*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ BERITA MALAYSIA -------------------------------------------------------------------------------- December 01 , 1999 15:59PM KERAJAAN SABAH SETUJU NAIKKAN HARGA RUMAH MURAH KOTA KINABALU, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri hari ini bersetuju membenarkan pemaju menjual rumah-rumah kos rendah dengan harga dalam lingkungan RM30,000 hingga RM42,000, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Osu Sukam. Bagaimanapun, katanya kenaikan harga itu adalah dengan syarat kerajaan tidak lagi dibebankan dengan penyediaan kemudahan asas di luar tapak pembinaan bagi projek-projek itu. Sebelum ini, para pemaju rumah telah meminta kerajaan negeri agar harga rumah kos rendah itu dinaikkan berbanding harga sebelumnya iaitu RM32,000 seunit sebagai insentif untuk melaksanakan projek rumah kos rendah, kata beliau. "Alasan pemaju ialah projek membina rumah kos rendah tidak cukup menarik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet negeri di sini, hari ini. Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan untuk menerima perakuan yang dibuat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri mengenai harga baru rumah kos rendah, kata Osu. Beliau menjelaskan harga baru yang dipersetujui itu adalah bagi projek rumah-rumah kos rendah murah yang dibina oleh para pemaju swasta dengan menggunakan tanah mereka sendiri. Dengan persetujuan pada harga baru itu, kerajaan berharap ia akan mendorong para pemaju untuk terus membabitkan diri dalam pembinaan rumah-rumah kos rendah, kata Osu. Menurut beliau, harga rumah-rumah itu ditetapkan mengikut lokasi satu-satu kawasan. Harga rumah-rumah kos rendah yang dibina di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau serta kawasan yang berada di bawah Majlis perbandaran ditetapkan pada harga RM42,000, kata beliau. Bagi kawasan pekan dan pinggir bandar besar, harga yang dipersetujui ialah RM36,000 yang membabitkan rumah teres dua tingkat atau rumah kelompok manakala harga rumah-rumah kos rendah yang berada di luar bandar ialah RM30,000, tambahnya. Mengenai isu lain, Osu yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata beliau telah mengarahkan semua Menteri Kabinet supaya bekerja keras menunaikan tugas mereka untuk mengukuhkan sokongan rakyat terhadap BN. Dalam pilihan raya Parlimen baru-baru ini, BN Sabah berjaya memenangi 17 daripada 20 kerusi yang dipertandingkan. -- BERNAMA __________________________________________________ Do You Yahoo!? Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place. Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "PAS Tg. Aru" <[EMAIL PROTECTED]>