*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
asm,
vote for BA,
let BN be the pembangkang.
wsm,


>From: Adam <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: TT TT <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* RAYUAN TERAKHIR: Sila Baca Sebelum Mengundi
>Date: Sun, 28 Nov 1999 12:56:27 -0800 (PST)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum Sedara Sedari yang dirahmati Allah
>
>Semoga sdr/i sekalian sihat sejahtera dan berada
>didalam keadaan penuh keimanan.
>
>Sebelum sdr/i keluar mengundi inginlah saya
>menyampaikan sedikit rasa hati atau mungkin lebih
>tepat
>lagi ingin merayu pada sdr/i sekelian.
>
>Demi Allah saya tidak kisah, apa sahaja yang sdr/i
>akan pangkah hari ini, samada Barisan Nasional atau
>pun Alternatif. Sebagai warga negara bumi tercinta,
>itu adalah hak sdr/i sekelian. Sebagai rakyat yang
>merdeka di bawah bumi Allah yang terbentang yang
>mengamalkan sistem demokrasi berparlimen,laksanakanlah
>hak sdr/i itu. Tidak ada sesiapa pun yang berhak
>melarang.
>Jika ditakdirkan Allah sdr/i memangkah BN maka itulah
>ketentuannya dan jika telah ditetapkan bahawa sdr/i
>akan memangkah BA, maka tidak ada mahluk mana pun yang
>akan mengatakan sebaliknya.
>
>Sdr/i sekelian
>
>Negara kita Malaysia yang kita semua sayangi dan
>cintai memerlukan check and balance di Dewan Parlimen
>dan di Dewan Undangan Negeri ( DUN ).  Kedua dua Dewan
>ini juga perlu lebih dinamik dan lebih bertenaga.
>Untuk mencapai check and balance kita perlukan ahli
>ahli ( MP dan/atau ADUN ) yang lebih agresif dan bebas
>bersuara.
>
>Sebelum saya teruskan saya pasti sdr/i sekelian adalah
>golongan terpelajar yang bekerja di mana mana firma
>atau pun menjadi bos/majikan yang ada para pekerja
>sendiri. Ingin saya bertanya mengapakah perlunya
>dilakukan mesyuarat didalam kerja kerja seharian sdr/i
>sekelian ?? Lebih tepat lagi mengapakah perlunya sessi
>brain storming di tempat pekerjaan. Tidak lain dan
>tidak bukan, kita semua perlu mendengar pendapat orang
>lain supaya kita lebih dinamik dan lebih berjaya.
>Penyatuan atau gabungan minda akan melahirkan sesuatu
>yang lebih baik dan lebih bagus.
>
>Samada mahu atau tidak, dengan izin Allah, Barisan
>Nasional ( BN ) akan kembali memerintah negara ini dan
>berkuasa di Parlimen dan di DUN. Ini adalah realiti
>yang tidak dapat dinafikan. Mungkin selepas ini saya
>tidak akan popular lagi dikalangan para penjaring
>sekelian. Tidak mengapalah tentang itu semua. Tapi apa
>yang ingin nyatakan dibawah ini tidak ada kena mengena
>dengan populariti.
>
>Oleh kerana BN akan kembali berkuasa, Parlimen dan DUN
>memerlukan pembangkang yang lebih kuat, lebih berkesan
>dan lebih bertenaga. Parlimen dan DUN, samalah seperti
>mesyuarat yang saya sebut diatas memerlukan gabungan
>minda dari pembangkang dan pemerintah untuk menjadi
>lebih jitu dan utuh. Malah dinegeri saya sendiri, ADUN
>juga disebut sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.
>Check and balace hanyalah hasil sampingan dari
>gabungan minda di dalam mesyuarat tersebut.
>
>Untuk mencapai hasrat dan tujuan tersebut diatas,
>perlunya ada dikalangan sdr/i yang mengundi Barisan
>Alternatif ( BA ). Ini bukan bermakna sdr/i ingin
>menderhaka pada negara atau ingin membelot pada
>perjuangan mana mana parti gabungan Barisan Nasional
>(BN ) bila mengundi BA. BN sudah ada cukup undi untuk
>kembali memerintah dan ini adalah realiti yang tidak
>boleh diketepi samada sdr/i suka atau pun tidak.
>
>Undi sdr/i kepada BA adalah untuk memastikan bahawa
>negara ini yang kita semua sayang dan sanjung menjadi
>lebih dinamik dan lebih progresif. Untuk lebih maju
>kehadapan kita  sangat sangat perlu kepada pembangkang
>yang lebih kuat dan berkesan. Sekarang ini cuma
>beberapa kerat sahaja pembangkang di Parlimen dan di
>DUN. Suara mereka terus tenggelam dan tidak dihiraukan
>dan tidak dipedulikan walaupun kadang kala buah
>fikiran mereka lebih baik untuk rakyat dan negara
>tercinta. Malah ada beberapa negeri seperti di Perlis
>misalnya, langsung tidak ada pembangkang walaupun
>seorang. Ini adalah satu fenomena yang amat tidak
>sihat kerana tidak ada kuasa sinergy yang membawa
>kepada kebaikan.
>
>Mengapakah sdr/i bertanya kepada pendapat suami atau
>isteri atau kawan kawan tentang sesuatu hal ? Mengapa
>pula kadang kadang kita menyoal diri kita sendiri
>tentang sesuatu yang akan diputuskan. Kita seolah olah
>berkata kata atau bercakap seorang diri. Tidak lain
>dan tidak bukan itu adalah naluri semulajadi manusia.
>Samalah juga di Parlimen dan DUN, kita perlukan second
>opinion atau pendapat yang berbeda. Kita tidak akan
>tahu kekuatan dan kelemahan kita, jika kita tidak
>mendapatkan pendapat atau pandangan orang lain.
