*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Ustaz Nasharudin dilahirkan pada tahun 1962 di Negeri Sembilan. Bapanya Mat Isa Bujang dan ibu puan Siti Esah Talib, menetap di Banting, Selangor iaitu setelah bapanya pencen pegawai kerajaan. Ustaz Nasharudin merupakan anak sulong dari 5 beradik. Beliau dikurniakan seorang anak perem-puan dan dua lelaki hasil perkahwinan dengan Munirah Mahmod, seorang guru. Sekarang ini menetap di Bandar Tun Hussin Onn, Cheras, Selangor. Pendidikan Ustaz mendapat pendidikan menengah di St. Gabriel, Kuala Lumpur sehingga lulus MCE tahun 1979. Dalam beberapa semester sewaktu berada di ITM beliau berhenti dan belajar di Deoban, Lakna (Darul Ulum Ulama')iaitu pada tahun 1984. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di universiti Jordan dalam Fakulti Syariah tahun 1990. Dalam tempoh sebulan setelah tamat pengajian dan pulang ke Malaysia, beliau terus ditawarkan menjadi Penolong Pensyarah Fakulti Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Minat belajar tidak terus terhenti dan beliau meneruskan pengajian di Universiti Scotland dalam jurusan Undang-undang Antarabangsa. Beliau mendapat Master Undang-undang Perbandingan dan ditawarkan bertugas di UIA tahun 1997. Beliau meletakkan jawatan di UIA dan bertugas di UKM dalam jurusan yang sama untuk membolehkan beliau melanjutkan pelajaran ke tahap Ph.D. Pada 14 Jun 1999 Ustaz Nasharudin meletakkan jawatan sebagai pensyarah di UKM kerana ingin memberi penumpuan terhadap tugas yang lebih besar dan mencabar iaitu Setiausaha Agung PAS . Beliau boleh menguasai 4 bahasa; khasnya bahasa Arab, bahasa Inggeris, Urdu dan Perancis. Penghormatan yang diberi ketika menjadi penterjemah ucapan Fathi Yakan di muktamar dua tahun lalu, merupakan satu amanah yang besar kerana setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh Fathi Yakan adalah fakta. Penghormatan Ustaz Nasharuddin mengang-gap jawatan Setiausaha Agong PAS merupakan satu penghormatan terhadap golongan muda dan menjadi motivasi bahawa mereka mempunyai peranan yang besar dalam perjuangan PAS. Beliau mengingatkan golongan pemuda supaya tidak melarikan diri dari perjuangan bagi menegakkan kebenaran; terutama senario politik hari ini berhadapan dengan pemerintah yang zalim. Tokoh pimpinan politik muda ini mempunyai matlamat untuk memperbaiki potensi kerja dan berusaha memberi kemenangan terhadap perjuangan Islam. Beliau berkeyakinan bahawa PAS berpotensi besar untuk membawa satu perubahan yang lebih bermakna terutama dalam politik tanah air, kerana pendu-kung atau penggerak dalam PAS merupakan 'mukhlisin' untuk memperjuangkan Islam. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]