*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



                        Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

                        "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu
                        kaum sehinggalah mereka merubahnya dengan diri mereka
                        sendiri... " (Al-Quran 13:11)

                        KAMI, barisan pelajar Malaysia di Kotaraya London dengan
                        penuh rasa bertanggungjawab kepada tanahair Malaysia,
dan
                        didorong oleh kesedaran untuk mencintai dan
mempertahankan
                        keadilan, menyeru kepada ibubapa KAMI, saudara mara,
                        golongan profesional, ulamak dan pendidik, para siswazah
 dan
                        pelajar di semua institusi pengajian, serta seluruh
rakyat
                        Malaysia supaya bersedia untuk membuat perubahan ke arah
                        Malaysia yang lebih harmoni dan berwibawa dengan
                        memberikan undi dan sokongan kepada Barisan Alternatif
(BA)
                        di dalam Piliharaya Umum Ke-10 yang akan berlangsung
pada
                        29 November akan datang.

                        Seruan ini dibuat sebagai cetusan daripada rasa
tanggungjawab
                        KAMI untuk melihat masyarakat Malaysia hidup di dalam
                        suasana yang lebih baik menjelang alaf baru sebagai
tanda
                        penghargaan kami kepada rakyat yang telah bersedia
                        berkorban 'menaja pengajian kami' melalui biasiswa dan
                        sumbangan yang diberikan.

                        Berfikir dan bertindak secara profesional yang menjadi
teras
                        identiti KAMI, telah sekian lama memperlihatkan
perubahan
                        positif kepada minda para siswazah Malaysia di Kotaraya
                        London untuk lebih celik serta meletakkan maruah dan
                        kepentingan rakyat sebagai sasaran perjuangan kami.

                        Kotaraya London yang pernah menjadi pusat melahirkan
                        pendukung kepimpinan negara terpaksa akur dengan realiti
                        bahawa apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah
                        menyimpang dari nawaitu asalnya,maka sewajarnyalah
mereka
                        ditolak.

                        Kelab Umno London kini hanya tinggal nama dan terpaksa
                        mengimport taktik-taktik kotor kepimpinan tertinggi
mereka di
                        tanahair untuk memastikan ia terus bernadi. Kemarau
keahlian
                        yang begitu meruncing telah mendorong mereka untuk
memaksa
                        pelajar A-Level meramaikan Mesyuarat Agung Kelab UMNO
                        London sebagaimana yang dilakukan oleh BN di dalam sesi
                        perternuan bersama rakyat di segenap penjuru tanahair
dewasa
                        ini.

                        Oleh yang demikian, KAMI berkeyakinan bahawa perubahan
                        di Kotaraya London ini wajar diteruskan kesinambungannya
                        dengan membuat perubahan yang lebih mendasar dan penting
 di
                        dalam kepimpinan negara melalui Pilihanraya Umum Ke-10
                        akan datang.

                        Ini adalah sejajar dengan realiti bahawa UMNO dan BN
sudah
                        sampai kepada kemuncak korupsi dan pencemaran amalan
                        demokrasi berdasarkan kepada fakta-fakta berikut:

                        Mengkesampingkan Suara dan Hak Rakyat

                        - BN telah mencemari asas amalan demokrasi yang
                        menghormati hak rakyat yang telah dipersetujui bersama
oleh
                        semua bangsa dengan menguatkuasakan akta-akta yang zalim
                        termasuk akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta
Hasutan
                        Dan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU).

                        - Menyekat kebebasan media untuk memberikan laporan yang
                        lebih adil dan saksama dengan mengeksploitasi
jentera-jentera
                        utama kerajaan untuk berkempen secara 'berat sebelah'
dan
                        menutup suara pembangkang dari pengetahuan masyarakat.

                        Sikap ini boleh ditafsirkan sebagai pendirian UMNO dan
BN
                        yang memperkecilkan kewibawaan minda rakyat untuk
berfikir
                        dan membuat pendirian sendiri.

                        Hal ini tidak berlaku di negara-negara lain yang
mengamalkan
                        demokrasi termasuk Britain yang memberikan laluan kepada
                        semua pihak untuk menyampaikan mesej, cadangan, dan
                        kritikan masing-masing secara aman dan bebas di
                        saluran-saluran rasmi media mereka.

                        Kerajaan yang tidak mempercayai kewibawaan rakyatnya,
                        tidak wajar lagi diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk
                        memerintah!

                        Mencemarkan Kepercayaan Rakyat Terhadap
Institusi-lnstitusi
                        Penting Negara - Tindakan UMNO dan BN memusatkan
                        pengagihan kuasa kepada kepentingan individu di dalam
parti
                        telah mendorong sistem kehakiman untuk tidak lagi
dilihat
                        sebagai suatu institusi bebas yang bertanggungjawab
memelihara
                        kemuliaan undang-undang, perlembagaan negara serta
                        kelangsungan keadilan di dalam masyarakat.

