*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambungan....

ULAMA SEBAGAI WARIS PARA NABI

        Ulama secara umumnya ialah setiap Muslim yg telah
memiliki ilmu yg luas dan sangat mendalam di dlm
sebarang cabang ilmu dan sangat mendalam di dlm
sebarang cabang ilmu yg dituntut oleh Islam sehingga
dgn ilmunya yg mendalam itu dia dapat menyaksikan
ketauhidan, kebesarandan keagungan Allah swt yg
mewariskan ke dlm dirinya perasaan kebimbangan dan
ketakutan yg sebenar terhadap Allah swt. Ulama di dlm
pengertian yg umum ini adalah termasuk di dlm firman
Allah swt di dlm surah Fathir ayat 28 yg
bermaksud:"Sebenarnya yg menaruh bimbang dan takut
(melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba2nya
hanyalah org2 yg berilmu."

        Ayat yg mulia ini secara jelas menerangkan sifat yg
terdapat pd diri para ulama itu ialah sifat menaruh
bimbang dan takut yg sebenarnya kpd Allah swt.
Manakala para ulama yg dimaksudkan di dlm ayat ini
pula adalah mereka yg mengkaji dan meneliti ciptaan2
Allah swt di alam ini. Perlulah difahami bahawa sifat
yg demikian tidak akan menjadi kenyataan di dlm diri
manusia selama mana ia belum mengenali dan memahami
dgn sebenarnya gambaran dari kebesaran dan keagungan
tauhid Allah swt itu. Tanpa makrifah tersebut,
perasaan bimbang dan takut tidak akan tercapai dgn
sepenuhnya di dlm diri manusia.

Firman Allah swt di dlm surah al-Hasyr ayat 13 yg
bermaksud:"(Kerana) sesungguhnya kamu-dlm hati mereka-
sangat ditakuti lebih dpd Allah: yg demikian itu krn
mereka ialah kaum yg tidak mengerti (akan kekuasaan
Allah dan kebesaranNya)."

        Ulama secara khususnya pula adalah mereka yg telah
memahami dan menguasai ilmu syariat secara luas dan
mendalam. Di dlm Al-Quran ulama yg demikian di sebut
sebagai mereka yg mempunyai pengetahuan yg teguh
mengenai Kitab Allah swt.Di dlm Sunnah Rasulullah saw,
mereka yg mempunyai ilmu yg teguh mengenai Kitab Allah
swt inilah yg dipanggil sebagai waris para Nabi AS.
Sabda Nabi saw sebagaimana yg diriwayatkan oleh Imam
Turmuzi Rahimullah yg bermaksud:"Sesungguhnya para
ulama itu adalah warisan para Nabi, sesungguhnya para
anbiaa' tidak mewariskan dinar dan tidak juga dirham,
mereka hanyalah mewariskan ilmu, maka sesiapa sahaja
yg mengambilnya maka dia sebenarnya telah mendapat
bahagian yg paling sempurna."

        Oleh itu para ulama yg menjadi pewaris para Nabi AS
itu selain dari pengetahuan mereka yg benar2 mendalam
terhadap ketauhidan, kebesaran dan keagungan Allah
swt, mereka pula adalah pemelihara manhaj dan syariat
Allah swt secara teguh dgn kefahamannya yg tepat yg
mereka warisi dpd Rasulullah saw. Mereka dgn ciri2
tersebut adalah golongan manusia yg sangat menjaga
adabnya dgn Allah swt, sangat mematuhi syariat Allah
swt, sangat mengutamakan akhirat dan sangat berhati2
terhadap kemewahan dunia dan kesenangannya yg
memperdayakan manusia dari jln Allah swt.

Firman Allah swt di dlm surah Al-Imran ayat 79 yg
bermaksud:"Tidaklah patut bagi seseorang manusia yg
Allah berikan kpdnya Kitab Ugama dan hikmat serta
pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kpd org
ramai:"Hendaklah kamu menjadi org2 yg menyembahku dgn
meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi
(sepatutnya dia berkata):"Hendaklah kamu menjadi org2
Rabbaniyyin (yg hanya menyembah Allah swt dgn ilmu dan
amal yg sempurna) kerana kamu sentiasa mengajarkan isi
Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu
mempelajarinya."

Firman Allah swt di dlm surah al-Qasas ayat 80 yg
bermaksud:"Dan berkata pula org2 yg diberi ilmu (di
antara mereka):"Janganlah kamu berkata demikian,
pahala dpd Allah lebih baik bagi org beriman dan
beramal saleh dan tidak akan dapat menerima (pahala yg
demikian) itu melainkan org2 yg
sabar.".......bersambung
   
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke