*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Sebenarnya penulisan saya tidak menganjurkan sesiapa menganggap
UMNO itu murtad dan kufur. Saya membawa hujah-hujah Al-Qur'an dan
Hadith sebagai memperlihatkan batas-batas IMAN dan KUFUR. Dalam
hadith, Nabi berpesan kepada umatnya pada akhir akan berlaku
perkara-perkara fitnah yang mana orang-orang yang bergelar pemimpin
akan menyesatkan orang ramai. Kita tidak boleh menuduh pihak manakah
yang sesat, tetapi kita perlu melihat tanda-tandanya berdasarkan
Al-Qur'an dan Hadith sohih.

Kalau kita membaca kitab-kitab usuluddin, kita akan dapati huraian
terperinci tentang akidah Islam yang sah. Ulama-ulama Islam tidak
ketinggalan pula menulis bab-bab khas dalam memperingatkan pembaca
tentang bagaimana boleh berlakunya seorang yang mengucap dua kalimah
menjadi kufur, samada dia sedar atau tidak.

Al-Qur'an sendiri telah memberi gambaran bahawa pada akhir zaman
akan berlaku gejala kekufuran yang amat hebat sekali. Ramai manusia
tidak hiraukan lagi ajaran-ajaran Al-Qur'an dan Allah terpaksa
membangkitkan sejenis haiwan yang boleh bercakap-cakap berkata secara
terus-terang bahawa manusia telah kufur terhadap Al-Qur'an. Manusia
tidak yakin lagi dengan ajaran-ajaran Al-Qur'an,

Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis
binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa
sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami
[An-Naml(27):82]

Ayat di atas adalah sebagai amaran akan berlakunya gejala-gejala
umat manusia mengengkari dan mempersendakan ayat-ayat Al-Qur'an.
Ini bukan soal kafir-mengkafir sesiapa...tetapi amaran yang telah
disebut sendiri dalam Al-Qur'an. Lebih-lebih lagi ada pemimpin
yang berani mempertikaikan pentafsiran Al-Qur'an yang telah dibuat
oleh ulama-ulama silam yang muktabar, kononnya ulama-ulama dahulu
berniat serong and ketinggalan zaman.

Kalau memilih pemimpin, lihatlah kepada apa yang dia kata, bukan
kepada kuasa dan pengaruhnya. Lumrah manusia ialah melihat kepada
kekayaan dan kuasa, sebab itulah mereka menjadi fanatik dan taksub
kepada pemimpin dengan alasan BERTERIMA KASIH kepada pemimpin,
walaupun pemimpin itu terang-terang adalah sesat. Al-Qur'an merakam-
kan peristiwa ramai pengikut-pengikut setia Fir'aun ditenggelami
oleh laut kerana setia kepada pemimipin,

Maka Fir'aun dengan bala tenteranya mengejar mereka (Bani Israel),
lalu mereka (Fir'aun dan pengikut-pengikutnya) ditutup oleh laut
yang menenggelamkan mereka. Dan Fir'aun telah MENYESATKAN kaumnya
dan tidak memberi petunjuk. [Taha(20):78-79]

Jangan dibaca ayat-ayat di atas sekadar cerita sahaja. Fikirlah
sedalam-dalam apakah mesej yang hendak disampaikan. Ini menunjukkan
pengikut-pengikut Fir'aun telah turut sahaja apa perintah yang
diberi dan mereka tetap SETIA kepada pemimpin walaupun mereka
akan turut sama MAMPUS ditelan laut.

Cuba kita bayangkan...Fir'aun telah berhadapan dengan laut yang
terbelah yang mana adalah jelas satu tanda amaran dan kebesaran
dari Allah. Fir'aun tahu itu semua bukan kuasa dia sendiri, dan
sekiranya dia masuk juga ke dalam laut, tentu sekali dia akan
mati apa kata laut terbelah itu kembali bercantum. Oleh kerana
terlalu angkuh dan tidak tunduk kepada Allah, dia terus mara,
dan begitu juga beribu-ribu tenteranya yang bodoh kerana tunjuk
SETIA kepada pemimpin yang SESAT.

Sebab itu ayat itu menyebut..."Dan Fir'aun telah MENYESATKAN kaumnya
dan tidak memberi petunjuk". Oleh itu fikirlah baik-baik siapa
yang kita pilih menjadi pemimpin.

Abu Hasan Chan.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AHC <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke