*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Ish, banyak sungguh cerita-cerita dan kisah2 politik semasa dan selepas pilihanraya 
yang kita dok dengar dan tengok; kadang2 tu banyak sangat, sampaikan bila ada orang 
sembang, kita nak tumpang mencelah tak tau nak mula tang mana dulu.

Hari ini saya nak minta tumpang celah sedikit. Lagi pun dah dekat nak puasa dah ni, 
boleh la kot kita terus bercerita sementara ada waktu ini; bukannya apa takut kot-kot 
kalau bila dah masuk bulan posa, masih dok bercerita pasal bab pilihanraya, 
silap-silap boleh termasuk dalam senarai umpat mengumpat - tak pasal dapat dosa kering.

Saya dok tengok-tengok orang bersembang; kalau yang belah ADIL tu, nanti depa cakap:

"Aha, tu dia cuba hangpa tengok, habis orang Melayu tolak UMNO sebab faktor Anwar 
Ibrahim!!"

Lepas tu, pi kat kawasan yang ramai orang PAS asal pulak, nanti depa kata:

"Ha, cuba hangpa tengok, la ni orang Melayu dah tak mau UMNO dah, habis pakat mai 
belah PAS!!"

Nanti, kita sama-sama tengok apakah sebenarnya faktor kemerosotan UMNO dan kebangkitan 
PAS dalam pilihanraya ke-10 ini. Boleh tengok relevant ka tidak apa yang orang dok 
sepanjang minggu ini.

Mula-mula, kita tengok apa kata orang2 UMNO.

Kalau kita baca Utusan Meloya dan Berita Hairan, kita  boleh nampak dengan jelas 
ulasan sebaris dan senada daripada barisan kepimpinan UMNO. Bunyinya lebih kurang:

"Ha, kita kalah bukan sebab PAS kuat, tapi sebab UMNO berpecah sesama sendiri; dan 
faktor utama yang dikenal pasti kenapa kita gagal menawan pengundi ialah kerana 
pemilihan calon!!"

ISH, SUNGGUH KA PEMILIHAN CALON SEBAGAI PUNCA?

KALAU SUNGGUH TAK KAN SEMUA CALON UMNO DI KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH, PERLIS, PAHANG, 
UTARA PERAK DAN SATU DUA TEMPAT DI SELANGOR, SEMUA ITU TAK LAYAK BELAKA??

[Ish, tak logik aih!!]

Yang saya kesiannya, bila depa pakat dok hentam Wan Mokhtar. Kata depa:

"Orang tak suka kat dia sebab dia ni dah lama sangat dah - (dah tua)!!"

Tang Sanusi pun depa kata macam tu lebih kurang; dan yang lawaknya Si Khalil Yaakub yg 
dok aim nak jadi Naib Presiden UMNO , yang kita nampak lebih tua dari Najib tu pun 
boleh kata kat Najib, kononnya pengundi2 di Pahang dah cemuh dengan 'orang2 lama' 
macam Najib. Benda ni keluar dlm akhbar UM, tapi dok esoknya seperti biasa, si Khalil 
Yaakub ni cakap bahawa kenyataan dia semalam disalah tafsirkan oleh akhbar UM 
kepunyaan depa sendiri.

Mungkin sebab tu lah kot, kelmarin dalam interview dengan si Ghafar Baba Pahlawan 
Purba; Utusan Malaysia memetik Ghafar sebagai berkata:

"Kepada orang-orang muda dalam UMNO, kita kena ingat, suatu hari nanti kita semua akan 
TUA juga!!"

HA, TU DIA; CUBIT PAHA KIRI, PAHA KANAN PUN SAKIT. HANGPA BALUN WAN MOKHTAR, GHAFAR 
BABA PAHLAWAN PURBA PUN TERASA JUGA!!

ISH, ISH KESIAN KAT ORANG-ORANG TUA DALAM UMNO MACAM GHAFAR, MACAM WAN MOKHTAR, MACAM 
SANUSI; BILA DEPA TAK MAU, DEPA TERAJANG MACAM TU SAJA!!

Dr Mahathir yang dilahirkansatu waktu dengan penama-penama di atas tak terasa apa-apa 
ka?

Nak rasa apanya, kalau hangpa tengok poster-poster dia merata jalan di seluruh 
Malaysia ini; semua gambar-gambar dia adalah gambarnya semasa berumur "17 tahun"  - 
muda, handsome lagi macam Shah Rukh Khan!!

SILAP LA DEPA DOK PI GANTUNG GAMBAQ MAHATHIR MUDA-MUDA TU; LAGI DIA TENGOK GAMBAR TU, 
LAGI LA DIA TERASA YANG DIA MASIH MUDA BELIA DAN BERTENAGA LAGI - WALAU PUN HAKIKATNYA 
HANYA KAK HASMAH YANG TAU!!

[Hangpa nak marah saya kutuk Mahathir ni, hangpa marahlah, tapi saya takkan boleh maaf 
dia sampai bila-bila sebab dia dok kutuk janggut nabi hari tu!!]

NASIB BAIK SAIDINA OMAQ DAH TAK DAK, KALAU DIA MASIH ADA LA, HAI TAK TAU LA APA NAK 
JADI DENGAN MAHATHIR SORANG NI!!

Okaylah, berbalik pada cerita pilihanraya; sebenarnya saya sendiri, selepas seminggu 
pilihanraya berlalu macam tak percaya yang PAS boleh menang sampai besar macam tu 
sekali,terutamanya di Terengganu dan Kedah, sedangkan dua tiga minggu sebelum 
pilihanraya, hati saya dok duq-daq-duq-daq dok risau Kelantan akan jatuh ke tangan 
depa. Bukannya apa, sebab bulan September lalu saya ada pi Kelantan dan Terengganu; di 
Kelantan terutamanya di Jeli, saya tengok masyaallah bendera dan poster BN merata 
jalan; sampaikan kat satu tempat tu nak parking kereta tepi jalan pun payah sebab 
terpacak penuh dengan bendera BN.

Saya masih ingat, kat satu tempat kat Jeli, saya naik bara tengok bendera BN, bukannya 
apa, anak saya yang kecik dah mai dia punya 'emergency'; tak kan nak lepas dalam 
kereta, so saya pun kena la berenti tepi jalan. Penuh dengan bendera BN, tak tau nak 
berenti tang mana; dah budak tu buat hal dah, kena la berenti jugak. Berenti punya 
berenti kena betoi-betoi bawah bendera kati; nasib baik waktu tengah hari berdiri, tak 
dak orang lalu lalang sangat; kalau tidak boleh naya saja kena dengan depa, mana lah 
tau kot depa terasa pulak sebab anak saya pi buat "jamban sementara" kat bawah bendera 
depa di tepi jalan tu. Lagi pun kat kereta saya terpampang lambang PAS di merata 
tempat!!

KEJADIAN DI ATAS MUNGKIN TAK ADA KENA MENGENA DENGAN KEKALAHAN BN DI JELI, TAPI SAJA 
NAK HABAG KATA BAHAWA DUA TIGA BULAN SEBELUM PILIHANRAYA, PAS KENA ASAK SAKAN DI 
NEGERI KELANTAN!!

So, selain daripada isu calun dan isu Anwar yang depa dok heboh-hebohkan tu, sebab apa 
lagi yang menyebabkan BN kalah besar di Kelantan?

Dalam hal ini, saya rasa (buat pertama kalinya), saya bersetuju dengan kenyataan 
Annuar Musa; salah satu faktor kemenangan PAS di Kelantan ialah kepulangan kira-kira 
50,000 pengundi Kelantan dari Lembah Kelang dan 20,000 dari selatan Thailand. Kata 
Annuar Musa:

"Dulunya, mereka inilah yang memberi undi kepada BN, tapi kali ini mereka beralih 
kepada PAS!!"

Betul atau tidak, hanya  orang Kelantan yang mengetahui, tapi one thing for sure, hari 
ini saya faham, dan cukup faham pasal apa hari itu RTM, TV3, TV7, Utusan dan B/Hairan 
tak habis-habis dok tunjuk kata rakyat Kelantan ni miskin, papa kedana, daif merempat 
di negeri sendiri. Tujuannya ialah nak tarik perhatian pengundi2 Kelantan dari luar 
ini supaya membuat perubahan dalam pilihanraya yg lalu!!

Tapi, strategi depa makan diri; rakyat Kelantan dari luar ini yang depa dok harap akan 
menyokong BN untuk membasmi kemiskinan (kononnya), bukan jadi simpati tapi naik muak 
dengan cerita kemiskinan yang dibuat-buat ini!!

HASILNYA HABIS TOK MUSTAPA, TOK ANNUAR MUSA DAN APA NAMA TU..... SI MAMAT YANG JAGA 
"KEMENTERIAN KEHAKIMAN" HABIS SEMUANYA KENA TERAJANG!!

Tu cerita di Kelantan -  di Terengganu, Kedah dan Penang pulak lain ceritanya.

...ish, panjang sangat dah kot, kita stop dulu, nanti sambung lagi.

Wassalam,
Pakdin


---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke