*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berkomunikasi Dengan Suami dan Mertua

     Soalan: 

     Saya mengenali seseorang yang menghadapi masalah
rumahtangga. Masalahnya ialah berkomunikasi dengan
suami dan ibu mertua. Suaminya
     suka merahsiakan aktivitinya dan masalahnya serta
menyuruh isterinya supaya tidak mencampuri hal
kerjanya. Tambahan lagi suami tidak
     mengamalkan tuntutan sembahyang. Suami juga suka
melihat dan memuji wanita cantik di depan isteri. Ini
membuatkan isteri cemburu
     memandangkan isteri hanya duduk di rumah menjaga
dua anak yang masih nakal dan kecil. 

     Masalah dengan ibu mertua pula, suka mencampuri
urusan keluarga anak dan menyusahkan suami dengan
masalah kewangan. Suami bukan
     orang yang mempunyai pendapatan yang banyak. Ibu
mertua juga memilih kasih antara menantu-menantu. 

     Akibat daripada masalah-masalah ini, isteri
selalu meminta cerai. Tetapi suami tidak melayan &
keadaan akan kembali normal. Kemudian
     perkara yang sama akan berlaku lagi, apakah
hukumnya sekiranya suami berkata kepada isteri
"telefonlah abang awak suruh dia datang
     dan bawa awak balik", adakah talak sudah jatuh? 
                                                      
                                                      
 Fatimah, K Lumpur

     Jawapan: 

         Suami yang soleh adalah suami yang
melaksanakan perintah Allah dan selalu membimbing
keluarga ke jalan yang benar. Namun jika seorang
isteri
     mempunyai suami yang ingkar dan meninggalkan
perkara yang wajib, maka berusahalah untuk
menasihatinya secara lebih baik agar keegoannya tidak
tercalar.
     Kemudian banyaklah berdoa kepada Allah agar suami
segera kembali ke jalan yang benar. 

         Jika berbagai cara tidak dapat mengatasi
keingkaran suami terhadap Allah maka ketikan itu
isteri boleh memilih jalan yang terbaik untuk dirinya.
Pastikan
     benar bawaha kesalahan suami memang berkaitan
dengan syarak. Sebab seandainya isteri minta cerai
tanpa alasan syarak maka ia dikutuk oleh Allah.
     Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Seorang
wanita yang minta cerai dari suaminya, maka ia tidak
akan dapat mencium bau syurga". (Riwayat Tirmizi) 

         Mengenai sifat suami yang suka memuji wanita
lain, ini merupakan akhlak yang tidak baik, dan
bolehlah isteri  menasihatkan kepada suami, kerana
     menyebut-nyebut tentang wanita lain dan memuji
kecantikannya atas dasar dorongan syahwat adalah
berdosa. Isteri harus bersabar atas sikap suami
     semacam ini. Walau bagaimanapun seorang suami
masih mempunyai hak untuk kahwin lagi lebih daripada
satu, kerana hukum syarak tidak melarangnya.
     Cuma isteri perlu pandai mengambil hati suami
melalui pendekatan psikologi dan agama iaitu dengan
banyak beribadah (kepada Allah dan juga suami) dan
     berdoa kepada Allah SWT. 

         Tentang ibu mentua yang suka meminta belanja
daripada anak lelakinya, itu perkara biasa, kerana
memang tanggungjawab anak lelaki membantu terhadap
     kedua ibu bapanya. Secara syarak orang tua
terlepas dari segi nafkah setelah anak perempuannya
berkahwin. Sedangkan anak lelaki ia terus
     bertanggungjawab terhadap ibu bapanya sampai
keduanya umur lanjut atau meninggal dunia. Berbuat
baiklah terhadap ibu mertua, kerana melalui
rahimnyalah
     lahir suami yang mendampingi kita, maka samalah
peranannya dengan ibu sendiri. 

         Kemudian mengenai ucapan "Telefonlah abang
awak suruh dia datang bawa awak balik", jatuh talak
atau tidak, maka ini tergantung niat suami. Jika
     ungkapannya itu sebagai suatu usaha untuk
menyedarkan isteri dari sikap perlawanan atau
kekasarannya terhadap suami, maka tidak jatuh talak.
Namun
     menurut setengah ulama ucapan talak itu hendaklah
jelas dengan menyebut kata talak atau kata cerai, baik
secara langsung ataupun tidak. Secara langsung
     umpamanya "Aku ceraikan engkau talak satu". Maka
jatuhlah talak satu ketika itu. Secara sindiran atau
tidak langsung umpamanya: "Jika burung yang terbang
     itu burung gagak maka aku ceraikan engkau talak
satu". Jika ternyata burung yang terbang itu  memang
burung gagak maka jatuhlah talak satu. 
       
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke