*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



>From: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>
>
>Assalamualaikum
>
>Saya membenci BN dan berdukacita atas kekalahan BA di
>Negeri Johor, Namun saya tetap sayangkan Johor dan
>berbangga sebagai anak Johor.
>
>Kata kata dari Sdr osba dan Abdul rahman pada saya
>sebagai satu perkataan dari orang yang kurang waras
>dan menulis menurut logik otak yang kurang
>berpengetahuan dan kurang penyelidikan!!!!
>


Assalamualaikum
Akhirnya saya rasa saya juga perlu menulis untuk membersihkan nama org 
Johor. Pada 2 hari yg lepas, pedih juga telinga dan mata ini mendengar 
macam2 kata yg dilemparkan kepada org johor. Ada yg kata kat Johor kalau 
letak kambing, bendul, or even tahi pun akan menang asalkan atas cop dacing. 
Sampai begitu sekali kami dihina. Tetapi apabila Adam dan Pemuda cawangan 
mula defend kami, saya pun rasa bersemangat untuk menforwardkan tulisan 
berkenaan kepada org2 yg menganggap kami biru pekat.

  Saya sendiri adalah anak jati Johor. Bersekolah rendah hingga menengah di 
Johor. Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama. Masa kami tidak 
terluang utk pergi ke shopping2 kompleks macam di bandar KL ni. Pun 
demikian, alhamdulillah, kami berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yg 
tinggi dan dlm masa yg sama, menunaikan tanggungjawab sebagai seorg Islam.

  Tak perlulah kita menyalahkan org Johor kesemuanya hanya kerana UMNO 
menang besar di sana. Kekadang saya rasa tidak adil juga apabila org memuji 
org Kelantan sebab pandai memilih PAS. Sebabnya...  ada juga org Kelantan yg 
menutup aurat di negeri sendiri tetapi pakai mini skirt kat KL. Ada juga 
budak lelaki Terengganu yg masak nasi goreng waktu siang Ramadan di luar 
negeri (harap perkara ini tidak diperdebatkan. STOP!)Siapa yg salah? Adakah 
PAS salah kerna tidak menjaga rakyatnya? Tentu tidak ... Sebab semua 
terletak pada mentaliti masing2. PAS telah melaksanakan tanggungjawab mereka 
di ruang likup kuasa mereka shj. Begitu juga rakyat Johor. Mereka dpt 
melaksanakan tanggungjawab mereka dlm ruang likup mereka juga. Saya sendiri 
dpt meng'convice'kan ibubapa saya supaya memangkah PAS setelah hari2 telefon 
menceritakan keburukan UMNO semenjak DSAI dipecat. Manakala ibu bapa saya 
tidak cukup data2 untuk convincekan adik beradik mereka. Saya rasa saya juga 
salah dlm hal ini kerana tidak membesarkan target point saya :(

Akhir kata, diharap kita dpt mengambil iktibar di sebalik kemenangan UMNO di 
Johor. Semuga org2 kuat PAS dpt mengambil initiative untuk menawan Johor dan 
rakyatnya.


Wassalam


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "suraya kamsari" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to