*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak menyertakan alamat lokasi
iklan dan sepanduk tersebut.

Lokasi papan iklan rayuan "Undilah UMNO" dengan  membacakan ayat "Maka
nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan" surah Ar-Rahman :
- Papan Iklan besar, bersebelahan dengan simpang tiga Jalan ???? di Taman
Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur (berdekatan dengan balai bomba Taman Tun Dr.
Ismail). Iklan ini sebaris dengan iklan-iklan lain.
- Papan iklan besar di kawasan perumahan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Sepanduk kain, "UMNO+Melayu = Islam" (digantung di pagar):
- bersebelahan dengan simpang empat, Jalan Pantai baru - Bangsar - Pantai
Dalam - Kg. Hj. Abd. Hukum. Lokasi tepat, sebelah kiri dari Pantai Dalam
dan bersebelahan dengan lampu isyarat.

Masa menyaksikan : hari Sabtu, 20 hb November 1999, jam sekitar 2:30:00 pm
hingga 3:30:00 pm hari yang sama.

PENTING !!!! Sesiapa yang mempunyai kamera digital/kamera, sila ambil
gambar iklan tersebut dengan segera. Dan sebarkan.

Lain-lain :
======
Rayuan memaksa orang berterima kasih kepada UMNO. Iklan itu memetik ayat
yang bermaksud "Barang siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia maka
dia tidak bersyukur kepada Allah", ihsan Majlis Agama Islam Kuala
Terangganu (?).
- Jalan Kuala Selangor, selepas simpang empat : Jln Kepong - Jln Kuala
Selangor - Sri Damnsara - LDP.

Apakah perbezaan di antara tanggung jawab dengan jasa ? Bukankah
pembangunan itu adalah satu tanggung jawab pihak yang memerintah. Kenapa
perlu memaksa rakyat berterima kasih ? Kenapa perlu merayu-rayu meminta
rakyat berterima kasih. Sepatutnya kita bersyukur hanya kepada Allah.
Adakah piem tua tu, tahu bersyukur kepada Allah ?

"Syukur itu dapat dilihat pada sikap dan tingkah laku" - lagu "Syukur",
Raihan.

Kalau piem tua tu reti bersyukur, dia takkan hina nabi, cerca ulama,
mempertikaikan Al-Quran dan hadis, menghina umat islam, menzalimi rakyat,
bersahabat dengan musuh Islam dan ....

Sesiapa yang ada menyaksikan iklan yang sama atau seumpamanya, sila
maklumkan.


Wassalam.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdullah Ahmad <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke