*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Return-Path: <[EMAIL PROTECTED]>
>Date:  7 Dec 99 16:43:04 GST
>From: Penyelenggara Muslimat Net <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Muslimat-Net* FWD
>Sender: [EMAIL PROTECTED]
>
>
> ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
> <  Sila hantarkan mel anda ke [EMAIL PROTECTED]         >
> <  Hizbi-Muslimat-Net : Membina Muslimat Pembangun Ummah >
> ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
>
>
>From: "ust.Harun Ta'at" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: SALAH...BERSALAH...KESALAHAN...
>Date: Fri, 03 Dec 1999 10:22:31 MYT
>Mime-Version: 1.0
>Content-Type: text/plain; format=flowed
>
>AL-FATIHAH
>
>SLOT MINDA PAGI
>
>SALAH...KESALAHAN...
>
>1. MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN SALAH 
>ORANG.
>
>2. ORANG YANG SELALU MEMIKIRKAN SALAH ORANG, ORANG YANG HASAD DENGKI DENGAN 
>ORANG, ORANG YANG MELETAKKAN DUNIA DALAM HATI DAN ORANG YANG BERDENDAM, 
>TIDAK PERNAH TENANG JIWANYA.
>
>3. KESALAHAN ITU SATU DOSA. BERTAMBAH DOSA BILA TIDAK MAHU MENGAKU 
>KESALAHAN; AKAN BERTAMBAH BESAR DOSA ITU BILA TIDAK MAHU BERTAUBAT DENGAN 
>DOSA.
>
>
>Keterangan :
>
>1.Menasihati orang yang bersalah adalah digalakkan di dalam Islam, tetapi 
>ianya mempunyai adab-adab yang tertentu, agar penerimaannya tepat. Diantara 
>adab-adabnya adalah menilai kesalahan tersebut; kecil atau besar, kali 
>pertama atau berulang-ulang, mengenai peribadinya sahaja atau orang lain 
>terlibat, mengenai perkara pokok(asas, prinsip) samada agama atau organisasi 
>dsb atau mengenai perkara yang teknikal. Semuanya kena diambil kira kerana 
>kita hendak nasihatnya kerana ALLAH bukan kerana diri kita, oleh itu kena 
>pastikan nasihat itu semakin mendekatkan dirinya kepada ALLAH, jika terasa 
>di hati, dengan nasihat kita dia semakin jauh dari ALLAH dan tersinggung 
>dengan sikap kita, eloklah berdoa dahulu bersungguh-sungguh minta ALLAH 
>betulkan kesilapannya. Kemudian bolehlah ditegur secara umum, di roll call 
>contohnya tanpa menyebut nama peribadi tersebut. Jika ianya tidak berkesan, 
>barulah bertemu empat mata, berterus terang. Jika rasa tidak mampu, carilah 
>orang yang dirasakan sipesalah respect untuk menasihatinya....itulah 
>diantara adab2nya.
>Yang dilarang adalah mencari-cari kesalahan orang, kemudian 
>memikir-mikirkannya. Semunya ini akan membuatkan kita cuba sentiasa 
>menyalah-nyalahkannya, yang mengakibatkan renggang hubungan. Islam melarang 
>kita berpecah. beruhkwah dan berkasih sayang itu wajib hukumnya.
>
>2. Ketenangan itulah permata yang dicari oleh manusia di dalam kehidupan. Ia 
>tidak diperolehi pada harta benda dan wang ringgit, pangkat dan kedudukan, 
>populariti dan glamour, kecantikan dan suara emas, kerana semuanya itu benda 
>yang lahir, tenang tempatnya di hati, hati itu perlu diubat, dicari penawar. 
>Penawarnya mengingati ALLAH. Bila sentiasa mengingati ALLAH, kita akan 
>kurang memikirkan salah orang kerana kita pun banyak salah, ALLAH pun 
>memerhati kesalahan kita, tidak akan berdengki, kerana yakin ALLAH berhak 
>melebihkan dan mengurangkan nikmatNYA kepada sesiapa yang dia kehendaki, 
>kita tidak akan cinta dunia kerana ALLAH menjelaskan Akhirat itu lebih utama 
>dari dunia, apa pun kurniaan ALLAH kita letakkan di tangan agar mudah 
>diagih-agihkan, bukan masukkan ke hati. Bila ingat ALLAH kita tidak akan 
>berdendam kerana, ALLAH Maha Pemaaf, sepatutnya kita yang banyak dosa dengan 
>ALLAH malu nak berdendam sesama manusia. ITULAH KETENANGAN
>
>3. Madah terakhir ini mengajak kita agar sentiasa bertaubat dan mengaku 
>kesalahan, memohon maaf sesama manusia. Rasulullah yang maasum tidak berdosa 
>pun bertaubat sehari semalam tidak kurang dari 70 kali, mengapa kita tidak 
>lakukan? Mengaku salah itu sikap seorang hamba, kita memang hamba ALLAH. 
>Tidak mengaku kesalahan itu sifat yang lahir dari ego. Sejarah telah 
>memberitahu; mereka yang ego semuanya tidak selamat di dunia dan Akhirat. 
>Renunglah sejarah/kisah Iblis, Firaun, Hamman, Qarun, dll. Ambil iktibar 
>dengan mata hati.
>
>WaALLAHu A'lam
>
>[EMAIL PROTECTED]
>
>
>____________________________________________________________________
>Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1
>
> Laman Muslimat Net di http://members.tripod.com/~muslimatnet/
>
> 
> elanggan? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: SUBSCRIBE MUSLIMAT
erhenti? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE MUSLIMAT
egala pandangan dan pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan
andangan rasmi dan bukan tanggungjawab Hizbi-Muslimat-Net              
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Pengirim: Penyelenggara Muslimat Net <[EMAIL PROTECTED]>$
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Noorsiah Mohd Noor <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke