*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TANYA ORANG BN:  APA YANG SUDAH MEREKA LAKUKAN SELAMA INI???

...isu-isu besar yang Barisan Nasional tidak serius menangani
(malah mungkin
bersekongkol menyuburkannya):

1. Isu Kezaliman: isu Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim,
tahanan-tahanan tanpa
bicara - ISA, penyeksaan dalam tahanan dll

2. Isu Rasuah: bukti yang sudah nyata tetapi tidak diambil
tindakan serta
dilindungi, melibatkan kewangan beratus/beribu juta ringgit. 
Isu Rafidah
Aziz, Daim Zainuddin,  Rahim Thambi Chik, Eric Chia dll.

3. Isu Agama:  memperlekehkan sunnah, menghina ulama, membiarkan
murtad
berleluasa, judi dan arak masih berleluasa dll.

4. Projek-projek Membazir:  mahligai perdana menteri (RM200
juta), jet
peribadi (RM200 juta), litar lumba Sepang (RM286 juta -
digunakan sekali dua
dalam setahun), menara  berkembar Petronas dll

5. Nepotisme & kronisme: 'bail-out' perniagaan perkapalan anak
Mahathir,
projek-projek besar hanya diperolehi oleh kroni-kroni seperti 
Vincent Tan,
Ting Pek Khing, Ananda Krishnan, Tajuddin Ramli, Halim Saad dll.

6. Dasar & projek yang menyusahkan rakyat:  penswastaan
pendidikan,
pengambilan tanah melayu kononnya untuk pembangunan, tol dll.

7. Institusi penting negara disalahgunakan:  rakyat begitu
meragui kredibiliti
institusi kehakiman, polis, SPR, BPR, media massa yang
memutarbelitkan isu dan
pelbagai lagi.

8. Tanah orang melayu:  begitu banyak yang diambil dan tidak
diganti - yang
tinggal hanya sedikit, pada kebanyakan bandar besar hanya
tinggal kurang
daripada 10%

9. Isu Ekonomi:  harga barang naik berterusan, pendapatan petani
tidak
seimbang dengan kenaikan harga barang.

10. Isu Sosial yang gawat:  pesta seks, dadah, ratu pondan,
bohsia, bohjan,
video lucah, hedonisme (keterlaluan meminati hiburan yang
melalaikan), tidak
menghalang wanita Islam menyertai ratu cantik dll.

Mereka cuba melupakan anda dengan membawa isu lain yang
remeh-temeh.  Pastikan
anda tidak akan membiarkan perkara-perkara ini berterusan. 
Gunakan hak anda
dalam pilihanraya yang akan datang.

Dari:  http://www1.50megs.com/sebaran/

----------------------------

Penyediaan Bahan Kempen
-----------------------

Saya ingin bercakap dari aspek menyediakan bahan edaran untuk
mereka.
Sekarang ini memang terdapat begitu banyak bahan tetapi bahan
yang saya
maksudkan mestilah yang menyenangkan pembacaan (ramai orang
malas baca bahan
yang panjang-panjang), dapat mempengaruhi fikiran, memudahkan
pemahaman,
berbentuk point-form, berilustrasi dan dengan tulisan yang agak
besar.   Aspek
'dapat mempengaruhi' adalah aspek yang perlu diberi perhatian
tinggi.

Bahan ini kita perlu sasarkan kepada orang atas pagar, orang
yang masih boleh
dipengaruhi, orang yang pegangan pada mana-mana parti belum
kuat.  Orang-orang
seperti ini selalunya tidak prihatin kepada perkembangan semasa. 
Takut untuk
membuat perubahan.    Masih sentimental dengan sumbangan dan
jasa BN
dulu-dulu.

Kita perlu bersinergi melalui wadah internet ini untuk
menghasilkan
bahan-bahan yang berkesan dan strategik.  Saya cadangkan ada
satu laman web
yang akan mengambil peranan ini.  Mungkin Saudara Mahazalim
boleh memainkan
peranan ini (semoga beliau telah sembuh sekarang).  Sesiapa yang
ada idea,
poskan ke laman web, orang lain yang berbakat dalam aspek
ilustrasi, bahasa,
psikologi, rekabentuk akan perbaikkannya dan poskan semula. 
Bahan ini akan
diprint dan diperbanyakkan.  Jadi bahan atau ilustrasi yang
dihasilkan
mestilah yang 'printing friendly'.

Sebaiknya bahan disebarkan semasa proses merayu undi.  Kalau
boleh bahan ini
dihantar kerumah-rumah yang  telah dikenalpasti melalui daftar
cula atau
sebagainya.  Bahan-bahan juga boleh diposkan kepada semua JKKK,
iman-iman,
pegawai-pegawai, guru-guru besar, ketua-ketua jabatan.  Bahan
juga boleh
diedarkan semasa ceramah, setiap pendengar diberi
sekurang-kurangnya 5 dan
minta mereka sebarkan pada orang sekeliling rumah mereka.

Bahan-bahan mungkin mengenai isu-isu utama (yang mana kerajaan
cuba mengalih
perhatian kepada isu remeh-temeh yang lain).  Kita perlu lebih
kreatif untuk
menyusun ayat-ayat yang boleh menyedarkan pembaca mengenai
rasuah, hak-hak
asasi, agama, ekonomi, sosial, pendidikan, kehakiman, kebebasan
akhbar dll.
Isu-isu kezaliman, pembaziran, mengugut rakyat dan sebagainya
harus
diketengahkan.Bahan-bahan bentuk poster juga boleh mula di
keluarkan.  Mesti
ingat ianya harus dalam bentuk yang mudah diprint. 
Gambar-gambar bukti harus
ditampilkan.


sumbangan: matny <[EMAIL PROTECTED]>



____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdullah Zubair <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke