*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mazlan Abdul Hamid writes:
>semata2 nak dapat undi, gadaikan agama!!!!!gunakan agama 
>untuk tegakkan politik sesat...sepatutnya gunakan politik 
>untuk tegakkan Islam!

FYI, sudah 25 tahun saya mengkaji Al-Qur'an dan Bahasa Arab
di masjid dan pondok-pondok di Kelantan. Saya bercampur-gaul
dengan orang Melayu PAS dan UMNO. Yang melihat orang Melayu
PAS begitu berminat mengambil tahu tentang ayat-ayat Al-Qur'an.
Saya huraikan satu persatu apa yang saya pelajari kepada orang
Malayu PAS dan UMNO. Disebaliknya saya dapati orang Melayu
UMNO yang paling tidak suka ayat-ayat Al-Qur'an dihuraikan
kepada mereka. Orang Melayu UMNO tidak suka kepada kepada
ayat-ayat yang mereka anggap "pedih" didengar. Contohnya ialah
kata-kata Nabi Lut dalam ayat [Surah Hud(11):80] ketika keluarga-
nya diserang oleh puak homoseks;

Lut berkata:"Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu)
atau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku
akan lakukan) [Hud(11):80]

Ayat di atas mengajar kita bahawa adalah wajib kita menentang
menungkaran dan KEZALIMAN. Nabi Lut sendiri tidak mempunyai
keupayaan menentang golongan yang mungkar, tetapi berangan-
angan kalau dia ada satu kuasa "politik", tentu dia akan 
menentang kemungkaran. Ini kalau dibaca kepada orang UMNO,
tentu sekali mereka akan naik marah. Sebabnya ialah ia mengajar
umat Islam berbuat satu jemaah menentang kemungkaran dan keza-
liman. Menentang siapa saja yang menganjurkan kemungkaran dan
kezaliman, termasuk menentang pemerintah yang jahat.

Saya pernah kemukakan ayat ini kepada seorang pengkaji perbandingan
ugama di Amerika. Dengan sebab ayat itu dia merasa gembira kerana
saya berjaya menunjukkan ayat itu sebagai bukti bahawa ugama
Islam adalah lengkap dan syumul. Atau dalam istilah Inggeris,
Islam adalah "holistic". Dengan itu dia merasa keimanannya 
terhadap Islam bertambah kuat. Lain pula kalau kita beritahu
ayat ini kepada orang UMNO, mereka bimbang ayat ini menyokong
perjuangan Islam PAS.

>so.....bila orang melayu(Pas dan ADIL) mengundi calon cina DAP 
>di seluruh negara mereka juga melawan ayat Al-Quran.Jangan buat 
>fatwa sembarangan

This statement above is made by an ignorant UMNO Malay. They are
all the same, silly and short-sighted. Berkenaan DAP, sila perhati-
kan ayat berikut dalam Al-Qur'an berkenaan kerajaan nergeri Saba';

Berkata dia (Balkis): "Hai para pembesar berilah aku pertimbangan
dalam urusan(ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan
sebelum kamu berada dalam majlis(ku)". Mereka (menteri-menteri)
menjawab: "Kita adalah orang-orang yang memiliki keberanian yang
sangat (dalam peperangan) dan KEPUTUSAN BERADA DI TANGANmu; maka
pertimbangkanlah apa yang kamu perintahkan. Dia (Balkis) berkata:
"Sesungguhnya raja-raja apabila memasukki sesebuah negeri, nescaya
mereka membinasakannya...[An-Naml(27):32-34]

Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat-ayat di atas ialah bahawa
memang manusia mahu kepada keadaan negara aman dan tenteram,
walau negara itu diperintah oleh kafir sekalipun. Balkis adalah
seorang pemimpin kafir, dia bermesyuarat dengan menteri-menterinya
tentang bagaimanakah cara yang baik untuk menyelamatkan negara
dan rakyatnya. Pokoknya, orang kafir sendiri bersetuju mencari
jalan kebaikan, TIDAK SEMUA kafir berfikian jahat. Orang kafir
sendiri benci kepada kezaliman dan penindasan.

Kalaulah DAP bekerjasama dengan KeADILan dan PAS untuk menentang
kezaliman, saya tidak nampak di mana salahnya pakatan itu. Pakatan
itu bertujuan menghapuskan kezaliman dan menegakkan keadilan.
Kita tidak perlu menyoal samada DAP ikhlas atau tidak. Mereka
akan memberi peluang kepada PAS dan KeADILan memerintah secara
Islam.

Di Kelantan sendiri ramai orang bukan Islam mengundi PAS, padahal
PAS sudah lama melaungkan slogan Islam. Tidak semua orang kafir
bencikan Islam. Mereka percaya Islam adalah keadilan, sebab itulah
menaruh harapan kepada Islam.

Abu Hasan Chan.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AHC <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke