*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"osba" [EMAIL PROTECTED] wrote:

<deleted>
Sedikit pandangan saya mengenai poster  dan bendera..bagi saya taktik sebegini bukan 
lagi faktor utama kejayaan sesebuah parti..kini saya rasa taktik menggunakan gambar, 
lukisan serta banner yg besar dgn segala ungkapan yg telah diungkapkan oleh org2 BN 
harus diketengahkan..disamping bendera dan poster. 
<deleted>

Assalamualaikum,

Saya bersetuju dengan pandangan saudara; masa pilihanraya baru-baru ini, bila saya 
lalu di beberapa kawasan sekitar Kedah-Penang, saya nampak penuh dengan  poster dan 
bendera berbagai parti,  PAS-DAP-ADIL-PRM, UMNO, KATI, MIC, MCA, Gerakan dan di celah2 
tu pulak ada poster cap PAYUNG, cap BAS dan macam2 lagi. Tapi, it makes no difference 
kpd orang yang lalu lalang kat kawasan2 itu sebab tidak ada satu pun yang stand out 
atau yang menonjol berbanding dengan yang lain. Yang saya rasa agak menonjol ialah 
satu poster besar guna papan/plywood ada kot dalam 6 kaki tinggi dan lebar, dekat 
kawasan Perkuburan Syuhada Memali, depa cap hijau, kat tengah tu cap bulan putih, dan 
kat bulan putih tu depa lukis gambar kereta kebal siap dengan rocket launcher, kat 
bawah tu bertulis besar 'Angkatan Untuk Memusnahkan BN' atau lebih kurang macam tu 
maksudnya.

Orang mungkin kata buat apa nak buat poster2 atau banner besar macam tu; jawapannya 
mudah saja; mengikut kajian Perayu Undi PAS, dalam 100 orang ada 30 orang atau 30% 
pengundi yg sampai hari undi masih tak tau nak pangkah apa. Bila saya dengar 
penceramah perayu undi PAS kata macam tu, pada mulanya saya tak berapa nak yakin sebab 
saya dok ingat "ala, sebelum pi mengundi tu org dah tetap dah aih nak pangkah apa, 
kalau yg PAS tu PASlah, kalau yg UMNO pekat tu, UMNO lah, tok sah buat apalah kat 
depa". Rupa2nya tanggapan saya meleset bila saya terbaca kajian akhbar the STAR 
beberapa hari menjelang pilihanraya yg mengatakan bahawa hasil kajian mereka 
menunjukkan 37% pengundi masih belum membuat decision (keputusan) nak pangkah parti 
mana.

LA, KIRA CANGGIH JUGA JENTERA PERAYU UNDI PAS NI YA!!

Jadi, tujuan perang poster dan banner adalah untuk menawan hati 30% - 37% pengundi2 
ini secara psikologi. Bayangkanlah, kalau bendera kita cuma ada 3-lai  dan bendera 
biru tua BN berjuta-juta lai keliling pusat pengundi tu, ish gamaknya depa yang duduk 
atas pagar tu nak kita ka agaknya?

KERANA ITU PERANG BANNER DAN POSTER INI PENTING!

<deleted>
Kalau nak dikira poster dan bendera, DUN BAYU kalau nak dikira poster BN tenggelam dek 
hijau bulan sahaja, namun pas belum boleh menang disini w/pun majoriti sekitar 2 
ribu..Saya org Dun Bayu tapi mengundi di Parlimen W/Maju..sehari dua balik kampung, 
saya begitu bersemangat dgn poster dan bendera..dlm hati..hmm kali ni sure pas menang 
punya.tapi sebaliknya berlaku..kenapa? dari mana datangnya 2 ribu undi tersebut..nasib 
baik Dun Kupang yang menang dgn majoriti 3 ribu, maka Parlimen Baling jatuh ke tangan 
Pas dgn majoriti 1 ribu lebih..alhamdulillah..namun perasaan kecewa juga ada dgn sikap 
org2 Bayu.
<deleted>

Saya tak berapa mahir dengan suasana politik DUN Bayu, Baling ini tetapi apa yang saya 
difahamkan rakyat jelata di kawasan itu dibela secukupnya oleh puak2 UMNO ini; kalau 
tak percaya cuba pi ronda-ronda kat Penang, utara Perak atau kat belah2 Alor Setar dan 
Sungai Petani; cuba tengok lori-lori besar tayar 10 atau 12 yg dok angkut barang tu, 
cuba tengok drebar dia sapa, lepas tu tengok pula kat badan lori tu permit tu sapa 
punya. Jangan terkejut kalau saudara tengok kat dalam lori tu nampak penuh dengan 
Carlsberg tapi kat body tu nama macam nama kita2, lepas tu alamat dia pulak bunyi 
macam kampung2 kat kawasan saudara  tu. Kawan saya pernah terserempak dengan lori muat 
menatang babi - memang cina bawak, tapi kat badan tu nama ($#@%&) alamat Baling, Kedah 
- tak payah saya sebut sapa, saya rasa kalau sdra tanya kat org2 kat pekan Baling tu 
mesti depa kenal.

RINGKAS CERITANYA, PUAK2 UMNO KAT KAMPUNG2 DI BAYU TU RAMAI KEPALA-KEPALA YG DAH 
'KENYANG' MAKAN PERMIT ALI BABA DAN BERBAGAI MACAM HABUAN LAGI (PERMIT TEKSI, BALAK, 
BAS, LESEN KONTRAKTOR, PERIKANAN, DLL).
DEPA NI PULAK ADA RAMAI KRONI KECIL-KECILAN KAT KAMPUNG2 DI SANA. JADI, BILA PAS NAK 
TAWAN BAYU, BUKAN TAKAT KENA LAWAN DENGAN CALON BN, TAPI KENA JUGA LAWAN KEPALA-KEPALA 
DAN KRONI-KRONI KAT KAMPUNG TU - YG CUKUP RISAU PERMIT DEPA TAK JALAN KALAU 
BALING/BAYU JATUH KAT TANGAN PAS!!

[Ini pendapat saya saja, boleh kot tanya Ust Suhaimi, ketua Penerangan PAS Kedah, 
mungkin dia lebih tau!] 


<deleted>
Saya setuju dgn pak Din dgn gaya fikir org2 lama pas..depa tak kisah org lain samada 
dia nak sokong ke tidak..sikap org lama buat saya sedih..sikap dengki, lengit dan 
kurang bercampur (kecuali dgn geng masing2) masih tebal, Saya rasa sika begini harus 
di buang..Org2 muda yg memangkah pas adalah bukan kerana dgn sikap kenalan pas mereka 
sendiri..tapi oleh kerana calon dan pas itu sendiri..sbb Ustaz Taiblah org pangkah 
pas..kalau tak tak tahulah..sikap org lama tak mahu bercampur gaul dan bertukar 
fikiran dgn yg muda adalah faktor utama masalah ini.. So bagaimana nak ubah sikap 
begini? 
<deleted>

Untuk jangkamasa terdekat, agak susah sikit untuk mengubah  minda mereka; tapi secara 
ikhlasnya saya nak tabik kat depa sebab depa tak macam kita-kita; depa boleh bertegas 
sungguh dengan siapa-siapa atau mana2 puak yang jelas menolak Al-Quran dan Al-Hadis. 
Bagi mereka, puak2 yg menolak Quran dan Hadis ini bukan boleh dibuat main-main; kalau 
dah tolak Al-Quran dan Hadis ini bermakna dah tolak Islam, dah tolak Nabi, maka 
kedudukan puak2 ini dalam agama adalah begitu terang dan jelas pada pandangan mata dan 
ilmu yg ada pada mereka; sedangkan kita, kita memang tak suka dengan puak2 yg tolak 
ayat2 Allah dan sunnah Nabi ini tapi dalam masa yg sama, kita masih boleh berlembut 
dengan mereka; ya lah bukan bermakna kita bersetuju dgn depa tapi... tapi kita nak 
kena berhikmah...bukan tak mau tegas, tapi, yalah.....you know....

Apa yg saya nak habag di atas sebenarnya ialah walau pun kita dalam satu perjuangan 
tapi sebenarnya ada sedikit (kalau tak banyak) perbezaan dari sudut fikrah perjuangan 
antara generasi muda dan generasi lama yang sudah lama berkecimpung dlm politik tanah 
air ini.

TAK APALAH, KITA PUN AKAN JADI TUA MACAM DEPA; SAPA TAU MASA TU,  SEBAB KITA DAH NAIK 
FED-UP SANGAT DENGAN KERENAH PUAK2 TOGHUT INI, KITA PUN AKAN END JADI MACAM DEPA!

Waktu tu mungkin kita boleh sembang lagi isu ini...

Wassalam,
Pakdin


---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke