*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BH Edisi Internet

        Bukti AS ada muslihat: Rafidah

        KUALA KANGSAR, Ahad - Keengganan Amerika Syarikat mengiktiraf 
kemenangan Barisan Nasional (BN) yang memperoleh majoriti lebih dua
        pertiga pada pilihan raya umum lalu, membuktikan negara itu 
mempunyai agenda tersembunyi.

        Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz, berkata 
tindakan itu jelas apabila jurucakap Jabatan Negara Amerika, James Rubin,
        hanya mengucapkan tahniah kepada pemimpin parti pembangkang, bukan 
kepada BN.

        "Apabila mereka (Amerika) enggan mengiktiraf kemenangan BN yang 
boleh kita anggap cemerlang kerana bukan senang untuk mendapat dua
        pertiga, maka kita semakin terus wasangka dengan niat mereka," 
katanya.

        Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 
berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran
        kemenangan BN di kawasan Parlimen Kuala Kangsar, di sini hari ini.

        Sebaik saja keputusan pilihan raya diumumkan, Rubin pada sidang 
akhbarnya di Washington, mengucapkan tahniah kepada Presiden Keadilan,
        Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerana berjaya memenangi kerusi 
Parlimen Permatang Pauh.

        Rafidah berkata, ucapan tahniah yang datang daripada pegawai tinggi 
Amerika itu memperlihatkan negara berkenaan sememangnya mempunyai
        dasar supaya Malaysia diperintah oleh kuasa lain daripada BN yang 
terbukti tidak mudah tunduk dan diperkotak-katikkan oleh kuasa luar.

        "Agaknya, ini yang menyebabkan mereka (Amerika) menganggap lebih 
baik menyokong orang yang mudah dilentur. Kita di BN tidak boleh
        dilentur kerana kita tidak mahu diperkecil-kecilkan, dijadikan 
kerbau cucuk hidung," katanya.

        Beliau berkata, tindakan pegawai Amerika itu juga boleh dianggap 
sebagai campur tangan terhadap hal ehwal dalaman Malaysia, sedangkan
        Malaysia tidak pernah mencampuri urusan domestik mereka kerana tahu 
batasannya.

        "Ini campur tangan secara langsung. Kita (Malaysia) bila negara dia 
(Amerika) ada pilihan raya, presidennya kena pergi mahkamah dan
        sebagainya, kita tidak pernah peduli, tak buat komen pun.

        "Itulah sebabnya kita mesti berhati-hati dan memastikan negara ini 
tidak terlepas kepada pengaruh kuasa luar," katanya.

        Pada pilihan raya Isnin lalu, Rafidah mempertahankan kerusi Parlimen 
Kuala Kangsar apabila menewaskan calon Pas, Asmuni Awi, dengan
        majoriti 2,774 undi.

        Keseluruhannya, BN menang 148 kerusi Parlimen, manakala Pas mendapat 
27 kerusi, Keadilan (lima), DAP (10) dan Parti Bersatu Sabah (tiga).

        Sementara itu, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Dr Rais Yatim, berkata 
rakyat perlu berhati-hati dengan sokongan serta ucapan tahniah kuasa asing
        terhadap kejayaan pemimpin pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

        Katanya, ucapan tahniah kepada Dr Wan Azizah itu membuktikan kuasa 
luar cuba mencampuri urusan dalaman negara ini.

        "Ucapan tahniah kepada pemimpin pembangkang membuktikan mereka 
(kuasa asing) bersimpati dan mempunyai hubungan dengan pembangkang.

        "Kuasa asing seharusnya memberi ucapan tahniah kepada BN yang 
berjaya mempertahankan kerusi dua pertiga, bukan kepada mereka yang
        partinya kalah," katanya.

        Serentak itu, beliau meminta rakyat supaya tidak terpengaruh dengan 
dakyah pembangkang, khususnya Keadilan yang sentiasa berusaha
        memburukkan negara melalui media asing.

                                         [ Homepej | Berita | Bisnes | Sukan 
| Editorial | Hiburan ]

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Perisik Persendirian" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to