*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Jawatan NAIB PRESIDEN Latarbelakang: Hajah Marina Yusoff bukanlah satu nama baru dalam dunia politik tanahair malah sejarah penglibatan politiknya dapat dijejaki dari zaman Allahyarham Tun Abdul Razak lagi. Beliau dikenali sebagai seorang "fighter" tulen - mengutamakan prinsip dan kepercayaan perjuangan melebihi segala-galanya. Dilahirkan di kota Bharu dari keluarga yang berasal dari Pulau Mutiara, Marina mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu sehingga tamat tingkatan lima. Beliau kemudian menyambung pengajian tingkatan enamnya di Victoria Institution, Kuala Lumpur sebelum berangkat ke London untuk meneruskan pengajian tinggi dalam jurusan undang-undang. Lebih kurang enam tahun selepas menjadi seorang peguam, Marina telah terpilih untuk menduduki kerusi EXCO Pergerakan Wanita UMNO Malaysia pada tahun 1971, pada usia 30 tahun. Setahun kemudian beliau menyandang jawatan Naib Ketua Wanita UMNO - menjadikannya wanita termuda menyandang jawatan itu. Kemudian pada tahun yang sama sehingga 1987 beliau menduduki kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO. Selepas UMNO diharamkan, Marina berjuang bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah di dalam Semnagat 46 sebagai Naib Presiden dan menyertai semula UMNO pada tahun 1993. Tahun lalu, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO, Marina membuat keputusan untuk keluar dari UMNO buat kali kedua and sejak itu berjuang bersama Datuk Seri Anwar dalam menuntut keadilan. kebenaran dan kebebasan bersuara untuk seluruh rakyat Malaysia. Beliau dilantik sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Nasional apabila parti itu dilancarkan pada 4 April 1999 lalu. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]