>
>Saya tahu ada dikalangan sdr/i sekelian yang memang
>telah bertekad untuk menyokong UMNO, MCA, MIC atau
>mana mana parti komponen BN. Ada dikalangann sdr/i
>yang bertugas di Jabatan Ketenteraman Awam atau pun
>ahli ahli Gerak Gempur UMNO. Walau siapa pun sdr/i,
>fikirkan lah apa yang saya sebutkan diatas tadi.
>Didalam melaksanakan apa apa projek, perlu sekali ada
>brain storming. Sekurang kurangnya ketua sdr/i pun
>terpaksa menyoal dirinya sendiri dan menimbangkan
>masak masak tentang sesuatu perkara.
>
>Sdr/i sekelian
>
>Apakah dengan mengundi PAS, ADIL, PRM dan DAP kali
>ini, sdr/i adalah pembelot pada perjuangan BN ?
>Tentunya tidak.
>Adakah negara tercinta ini akan mundur kebelakang dan
>kita semua akan makan ubi kayu dan hidup seperti
>pengemis ?
>Tentunya tidak sama sekali.
>
>Seperti yang saya sebutkan tadi, BN akan kembali atau
>terus berkuasa. Apa yang saya ingin memohon dari sdr/i
>sekelian ialah meletakkan lebih ramai lagi pembangkang
>agar Parlimen dan DUN lebih dinamik dan bertenaga.
>Sekurang kurangnya, pendapat yang berbeda dan
>berlainan dapat disalurkan kepada BN dengan lebih
>berkesan. Sekurang kurang pendapat yang lain dari BN
>tidak terus malap dan padam.
>
>Sdr/i sekelian tidak perlu rasa bersalah atau merasa
>seperti menjadi pembelot bila mengundi PAS atau ADIL
>atau PRM atau DAP kali ini. Undi sdr/i adalah rahsia
>dan sdr/i perlu merasa megah dan berbangga kerana
>telah berusaha untuk menjadikan Parlimen dan DUN lebih
>berjaya dan lebih cemerlang. Dengan memangkah Barisan
>Alternatif pada hari ini sdr/i sekelian hanyalah
>manusia biasa yang menurut kehendak naluri semuajadi.
>Samalah seperti kehendak semula jadi yang memerlukan
>kepada suami atau isteri atau pun kawan kawan untuk
>bertukar tukar pendapat dan pandangan. Adakah seruan
>saya ini melampau dan melebihi batas.?
>
>Sdr/i sekelian
>
>Saya tahu sdr/i boleh mengundi BN, itulah adalah hak
>sdr/i yang diperuntukkan di dalam perlembagaan. Saya
>bukan meminta apa apa dari sdr/i sekelian. Saya tidak
>mahu pada wang ringgit, pangkat, harta, beras,  kereta
>atau adik atau kakak (untuk dijadikan isteri nombor
>dua ) Maaflah saya bergurau sedikit sahaja. Saya yakin
>BN dengan segala limpah rahmat wang rakyat dapat
>memberikan kesemua kesenangan dan kemewahan didunia
>pada sdr/i sekelian.
>
>Saya hanya ingin meminta dan merayu belas ihsan  sdr/i
>agar mengundi Barisan Alternatif supaya melebihkan
>sedikit jumlah pembangkang di Parlimen dan DUN. BN
>kesayangan sdr/i akan terus berkuasa seperti biasa.
>Tidak ada manusia mana pun yang akan tahu bahawa undi
>sdr/i kali ini diberikan pada Barisan Alternatif.
>Setidak tidaknya jika pembangkang yang sdr/i undi itu
>tidak berkenan dihati, maka bolehlah ditukar dimasa
>akan datang. Itulah konsep demokrasi yang kita
>amalkan.
>
>Diatas jasa baik sdr/i untuk merenung sejenak dan
>memangkah kepada PAS atau ADIL atau PRM atau DAP,
>tidak ada sebarang kemewahan didunia yang dapat saya
>berikan.
>Saya mohon maaf kerana saya tidak ada wang berbillion
>ringgit, emas segantang ataupun saham bertimbun untuk
>saya hadiahkan pada sdr/i. Saya hanya ada sedikit
>kekuatan minda,dengan izin Allah jua untuk dikongsi
>bersama didalam internet lebih lebih lagi di Hizbinet
>atau Titiwangsa. Itu sahaja. Mungkin dimasa akan
>datang langkah kita bertembung, kita dapat berurusan
>bersama untuk sedikit kesenangan didunia dan
>diakhirat, itu adalah kudrat dan iradat Allah jua.
>
>Akhir kalam, pangkahlah sesiapa jua yang berkenan
>dihati sdr/i. Saya memohon supaya ada sedetik dihati
>sdr/i apa yang saya utarakan ini. Kita perlukan lebih
>dari dua tiga orang pembangkang di Parlimen dan DUN
>agar suara mereka tidak tenggelam. Itu sahaja
>permohonan saya. Terima kasih kerana sudi membaca dan
>lebih lebih terima kasih yang tidak terhingga kerana
>memilih PAS atau ADIL atau PRM atau DAP walaupun hanya
>sedetik ketika memangkah kertas undi. Hanya Allah jua
>yang dapat membalas jasa baik sdr/i sekelian.
>
>Wassalam
>
>Adam Mohamad
>29 hb November 1999
>
>=====
>**nak keluar,sila hantar emel pada [EMAIL PROTECTED]**
>*********************************************************
> >>>>>>> SUDAHKAH ANDA MENYEMAK DAFTAR UNDI ANDA <<<<<<<<<
>*********************************************************
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
>Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "kita ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke