikan dengan 
meluaskan skop dan skim jayadiri dengan
pendidikan lanjutan, latihan kemahiran dan pendedahan kepada peluang yang 
membina.
20.4. Merangka dan meletakkan halatuju yang jelas bagi belia.


21. WANITA

21.1. Memartabat dan memelihara wanita daripada sebarang bentuk eksploitasi.
21.2. Melindungi hak dan fungsi wanita dalam pembangunan sosial, ekonomi, 
pendidikan, pekerjaan dan kekeluargaan.
21.3. Memperluaskan peranan wanita dalam perkhidmatan dan kemasyarakatan.
21.4. Mempastikan tempat wanita bekerja disediakan nursery.



22. BUKAN ISLAM

22.1. Menjamin kebebasan orang bukan Islam mengamalkan agama dan budaya 
masing-masing.
22.2. Menggalakkan interaksi, persefahaman dan perpaduan antara orang Islam 
dan bukan Islam.
22.3. Menjamin orang bukan Islam menikmati hak dan keadilan yang saksama.


23. SUKAN DAN REKREASI

23.1. Meningkatkan mutu sukan dalam membina masyarakat yang sihat dan 
bermatlamat.
23.2. Membina dan menggalakkan pertumbuhan pusat-pusat rekreasi bersepadu.


24. PROGRAM UMUM

24.1. Membina dan mengurus pusat-pusat rawatan untuk menaikkan taraf 
kesihatan rakyat selaras dengan tuntutan Islam dan
rawatan percuma kepada golongan miskin.
24.2. Menggalak dan meningkatkan budaya ilmu kepada masyarakat khususnya 
menggunakan institusi masjid, surau, pusat
sivik dan balairaya sebagai pusat pendidikan komuniti.
24.3. Membatalkan kutipan tol Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
24.4. Menaikkan taraf jalan-jalan kampung dan desa serta membuat bayaran 
kepada tuan-tuan tanah yang terlibat.



                                   UNDILAH PAS

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "amir zikri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke