*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Sebelum kita mulakan perbincangan ini, saya jelaskan beberapa istilah
supaya mereka yang baru tidak berasa janggal bila membincangkan topik
ini.
server : komputer pelayan. Dalam sitem rangkaian, sebarang komputer yang
membolehkan pengguna-pengguna dalam sistem rangkaian mencapai fail-fail,
pencetak, komunikasi, atau lain-lain servis. SPR menyediakan web server
dan server pangkalan data SQL / XDbase.
network : sistem rangkaian, sekumpulan komputer dan peralatan yang
berkaitan yang dihubungkan dengan saluran komunikasi. Ia membolehkan
perkongsian fail dan sumber-sumber lain antara pengguna.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan bagaimana web server SPR
dikendalikan.

Untuk membangunkan laman web, kita memerlukan sekurang-kurangnya dua
buah komputer iaitu komputer stesen kerja dan satu lagi server web.
Komputer stesen kerja adalah sebuah komputer yang digunakan untuk
berkerja. Dalam kes SPR, komputer inilah yang sepatutnya digunakan untuk
mengemas kini database dan menguruskan database. SPR memerlukan lebih
dari 1 komputer stesen kerja bagi memudahkan kakitangannya bekerja. Web
server, iaitu komputer pelayan yang memberi perkhidmatan hos laman web
SPR sepatutnya beroparasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu sepanjang
tahun. Server web biasanya beroperasi tanpa henti dan ia hanya
dihentikan dalam tempoh yang pendek untuk servis sahaja (jika perlu).

Server laman web utama, biasanya dibina dengan menggunakan komputer
berkuasa tinggi seperti DEC/Compaq Alpha, Sun, HP, IBM dan sebagainya
(server PC tidak digunakan di sini). Server jenis ini menggunakan Unix
sebagai sistem operasi. Laman web SPR bukanlah sebuah laman web
peribadi. Ia mengendalikan sebuah pangkalan data yang besar (tak lah
besar sangat) dan bilangan capaian sehari adalah sangat tinggi iaitu
lebih dari 1000 hit sehari (Microsoft lagi besar, 1000 Gb atau 1
Terrabyte data sehari). SPR sepatutnya menggunakan komputer pelayan
jenis enterprise atau hi-end server. Mahal ??? Mahal bukan masalah bagi
SPR.

Berbalik kepada stesen kerja. Bagi pengendali laman web, mereka akan
mengemas kinikan laman web dan mengujinya terlebih dahulu di stesen
kerja atau menggunakan virtual server atau menggunakan server kerja.
Sekiranya semuanya OK, data-data yang dikemas kini akan disalin ke
server web. Ini mungkin mengambil masa selama beberapa minit (bagi saiz
data kecil) atau sehingga seminggu (bagi data yang besar, jarang ???).
Begitu juga yang dilakukan oleh pengendali laman web peribadi, mereka
mengemas kini laman web di komputer sendiri dan bila bersedia mereka
memindahkan salinan data ke server hos laman web.

Pangkalan data SPR tidaklah sehebat pangkalan data Microsoft, Netscape,
Sun dan beratus-ratus agensi asing yang lain. Tetapi kenapakah SPR
begitu lembab sangat. Bagaimanakah nak SPR menghadapai krisis Y2K nanti
? Nampaknya rakyat Malaysia perlu mencari hardware khas untuk mengatasi
pepijat Y2K yang berkarat di kepala pegawai-pegawai SPR. Ya, harware itu
telah ditemui, sdr/i adalah hardware itu.

Adalah tidak munasabah untuk menutup laman web dalam tempoh yang panjang
untuk kerja-kerja mengemas kini. Komputer server bukan kedai yang boleh
dibuka dan ditutup sesuka hati. SPR sepatutnya tidak menggunakan
komputer server untuk berkerja. Memang benar SPR tidak menggunakan
komputer server sebagai stesen kerja, buktinya homepej SPR (laman utama)
http://www.spr.gov.my/ masih boleh dicapai pada bila-bila masa. Tetapi
kenapa laman semakan daftar pemilih ditutup ?? Jika SPR mahu mengemas
kinikan daftar pemilih, biarkan daftar pemilih lama dipaparkan seperti
biasa. SPR cuma perlu menyatakan bahawa semakan daftar pemilih yang ada
itu bertarikh sekian-sekian dan menyatakan pendaftaran baru sedang
diproses dan akan dikemas kini tidak lama lagi. Apa yang SPR cuba
sembunyikan, apa yang hendak dirahsiakan dari rakyat ??? Nampaknya ada
banyak virus yang menyerang pentadbiran SPR dan rakyat Malaysia perlu
mencari satu antivirus untuk menyingkirkan virus-virus ini. Gunakan hak
anda sebagai anti virus.

Bincangkan, kalau boleh bincangkan secara ilmiah. Adalah diharapkan
kakitangan kerajaan / SPR dapat memberi alasan-alasan baru yang lebih
logik. Kalau perlu tender mencari alasan ini boleh diberikan kepada
kroni-kroni.


Wassalam.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdullah Ahmad <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke