*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



>From: "Al Kedahi" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Fwd: [abimlink] Reaksi: SURAT TERBUKA ....
>Date: Mon, 06 Dec 1999 06:00:22 GMT
>
>
>
>
>>From: Mohamed Muzaffar <[EMAIL PROTECTED]>
>>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: [abimlink] Reaksi: SURAT TERBUKA ....
>>Date: Sun, 05 Dec 1999 12:09:54 -0800
>>
>>**********************************************************************
>>" ABIM : MENEGAK KEBENARAN DAN KEADILAN "
>>
>>DIHARAP AHLI-AHLI DAPAT MEMATUHI PERATURAN TIDAK
>>MEMBENARKAN MEMANJANG ('FORWARD') MAIL DARI JARINGAN LAIN
>>**********************************************************************
>>
>>Bismillah ir Rahman ir Rahim
>>
>>
>>Wa`alaykum Salam...,
>>
>>Sdr. Al-Kedahi dan sahabat-sahabat yang lain,
>>
>>Saya berhasrat untuk menambah sedikit terhadap segala
>>respon yang telah diberikan oleh beberapa orang
>>terhadap penulisan Sdr Al-Kedahi.  Terima kasih Sdr
>>Al-Kedahi diatas saranan-saranan saudara.
>>
>>Apa yang pasti kita mestilah berganding bahu
>>melaksanakan program-program yang menguntungkan agama
>>Allah samada untuk orang-orang Islam mahupun
>>program-program penerangan tentang keindahan Islam
>>kepada non-Muslims.  Oleh itu, selain daripada
>>program-program berasingan yang dianjurkan oleh
>>gerakan-gerakan Islam di Malaysia, kita juga perlu
>>memperbanyakkan program anjuran bersama dengan
>>dihadiri oleh tokoh-tokoh dari pelbagai gerakan Islam
>>itu sendiri secara adil.  Barulah keberkesanan
>>alternatif dan keintiman antara satu sama lain
>>terjalin dengan baik.
>>
>>Saya agak kurang setuju sedikit dengan beberapa
>>kenyataan Sdr Al-Kedahi di penghujung surat beliau
>>lebih-lebih lagi yang merujuk kepada seolah-olah ABIM
>>hanya gemilang sebelum 17 tahun yang lalu.  Sekiranya
>>saudara sendiri bersama diteras / arus perdana ABIM,
>>tentu saudara serba sedikit dapat akur tentang
>>sumbangan ABIM kepada Islam ketika DSAI berada dalam
>>kerajaan, malah majoriti protes oleh kakitangan
>>kerajaan kepada BN especially UMNO ketika tercetusnya
>>krisis DSAI adalah secara tidak langsung rentetan
>>daripada sumbangan ABIM kepada masyarakat.  Saya tidak
>>kira protes rakyat adalah semata-mata kerana DSAI
>>tetapi ianya lebih kepada kezaliman yang dilakukan
>>oleh pemerintah dan sekutu-sekutunya.  Kalau tidak
>>masakan Dr M sendiri mengiktiraf peranan dan sumbangan
>>ABIM apabila beliau sepanjang krisis DSAI daripada
>>tarikh DSAI mula dipecat hingga kepada pilihanraya
>>ke-10 baru-baru ini merujuk secara 'direct' kepada
>>beberapa individu ABIM dan ABIM itu sendiri sebagai
>>satu organisasi, malah beliau dan
>>jembalang-jembalangnya bekerja keras memastikan semua
>>ex-ABIM dan golongan professional yang bertanding atas
>>tiket KeADILan akan dikalahkan dengan cara tipu
>>muslihat yang sungguh menjijikkan.  Kumpulan pertama
>>yang kena tahan dibawah ISA sejurus DSAI juga adalah
>>dikalangan orang-orang ABIM.
>>
>>Contoh yang lain, sekiranya kita menghimbau kembali
>>populariti PAS sejak isu pemecatan DSAI, selain
>>daripada beberapa pembaharuan yang dibuat oleh PAS
>>dari segi struktur keahlian Pusat dan pendekatannya,
>>saya rasa tentu saudara sendiri bersetuju dengan saya
>>bahawa apabila PAS berjuang dengan bersungguh-sungguh
>>membela DSAI, secara langsung atau tidak langsung PAS
>>bertambah popular.  Bagi saya, DSAI dapat manfaat dan
>>terbela, PAS juga dapat manfaat.  Lihat saja pada dua
>>minggu pertama DSAI dipecat, apabila ada satu atau dua
>>orang pimpinan atau penceramah yang berceramah atas
>>kapasiti PAS yang cuba menghentam DSAI, khabarnya agak
>>luar biasa juga ketidakpuasan hati masyarakat Malaysia
>>(under current) bila isu tersebut ditimbulkan.
>>
>>Saya merayu agar cukuplah sekiranya ada diantara kita
>>yang mahu menuding jari antara satu sama lain.
>>Sekarang adalah masanya untuk bersama.  Kalau objektif
>>utama kita untuk bersatu dapat dilaksanakan, baguslah,
>>tetapi saya kurang optimistik dengan cara paksaan.
>>Lakukanlah penyatuan itu secara terancang dan natural.
>>  Menjelang kepada sampainya satu masa nanti dimana
>>kita dapat bersatu secara total, setidak-tidaknya kita
>>dapat bekerjasama secara efektif menentang kezaliman
>>dan memperjuangkan keadilan, insya-Allah.  Kebiasaan,
>>apabila timbul beberapa keraguan dikalangan ahli
>>adalah disebabkan mesej atau pendekatan atau keputusan
>>dari pimpinan sesuatu organisasi itu tidak dapat
>>dihuraikan atau difahami sepenuhnya oleh ahli itu
>>sendiri.  Sebagai contoh, saya sebagai ahli ABIM rasa
>>bertanggungjawab menghuraikan maksud sebenar
>>non-partisan yang dibawa oleh ABIM sejak kewujudannya
>>kepada orang yang tidak bersama ABIM.  Adakah saudara
>>sendiri tergolong dikalangan mereka-mereka yang
>>benar-benar faham tentang konsep non-partisan ABIM?
>>
>>Sekian dulu.  Selagi kita tidak dapat memahami sesuatu
>>perkara itu secara mendalam, maka memadailah
>>mengkritik atau mengulas sesuatu perkara itu secara
>>adil dan berpatutan.  Apabila kita menyelesaikan
>>sesuatu masalah secara adil, dengan sendirinya banyak
>>kekusutan terurai walaupun mungkin masih ada
>>segelintir yang tidak berpuas hati.  Sama-samalah
>>saling bantu-membantu dan tampung-menampung dengan
>>penuh rasa keikhlasan. Mudah-mudahan Allah s.w.t.
>>sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya kepada kita.
>>  Memandangkan saya tidak biasa menulis, dan dengan itu
>>sekiranya ada yang tersinggung, saya pohon maaf.
>>Sama-sama berdoa agar kita terus istiqamah dalam
>>perjuangan.  Janganlah kita menjadi korban yang masih
>>bernyawa dalam perjuangan murni ini dengan tidak dapat
>>menahan diri daripada beberapa ujian Allah.  Manusia
>>tetap diuji.  Wassalam.
>>
>>Mohamed Muzaffar
>>
>>
>>--- Al Kedahi <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>> >
>>**********************************************************************
>> > " ABIM : MENEGAK KEBENARAN DAN KEADILAN "
>> >
>> > DIHARAP AHLI-AHLI DAPAT MEMATUHI PERATURAN TIDAK
>> > MEMBENARKAN MEMANJANG ('FORWARD') MAIL DARI JARINGAN
>> > LAIN
>> >
>>**********************************************************************
>> >
>> > Bismillah ir Rahman ir Rahim
>> >
>> >
>> >
>> > Assalamu'alaikum Wrt Wbt!
>> >
>> > Pilihanraya Umum 99 sudahpun berlalu.
>> >
>> > BN masih mengekalkan majoriti kerusi Parlimen
>> > sebanyak 2/3, ttp sukar
>> > dipastikan apakah sokongan rakyat terhadap mereka
>> > masih 2/3.
>> >
>> > Penglibatan Parti KeADILan Nasional di dlm PR kali
>> > ini, amat
>> > memberangsangkan dan menunjukkan alamat yang
>> > positif.
>> >
>> > Pun begitu, kita tidak pasti apakah pengisian yang
>> > BA perlu lakukan selepas
>> > pilihanraya kali ini, apakah kita ingin kekal
>> > sebagai 'pembangkang melulu'
>> > @pun sebagai unsur 'check & balance' yg baik.