                        Kes pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abbas dan
                        kes perbicaraan Dato' Seri Anwar lbrahim adalah contoh
yang
                        nyata kepada kenyataan ini.

                        - Menggunakan pihak polis untuk menakut-nakutkan orang
                        ramai telah melahirkan kebimbangan rakyat tentang
potensi
                        keamanan negara dan menghilangkan kepercayaan mereka
                        kepada slogan 'Mesra Rakyat' pihak polis.

                        Krisis kepercayaan rakyat kepada Institusi Kehakiman dan
                        Polis adalah isyarat utama kepada berleluasanya
                        penyalahgunaan kuasa oleh kepimpinan negara yang
diterajui
                        oleh UMNO dan BN.

                        - Ketidaksediaan Badan Pencegah Rasuah untuk menjalan
                        siasatan secara adil dan telus kepada penyelewengan dan
                        penyalahgunaan kuasa pemimpin UMNO dan BN yang
                        mengaut keuntungan peribadi melalui kedudukan
                        inasing-masing.

                        Amalan Kronisma dan Nepotisima di Dalam Pentadbiran
                        Perbendaharaan Negara.

                        - Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh
                        pemimpin-pemimpin yang telah mengumpulkan kekayaan
                        melalui kedudukan mereka. Amalan kronisma dan nepotisina
                        sudah diterima pakai sebagai budaya peinimpin UMNO dan
                        BN. Ini telah mendedahkan rakyat kepada tekanan ekonomi
                        dan 'kecurian hak' yang serius.

                        - Pembaziran harta negara di saat kegawatan ekonomi
melalui
                        projek mega yang bercanggah dengan keutamaan yang
                        sepatutnya disalurkan ke arah menaikkan taraf hidup
golongan
                        berpendapatan rendah dan sederhana yang masih merupakan
                        majoriti rakyat.

                        Krisis Sosial Yang Semakin Meruncing

                        - Sikap pemimpin UMNO dan BN yang tidak serius menangani
                        permasalahan sosial yang melanda masyarakat, khususnya
                        golongan remaja adalah petanda bahawa jika mereka terus
                        diberikan mandat memerintah, masyarakat akan semakin
                        pincang dan akhirnya pembangunan material juga akan
dengan
                        sendirinya lumpuh bilamana kualiti tenaga manusia sudah
                        gersang daripada nilai-nilai murni yang menjadi teras
kehidupan
                        masyarakat Malaysia sejak sekian lama.

                        - Slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah', 'Kepimpinan Melalui
                        Teladan' dan sebagainya, hanya tinggal slogan kosong
tanpa
                        makna.

                        Pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat
telah
                        berubah menjadi barisan pertama yang mengkhianati
                        slogan-slogan yang mereka sendiri laungkan sedikit masa
dulu.

                        Oleh yang demikian...

                        KAMI, pelajar Malaysia di Kotaraya London yang telah
sekian
                        lama menekuni pemasalahan ini, optimis dengan penuh
yakin
                        bahawa tidak ada jalan lain untuk mengeluarkan
masyarakat
                        daripada belenggu krisis menyeluruh ini, selain daripada
                        memberi peluang kepada muka-muka baru yang lebih
                        berwibawa di dalam Barisan Alternatif untlik membuktikan
                        kemampuan mereka.

                        Gabungan padu tokoh-tokoh ulamak dan profesional,
                        kerjasama masyarakat berbilang kaum yang bersatu
menuntut
                        keadilan berserta doa dan sokongan padu segenap lapisan
                        masyarakat, diyakini akan membawa Malaysia ke arah yang
                        lebih sejahtera, seimbang, berwibawa dan dihormati
menjelang
                        alaf baru.

                        Peluang ini mestilah dijelmakan dalam bentuk sokongan
padu
                        segenap lapisan masyarakat kepada Barisan Alternatif
(BA),
                        dan kemuncaknya adalah undian jitu kepada calon-calon BA
                        menjelang Pilihanraya Umum ke-10 pada 29 November akan
                        datang.

                        Sekali lagi, KAMI para pelajar Malaysia di Kotaraya
London
                        menggesa rakyat supaya memanfaatkan pilihanraya akan
datang
                        untuk bangun dan berjuang menentang kezaliman dan
                        menyucikan negara daripada krisis yang merugikan rakyat
dan
                        generasi akan datang.

                        "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu
                        kaum sehinggalah mereka merubahnya dengan din mereka
                        sendiri... " (Al-Quran 13:11)

                        KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL, Abdullah AI-Muqsit,
                        Wakil Pelajar Malaysia Kotaraya London Jumaat, 19
November 1999.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke