----- Original Message ----- 
From: iszu <[EMAIL PROTECTED]>
To: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>; hizb hizbi.net <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Sunday, November 21, 1999 2:10 AM
Subject: H-Net* Re: 


> cuba baca attachment ni...kerja sapa ...jangan betui bendoi sangat.
> 
> 
> 
> 
> ----- Original Message ----- 
> From: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>
> To: hizb hizbi.net <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Friday, November 19, 1999 9:49 PM
> 
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 4 Dalil Akuan Murad Sah & Dipercayai!
>  
> 
> Memang dah lumrah bila dah salah semua tak nak
> mengaku.  Kadang-kadang bukti depan mata pun masih
> lagi nak berdolak-dalih.  Macam-macam alasan
> diberikan.  Alasan memang mudah dicari dan dicipta,
> pokok pangkalnya sama ada alasan itu boleh diterima
> dek akal ataupun tidak. 
> 
> Selepas akuan berkanun atau surat sumpah yang dibuat
> oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad
> Khalid yang dihebahkan kepada umum 28 Oktober lalu,
> pihak yang terkena batang hidung lari tak cukup tanah.
>  Lidah berbelit-belit nak betulkan cakap yang
> kadang-kadang tersasul terkeluar benda-benda yang tak
> logik.  Macam-macam helah dan alasan digunakan untuk
> menafikan pengakuan bersumpah si Murad ini. 
> 
> Walaupun sudah banyak dibincangkan mengenainya, masih
> ada orang yang keliru atau kurang faham manakala yang
> lain pula cuba mengabui mata orang ramai untuk
> melindungi diri mereka 
> 
>              Yang pertama dan terpenting ialah
> perakuan Murad itu sah dan tertakluk kepada
> undang-undang. Ia bukan tuduhan liar yang dibuat
> membuta-tuli atau dibuat menggunakan perlindungan
> mahkamah dan Parlimen.  Murad mengambil risiko
> peribadi yang cukup tinggi dengan membuat akuan itu.
> Di banyak negara lain, keselamatan orang macam dia
> tidak terjamin lagi. 
> 
> Jika dia berbohong, dia dengan sendirinya melakukan
> kesalahan dan boleh dikenakan hukuman penjara sampai
> tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali di
> bawah Kanun Keseksaan.  Jadi dia tentulah tidak akan
> bersumpah dan membuat tuduhan yang begitu berat
> terhadap begitu banyak orang kalau tidak yakin atau
> tidak ada bukti yang kuat bahawa dakwaannya itu benar.
> 
> 
> Salah-salah orang yang dia tuduh tak jadi apa-apa dia
> sendiri yang masuk penjara. Apatah lagi sasaran utama
> dia bukan alang kepalang orang yang tak lain tak bukan
> bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang
> sehingga September tahun lalu adalah 'boss' dia. 
> 
> Kalau Anwar dan konco-konconya betul-betul tiada duit
> sampai RM3 bilion, mereka boleh saman dia sampai tak
> tinggal sehelai pakaian pun di badannya.  Tengok
> sajalah apa yang dibuat oleh Timbalan Presiden Parti
> Keadilan Nasional Dr Chandra Muzaffar. Dia sudah saman
> Murad RM70 juta. 
> 
> Kedua Murad bukanlah alang kepalang orang. Dia diakui
> seorang ahli ekonomi dan kewangan yang handal dan
> disegani.  Sejak zaman Daim Zainuddin jadi Menteri
> Kewangan lagi dia sudah dikenal pasti dan diakui
> sebagai pegawai muda yang cekap dan cepat belajar. 
> 
> Dia juga seorang yang baik, lembut dan berbudi bahasa.
>  Tetapi sama juga dengan banyak orang muda lain yang
> terpukau dan terpaku dengan kata manis bekas Timbalan
> Perdana menteri itu, Murad diperalat dan dipergunakan.
> Demikianlah dia menyifatkan dirinya dalam akuan
> berkanun itu. 
> 
>              Ketiga, sebagai orang suruhan yang
> diyakini tidak mustahillah kalau Murad mempunyai butir
> dan maklumat terperinci mengenai urusan kewangan bekas
> ketuanya dan konco-konconya.  Apatah lagi Murad memang
> diketahui menjadi orang tengah dalam banyak urusan
> perniagaan konco-konco Anwar. 
> 
>               Keempat, oleh kerana Murad membuat
> tuduhan terhadap Anwar dan banyak yang lain berlandas
> undang-undang melalui akuan berkanunnya, maka adalah
> wajar bagi sesiapa juga yang berhasrat menafikan
> dakwaan beliau berbuat demikian berlandaskan
> undang-undang juga macam Chandra.  Kalau setakat
> penafian melalui kenyataan kepada media massa tidak
> berkesan. Orang tak percaya. 
> 
> Begitu juga dengan membuat bermacam alasan seperti
> tidak percaya kepada mahkamah yang dibuat oleh naib
> presiden Keadilan Marina Yusof. Lagi banyak alasan dan
> dolak dalik lagi banyak orang akan percaya ada perkara
> yang hendak disembunyi. 
> 
> Terlanjur saman, apa salahnya minta ganti rugi
> berpuluh juta macam Chandra. Tak cukup dengan
> membersihkan nama, tuntut ganti rugi RM70 juta. 
> Mahkamah pun pening kepada macam mana seorang yang
> kononnya berprinsip tinggi dan tidak mengutamakan
> kekayaan harta benda boleh menilaikan maruah dan nama
> baiknya RM70 juta. 
> 
> Nampaknya dalam dunia reformasi ini maruah dan nama
> baik yang dulunya tidak ternilai kini boleh diukur
> dengan ringgit dan sen.  Permohonan maaf dan
> pembetulan tidak memadai lagi. Maruah dan nama baik
> terpaksa ditebus dengan ganti rugi puluhan dan ratusan
> juta ringgit. Maruah dan nama baik sudah boleh dijual
> beli.  Kalau direnungkan semula 'style' maruah boleh
> dijual beli ini saling tak tumpah macam perangai buruk
> Anwar Ibrahim masa berkuasa dulu.
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>
> 
> 

bukti.gif

Kirim email ke