*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kharaj untuk kebaikan semua: Nik Aziz
>
>Kuala Lumpur: Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan
>cadangan perlaksanaan cukai ke atas bukan Islam di Terengganu adalah untuk
>
>kebaikan semua pihak.
>
>Beliau juga berkeyakinan penentangan yang dibuat oleh sesetengah pihak
>terhadap cadangan itu adalah diakibatkan oleh kejahilan mereka mengenai
>system ekonomi Islam yang lebih baik berbanding system konvensional.
>
>"Benda ini riuh kerana orang yang bercakap menentangnnya tidak ada
>pengetahuan mendalam tentang ekonomi Islam," katanya.
>
>"Samalah dengan PAS ketika memperkenalkan Islam dan politik perlu
>diselaraskan yang menimbulkan kekecohan tetapi sekarang soal itu telah
>reda
>sebab kita menunjukkan dengan praktik bahawa apabila syariat dan politik
>diselaraskan, rakyat akan merasa aman dan lega," katanya ketika ditemui
>selepas pertemuan dan taklimat bagi ahli parlimen PAS di Markaz Tarbiyyah
>PAS Pusat di sini, hari ini.
>
>Nik Aziz berkata beliau percaya isu kharaj itu akan reda sekejap apabila
>masyarakat mendapat pendedahan dan kefahaman yang jelas mengenai apa yang
>akan dilakukan oleh kerajaan Terengganu itu.
>
>Menurutnya, beliau difahamkan kerajaan negeri Terengganu akan mengadakan
>seminar bagi menjelaskan mengenai cukai kharaj itu terutama kepada bukan
>Islam.
>
>"Mereka (bukan Islam) berhak untuk mengetahui mengenai cadangan itu kerana
>
>ia membabitkan mereka," jelasnya lagi.
>
>Ketika ditanya mengenai tentangan yang dihadapi dari komponen Barisan
>Alternatif yang lain iaitu DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengenai
>cadangan itu, Nik Aziz berkata, beliau percaya kedua-dua parti itu akan
>menyokong penuh cadangan itu apabila mereka telah mendapat penjelasan yang
>
>sebenarnya.
>
>Menurutnya, kharaj adalah perkataan umum yang memberikan maksud "cukai"
>dalam bahasa Malaysia manakala bentuk kharaj yang dikenakan  dalah
>bergantung kepada kerajaan.
>
>Dalam sistem percukaian Islam, tanah yang tidak mendatangkan hasil kepada
>pemilik tidak dikenakan cukai berbeza dengan sistem cukai sekarang,
>katanya.
>
>"Ini jelas menandakan system Islam yang dilaksanakan oleh PAS adalah lebih
>
>baik berbanding dengan system lain," katanya,.
>
>Bagaimanapun, kebaikan Islam itu telah ditutup dengan pelbagai propaganda
>orientalis dan penjajah, katanya.
>
>Menurutnya, apa yang akan dilakukan di Terengganu adalah usaha untuk
>memperkenalkan sistem ekonomi Islam termasuk system percukaian yang akan
>memberikan kebaikan dan keadilan kepada semua pihak.
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "kadeer kadeer" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to