*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum Undilah Barisan Alternatif -------------------------------------------------- UM-NO : Majlis dimulakan dengan bertepuk tangan, laungan 'hidup' untuk pemimpin mereka, nyanyian dan aktiviti-aktiviti yang tidak sejajar dengan prinsip Islam P*S : Adab membuka dan menutup majlis di majlis anjuran kerajaan negeri akan dimulakan dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah Al-Asr serta tasbih kifarah UM-NO : Kebanyakan lawatan pemimpin disambut dengan paluan kompang, gadis membawa bunga manggar, pulut kuning, persembahan artis dan sebagainya. Amalan ini adalah membazir wang rakyat, mengeksploitasi wanita dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. P*S : Tidak menerima hadiah semasa mengadakan lawatan agar anggota Exco, ADUN dan pegawai kerajaan negeri tidak terdedah dengan amalan rasuah. UM-NO : Amalan memotong gaji dan elaun tidak pernah dilakukan oleh pemimpin BN, jika adapun kerana terpaksa seperti pemotongan elaun sebanyak 10% untuk dana negara. P*S : Elaun Menteri Besar dipotong sebanyak 45% dimana 40% akan didermakan kepada PAS negeri dan 5% kepada tabung Serambi Mekah. Elaun wakil rakyat PAS sebanyak RM500 sebulan disalurkan kepada parti tabung dan kerajaan negeri. UM-NO : Menteri-menteri Besar BN akan menggunakan peruntukan majlis hari raya sebanyak RM30,000 dan RM15,000 untuk berbuka puasa dengan mengadakan majlis-majlis keraian tanpa mengeluarkan wang sendiri. P*S : Bagi mengelakkan pembaziran wang rakyat, Menteri Besar Kelantan telah menghapuskan peruntukan-peruntukan tersebut. Sebaliknya jamuan hari raya diadakan sendiri oleh MB dirumahnya di Pulau Melaka dengan belanja sendiri. UM-NO : Dibawah kerajaan BN, walaupun hanya mempunyai seorang sahaja Timbalan Menteri Besar, perbelanjaan jauh lebih besar dari dua orang TMB. P*S : Manakala Kelantan mempunyai dua orang Timbalan Menteri Besar pada 1990-1995 ( dahulu bersama Semangat 46), kerajaan masih dapat menjimatkan RM18,000 setahun. Jumlah ini jauh lebih rendah daripada mempunyai seorang TMB. UM-NO : Jawatankuasa untuk permasalahan wanita dan rakyat bukan Islam tidak pernah diditubuhkan. Ini menunjukkan BN tidak prihatin terhadap golongan tersebut. P*S : Beberapa Jawatankuasa baru telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah bagi memberi ruang yang lebih luas kepada perkembangan Islam; dan Jawatankuasa Wanita dan Hal Ehwal Bukan Islam bagi mengambil berat tentang masalah wanitan dan orang bukan Islam. UM-NO : Kerajaan BN tidak pernah membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk duduk semeja di Majlis Daerah. P*S : Kerajaan PAS pula telah melantik wakil masyarakat bukan Islam dan wakil wanita dalam pentadbiran Majlis Daerah. UM-NO : BN tidak pernah menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk mengharamkan judi yang jelas haram disisi Islam. P*S : Pengharaman Judi di Kelantan setelah PAS memerintah telah berkuatkuasa pada 1 Januari 1991. UM-NO : BN tidak pernah mengharamkan arak dan mengambil langkah pengawalan terhadap gejala ini. P*S : PAS mengetatkan penjualan arak dengan bersyarat iaitu tidak boleh dijual kepada orang Islam, jika engkar lesen akan ditarik balik. UM-NO : BN hanya tahu menganjurkan program tilawah tetapi tidak mencuba untuk mengamal dan melaksanakan perintah Al-Quran. Al-Quran sebagai panduan hidup bukan untuk dipertandingkan P*S : PAS tidak membenarkan peserta Qariah (wanita) menyertai pertandingan tilawah membaca Al-Quran. Pada zaman Rasulullah juga, kaum wanita tidak dibenarkan menjadi muazzin. UM-NO : Kerajaan BN telah meniru kerajaan PAS dimana menambah bilangan cuti bersalin dan sekaligus membuktikan perubahan yang dilakukan di Kelantan memang membawa kebaikan. P*S : Kerajaan negeri Kelantan telah menambah bilangan hari cuti bersalin daripada 24 hari kepada 60 hari bagi kakitangan perempuan. UM-NO : Pernahkan kerajaan cuba menolong meringankan beban mustad'afin. Bahkan yang kaya bertambah kaya, yang miskin menjadi papa kedana. P*S : Kerajaan negeri telah pun menghapuskan lesen beca roda tiga sebanyak RM24 setahun untuk meringankan beban 2000 penarik beca roda tiga di Kota Bharu yang rata-ratanya miskin. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Hanik Hanani <[EMAIL PROTECTED]>