>> >
>> > Keputusan pilihanraya umum yg lalu menunjukkan
>> > bahawa permuafakatan di
>> > antara NGO umumnya, dan pertubuhan2 Islam khasnya,
>> > berjaya disatukan kembali
>> > di dalam satu wadah (e.g Gerak dan Barisan
>> > Alternatif).
>> >
>> > Secara peribadinya, saya berharap agar ANGKATAN
>> > BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
>> > sendiri kembali menunjukkan KETERBUKAAN kpd
>> > pertubuhan Islam lainnya ,
>> > termasuk PAS di dalam menghadapi cabaran yang
>> > mendatang.
>> >
>> > Dan antara langkah pertama untuk menunjukkan
>> > keterbukaan tersebut ialah
>> > memansuhkan peraturan TIDAK MEMBENARKAN AHLI-AHLI
>> > abimlink mem'forward'
>> > e-mail dari jaringan lain.
>> > Jikalau kita perhatikan list lain spt
>> > Hizbinet,Islahnet, Alternatifnet dsbg,
>> > menunjukkan sifat keterbukaan dlm berbincang
>> > mengenai isu-isu semasa.
>> >
>> > Tidakkah ABIM ingin bersama-sama sahabat lain dalam
>> > membincangkan apa yg
>> > berlaku dalam negara?
>> >
>> > ABIM harus sedar bahawa mereka tidak lagi memiliki
>> > DSAI sebagai tempat
>> > pergantungan di dalam KERAJAAN.
>> >
>> > ABIM juga harus SEDAR bahawa mereka kini telah
>> > kembali ke barisan
>> > PEMBANGKANG yang telah mereka tinggalkan 17 tahun
>> > yang lalu.
>> >
>> > Sikap ketegasan dan pendirian ABIM amatlah
>> > dialu-alukan dalam menghadapi
>> > isu-isu seperti kerjasama Kerajaan BN dgn rejim
>> > Zionis Israel, isu murtad,
>> > isu kegawatan sosial dll lagi.
>> >
>> > Saya berharap agar ABIM dapat kembali ke 'zaman
>> > gemilang'nya seperti pada
>> > masa 17 tahun yg lalu.
>> >
>> > Sekian, Wassalam.
>> >
>> >
>> >
>>______________________________________________________
>> > Get Your Private, Free Email at
>> > http://www.hotmail.com
>> >
>> >
>>**********************************************************************
>> > Tulisan-tulisan selain kenyataan rasmi ABIM, yang
>> > terdapat
>> > dalam ABIMLINK tidak sama sekali gambarkan sikap
>> > dan pendirian ABIMLink mahupun ABIM dalam isu-isu
>> > yang dibincangkan.
>> >
>> > Dengan itu, ABIM tidak bertanggungjawab ke atas
>> > sebarang tulisan
>> > yang tersiar mahupun insiden yang timbul ekoran
>> > daripadanya.
>> >
>> > Halaman ABIM Online : http://www.abim.com
>> >
>> > Email ABIM : [EMAIL PROTECTED]
>> >
>> > ABIMLINK Mailing List: [EMAIL PROTECTED]
>> >
>> >
>>*********************************************************************
>> >
>> >
>>_____________________________________________________________
>> > Start the new year off right by referring a list to
>> > Topica.
>> > You'll earn $300 and your list owner friends will
>> > thank you.
>> > http://www.topica.com/t/9
>> >
>>
>>__________________________________________________
>>Do You Yahoo!?
>>Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
>>Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com
>>
>>**********************************************************************
>>Tulisan-tulisan selain kenyataan rasmi ABIM, yang terdapat
>>dalam ABIMLINK tidak sama sekali gambarkan sikap
>>dan pendirian ABIMLink mahupun ABIM dalam isu-isu yang dibincangkan.
>>
>>Dengan itu, ABIM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tulisan
>>yang tersiar mahupun insiden yang timbul ekoran daripadanya.
>>
>>Halaman ABIM Online : http://www.abim.com
>>
>>Email ABIM : [EMAIL PROTECTED]
>>
>>ABIMLINK Mailing List: [EMAIL PROTECTED]
>>
>>*********************************************************************
>>
>>________________________________________________________________________
>>Start an Email List For Free at Topica.  http://www.topica.com/register
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke