SEMBAHYANG JUMAAT pun boleh jadi BERITA??? ITU adalah
kewajipan.
DR
MAHATHIR SOLAT JUMAAT DI MASJID AISHAH |
|
LANGKAWI, 3 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, yang mempunyai jadual ketat sempena
Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA '99), menunaikan
solat Jumaat di Masjid Aishah, Sungai Mengulu di sini hari ini.
Kira-kira 3,000 orang turut bersembahyang di masjid
berhawa dingin pertama di pulau peranginan itu yang diimamkan oleh pegawai
agama Langkawi Sheikh Alauddin Abu Bakar.
Sebelum itu Perdana
Menteri menemui Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob di Kampung Tok
Senik.
Di sebelah pagi, Dr Mahathir menerima tabik hormat
perbarisan maritim sempena LIMA '99 yang masuk hari keempat hari ini.
Perbarisan membabitkan 12 kontinjen daripada beberapa negara asing
termasuk Malaysia itu diadakan mengikut tradisi tentera laut yang
diamalkan di seluruh dunia. Ia turut diserikan dengan tarian kebudayaan.
Petang ini, Dr Mahathir akan ke segmen udara dan maritim untuk
menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman beberapa buah
syarikat yang menyertai LIMA '99.
Di sebelah malam pula Perdana
Menteri dijangka mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa pemimpin
parti di sebuah hotel di sini.
-- BERNAMA
|
|