*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wartawan:(Akhbar Singapura): 
Sekarang Umno Kelantan di bawah terajui Tengku Razaleigh 
Hamzah, jadi ada tanggapan mengatakan Ku Li akan mengetuai 
serangan terhadap PAS. Apakah peluang Ku Li untuk merebut semula 
pemerintahan? 

MB:(Nik Aziz): 
Ku Li dihantar balik ke Kelantan dalam keadaan nama dia beqitu 
parah sekali. Dia serang Dr Mahathir dan selepas itu dia puji Dr 
Mahathir. Mana ada manusia boleh terima. Kalau budaK-budak kecil 
marah-marah kemudian sayang-sayang, tak apalah. Tapi orang yang 
sudah akil baligh, sudah ada rumah tangga dan sudah berpengetahuan 
yang dikenali sebagai intelek serta memimpin parti tertentu, tiba-
tiba dia serang habis-habisan, dan guna perkataan-perkataan yang 
tidak pernah digunakan. Masa dia tubuh Semangat 46 dulu kami dengar 
pun pedih telinga dia menghentam Umno. Elok-elok senyap (selepas 
menghentam Dr Mahathir), sekarang dia hentam PAS pula. Orang seperti 
ini sama seperti dalam al Quran ada satu ayat dalam surah an Nahli 
yang bermaksud, 'Hai orang Islam kamu jangan tiru seperti seorang tua 
gila, kerja dia pagi-pagi pintal tali, dan bila tali itu kukuh dia 
akan rombak balik.' Dah rombak kemudian mereka akan pintal balik. 
setiap hari perempuan tua itu pintal tali dan rombak tali. bekas 
presiden S46 jenis inilah. Jenis pintal tali dan rombak tali. dia 
maki orang ini dan dia puji orang itu. Dulu dia maki Dr mahathir dan 
puji saya, sampai cemuh saya mendengarnya puji-pujiannya. Dan bila 
dia rasa hendak maki saya dia maki pula. Macam-macam perkataan yang 
tidak pernah dilafazkan oleh manusia. Ini serupa yang disebut dalam 
al Quran tadi. Jadi orang yang sudah tahu imej dia begitu sekali 
runtuh, apa yang dia boleh buat kepada orang kampung. Orang kampung 
sekarang sudah tidak ada seperti sebelum perang Jepun dulu. Semua 
orang sudah celik huruf dan celik politik. Ramai yang sudah lulus 
universiti. Orang puji manusia kerana tradisi sudah tidak ada. Orang 
puja manusia kerana bukti-bukti yang dia beri kepada manusia. Bukti 
yang paling baik kita beri kepada manusia ialah kita membaiki minda 
manusia. Dan Nabi Muhamad SAW orang yang paling banyak membuat jasa 
kepada manusia, dia tidak ada memberi apa pun. Tetapi dia memperbetulkan 
pemikiran manusia. Dari syirik kepada tauhid, daripada hidup di dunia 
semata-mata kepada hidup jauh sampai ke akhirat. ini asas pembentukan 
fikiran oleh Nabi Muhamad SAW untuk manusia.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AHC <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke