*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita lihatlah nanti, negeri negeri lain akan mengikutinya....sembelih rakyat
yang memilih untuk membalas jasa baik tukang sponsor.

"PAS Tg. Aru" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BERITA MALAYSIA 


--------------------------------------------------------------------------------
December 01 , 1999 15:59PM  
 


 KERAJAAN SABAH SETUJU NAIKKAN HARGA RUMAH MURAH 
 
   

KOTA KINABALU, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri hari
ini bersetuju membenarkan pemaju menjual rumah-rumah
kos rendah dengan harga dalam lingkungan RM30,000
hingga RM42,000, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Osu
Sukam. 

Bagaimanapun, katanya kenaikan harga itu adalah dengan
syarat kerajaan tidak lagi dibebankan dengan
penyediaan kemudahan asas di luar tapak pembinaan bagi
projek-projek itu. 

Sebelum ini, para pemaju rumah telah meminta kerajaan
negeri agar harga rumah kos rendah itu dinaikkan
berbanding harga sebelumnya iaitu RM32,000 seunit
sebagai insentif untuk melaksanakan projek rumah kos
rendah, kata beliau. 

"Alasan pemaju ialah projek membina rumah kos rendah
tidak cukup menarik," katanya kepada pemberita selepas
mesyuarat Kabinet negeri di sini, hari ini. 

Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan untuk
menerima perakuan yang dibuat oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri mengenai harga
baru rumah kos rendah, kata Osu. 

Beliau menjelaskan harga baru yang dipersetujui itu
adalah bagi projek rumah-rumah kos rendah murah yang
dibina oleh para pemaju swasta dengan menggunakan
tanah mereka sendiri. 

Dengan persetujuan pada harga baru itu, kerajaan
berharap ia akan mendorong para pemaju untuk terus
membabitkan diri dalam pembinaan rumah-rumah kos
rendah, kata Osu. 

Menurut beliau, harga rumah-rumah itu ditetapkan
mengikut lokasi satu-satu kawasan. 

Harga rumah-rumah kos rendah yang dibina di kawasan
bandar seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau serta
kawasan yang berada di bawah Majlis perbandaran
ditetapkan pada harga RM42,000, kata beliau. 

Bagi kawasan pekan dan pinggir bandar besar, harga
yang dipersetujui ialah RM36,000 yang membabitkan
rumah teres dua tingkat atau rumah kelompok manakala
harga rumah-rumah kos rendah yang berada di luar
bandar ialah RM30,000, tambahnya. 

Mengenai isu lain, Osu yang juga Pengerusi Barisan
Nasional (BN) negeri berkata beliau telah mengarahkan
semua Menteri Kabinet supaya bekerja keras menunaikan
tugas mereka untuk mengukuhkan sokongan rakyat
terhadap BN. 

Dalam pilihan raya Parlimen baru-baru ini, BN Sabah
berjaya memenangi 17 daripada 20 kerusi yang
dipertandingkan. 

-- BERNAMA
 
 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "PAS Tg. Aru" <[EMAIL PROTECTED]>


____________________________________________________________________
Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Llanang Kawe <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to