salam semua,

maaf, komen sikit.

Selepas ucap tahniah, mari kita beri sumbangan menjayaan Trengganu & KElantan.
Sumbangan itu boleh menjamin kekalnya kepimpinan muslim/islam - izin ALLah.

Khususnya kesesuaian dengan zaman kontemporary.

1. Golongan profesional spt Engneer, lawyers, accountants, doktor dll yg beriman & beramanah.

2. barisan tenaga profesional berdiri teguh di belakng tok guru secara terbuka dan disebarluaskan di media.

membangun bersama Islam
membangunkan negara bersama Islam
membangunkan negeri bersama Islam
membangunkan masyarakat bersama Islam
membangunkan,  dan tinggalkan AMNO.
 
 
 
 
 

laplace transform wrote:

 
Untuk ucapan TAHNIAH:

Hantar Fax & Telefon kepada PAS Negeri beramai-ramai:

PAS Terengganu : Tel - 09 622 1350
                Fax - 09 623 9671

PAS Kelantan   : Tel - 09 748 1131
                Fax - 09 746 1873


>From: "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>
>Date: Fri, 3 Dec 1999 02:50:53 +0800
>

Mari kita ramai-ramai UCAPKAN TAHNIAH kepada Tuan Guru

Abdul Hadi ketuai majlis angkat sumpah Exco Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU 2 Dis. - Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua kerajaan negeri Terengganu yang baru.

Abdul Hadi yang berpakaian jubah hitam dan berserban putih mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu di Istana Maziah, di sini pada pukul 9.20 pagi.

Istiadat dimulakan dengan pengisytiharan pelantikan menteri besar dengan mambaca surat tauliah oleh ketua istiadat istana, Tengku Seri Indera Raja, Raja Zainal Karib Shah Raja Harun Al-Rashid.

Ini diikuti dengan Abdul Hadi membaca ikrar sumpah ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan menandatangani surat sumpah pelantikan.

Abdul Hadi menggantikan Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad berikutan kemenangan Pas pada pilihan raya umum Isnin lepas.

Seramai 10 ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru turut mengangkat sumpah termasuk dua timbalan pesuruhjaya Pas negeri, Haji Wan Abdul Mutalib Embong dan Haji Harun Taib.

Haji Wan Abdul Mutalib ialah ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk sementara Harun anggota DUN Manir.

Anggota DUN lain yang dilantik sebagai Exco ialah Setiausaha Pas negeri, Haji Mustafa Ali (DUN Pengkalan Berangan) yang dilantik Exco kanan dan Awang Yusof (Cukai) yang mengalahkan Wan Mokhtar pada pilihan raya umum lalu.

Ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang lain ialah Haji Abu Bakar Chik (Batu Rakit), Haji Yahaya Ali (Alur Limbat), Haji Abu Bakar Abdullah (Tepuh), Tun Mohd Salleh Abas (Jertih), Haji Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf Mempelam) dan Haji Wan Hassan Mohd Ramli (Sura).

Pas memenangi 28 daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan pada pilihan raya umum lalu manakala empat lagi kerusi DUN dimenangi Barisan Nasional.

Parti itu juga memenangi tujuh daripada lapan kerusi parlimen sementara yang satu lagi dimenangi Keadilan.------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
 [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
 [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

 ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
 

Kirim email ke