*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ assalamualaikum... UMNO RELAKAN CAMPUR TANGAN ASING? Betapa Umno, sejak dahulu lagi, ada saham terhadap campur tangan asing dalam pemerintahan negara diungkapkan dengan baik oleh Subky Latif lewat tulisannya, Hubaya, hubaya dikuasai orang asing, Harakah, 25 Disember 1998. Berikut dipetik sebahagiannya: "Sejak rakyat (Malaysia) menuntut kemerdekan, British telah menentukan bahawa kemerdekaan tidak boleh dituntut oleh orang Melayu sahaja. Semua kaum mesti diajak berkuasa sama, baru kemerdekaan diperolehi. Ketika hendak mencapai kemerdekaan, negara tidak dapat menentukan perlembagaan sendiri. Maka Lord Reid diajak sama untuk merangka perlembagaan. "Bukan sekadar Lord Reid, habis hakim-hakim dari India dan lain-lain negara diminta duduk dalam Suruhanjaya Reid bagi menentukan perlembagaan negara. Hingga hari ini (perlembagaan itu) tidak boleh dipinta lagi. "Di zaman Dr Mahathir (menjadi Perdana Menteri) dalam masa 17 tahun ini, Malaysia tidak sunyi dari ditentukan oleh kuasa asing.Untuk memecat Tun Salleh Abbas (sebagai Ketua Hakim Negara) dan beberapa orang hakim lagi, Dr Mahathir tidak sekadar menggunakan orang dalam negeri. Dia memungut hakim dari Singapura, hakim dari Sri Langka dan entah dari mana 1agi untuk bersama-sama memasukkan hakim-hakim kita ke dalam bakul sampah mahkamah." Subky juga turut mengemukakan beberapa contoh lagi yang jelas membuktikan bahawa campur tangan kuasa asing dalam pemerintahan negara sudah wujud sejak Umno mula memerintah negara. Antara yang terbaru ialah syarat agar Malaysia membenarkan kehadiran pasukan kriket Israel ke negara ini sekiranya Malaysia mahu menjadi tuan rumah kejohanan itu. Malaysia akur kepada syarat tersebut. wassalam nakalsikit 12hb.julai.1999 petikan dari majalah DETIK. keluaran Mei.1999 Tulisan NASIR AWANG homepage : www.majalah.com/DETIK ____________________________________________________________________ Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]