*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum.

Strategi persempadanan semula ini merupakan satu
kelebihan bagi pihak pemerintah kerana ia merupakan
satu strategi yg legal, mungkin saudara yg mempunyai
ilmu mengenai sains politik boleh memperjelaskannya. 
Ia sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan oleh pihak
BA utk mengaku kalah. Rasanya banyak profesional dalam
BA yang boleh membuat 'sumbang saran' (brainstrom)
untuk menanggani strategi sedemikian. Perjuangan
adalah peperangan, ia memerlukan pelbagai kemahiran
membentuk strategi dan taktikal serta helah-muslihat
di samping jentera operasi terus mantap dan berfungsi
dengan cekap dan berkesan untuk mengatasi kelebihan
pihak lawan.

Jika pihak BN mempunyai pelbagai team 'think tank',
pihak BA - terutamanya PAS juga perlu mempunyai
institusi 'think tank' yang tersendiri kalau mahu
merealisasikan sasaran 2030.

Lebai Siber

--- my <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>                                  
> Persempadanan Semula Pilihanraya 2004
> 
> 
> Berikutan kedudukan BN yang tergugat di beberapa
> kawasan Parlimen dan DUN lepas, BN sedang merancang
> untuk meminda
> persempadan pilihanraya menjelang tahun 2004.
> 
> BN akan mengkaji keputusan pilihanraya lepas dengan
> terperinci, dengan melihat setiap peti undi yang
> menyokong BN atau pembangkang. Ini boleh dikesan
> kerana
> pengiraan undi dibuat di tempat pembuangan undi. 
> 
> Pertama,BN akan memecahkan kawasan yang dimenangi BA
> atau berpotensi untuk dimenangi oleh BA. Akan ada
> kawasan pilihanraya
> baru seperti Parliman Petaling Jaya (dimenangi DAP
> tahun 1990)dijadikan PJ utara dan PJ Selatan. Begitu
> juga Parlimen Ipoh (dimenangi
> DAP tahun 1990)dipecahkan kepada Ipoh Timur dan Ipoh
> Barat. Persempadanan ini untuk membolehkan BN
> sekurang-kurangnya
> memenangi salah satu daripada kawasan itu.
> 
> Kedua, mengurangkan majoriti Melayu di tempat yang
> mempunyai kekuatan PAS. Contohnya DUN Bangi (yang
> mempunyai 70 % Melayu tahun 1990) ditukar kepada
> DUN Kajang yang kini memiliki 58 % Melayu pada tahun
> 1995. Ini untuk mengelakkan PAS menawan kawasan
> majoriti Melayu. 
> 
> Ketiga, mengurangkan majoriti Cina di sesuatu
> kawasan. Contohnya DUN Maharani, Johor (pengundi
> Cina 85 % tahun 1990, tetapi menjadi 64 % tahun
> 1995. Oleh itu
> DAP gagal mempertahankan kerusi itu tahun 1995 dan
> 1999 setelah bertapak disitu sejak 1986. 
> 
> Keempat, mewujudkan kawasan baru yang berpotensi
> dimenangi oleh BN bagi kawasan majoriti Melayu yang
> totok kepada UMNO.
> Contohnya Parlimen Jeli dan Peringat (ada kem
> tentera) di Kelantan, hasil penyatuan bekas-bekas
> pengundi UMNO. Oleh itu, BN boleh
> menang Parlimen Jeli dan Peringat yang tahun 1990,
> Kelantan disapu bersih oleh PAS.
> 
> Kelima, menambah kawasan Parlimen dan DUN untuk
> menambah kerusi yang dimenangi BN. Contohnya seperti
> yang dilakukan di Johor dengan diwujudkan Parlimen
> Tenggara, Gelang Patah dan Senai untuk meningkatkan
> kemenangan BN di peringkat pusat. Oleh itu,
> memudahkan BN untuk mencapai majoriti 2/3 parlimen. 
> 
> Persempadanan semula dibolehkan setiap 2 kali
> pilihanraya. Ini telah dilakukan oleh BN pada
> pilihanraya 1986 dan 1995 dahulu. Dari segi
> keuntungan, ini sudah tentu
> memihak kepada BN. Bagaimanapun, ini memerlukan
> kelulusan DUN. 
> 
> Kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu perlu
> membuat kajian yang mendalam sebelum membuat
> keputusan. Barisan Alternatif juga
> perlu bersiap sedia dengan beberapa kawasan di
> Kedah, Selangor, Perak dan Pahang kerana BN sudah
> tentu akan membuat
> persempadanan baru ini. Contohnya kawsan DUN Padang
> Tengku, Damak dan Chenor yang hanpir dimenangi oleh
> PAS, juga Parlimen
> Temerloh, Maran, Pekan dan Jerantut di Pahang.
> Semoga berhati-hati di dalam perancangan 2004.   
> 
> SELAMAT BERJUANG 
> 
> Peguam Muda
> 10 DISEMBER 1999
> 
> http://members.tripod.com/mahafiraun
> 
> 
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Lebai Siber <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to