Kibarkan Bendera Negeri Kelantan dan Terengganu

Sebagai meraikan kejayaan manis mengalahkan kerajaan zalim yang mempunyai kekuatan berpuluh kali ganda dari jamaah kita, saya dengan berasa bangganya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, yangmana selama ini bersama-sama berjuang dengan bersungguh-sungguh bagi menumbangkan kerajaan pimpinan Umno(Baru) yang selama ini terlalu banyak melakukan kerosakan dibumi tercinta ini, Malaysia.

Oleh itu sebagai tanda kegembiraan dan akan meneruskan perjuangan bagi Fasa Kedua Reformasi marilah kita kibarkan kedua bendera negeri yang telah berjaya menjatuhkan Barisan Nazional dengan berjaya mendirikan kerajaan baru yang lebih harmoni dan tenang.

Kerajaan yang akan membuktikan bagaimana Pemimpin Alternatif mentadbir sebuah negeri tanpa mengamalkan rasuah dan amanah terhadap segala tanggungjawab sebagai memikul amanat rakyat yang mahukan perubahan kearah kehidupan yang lebih tenang dan damai, harmoni dan penuh kasih sayang.

Bagi golongan reformis masih banyak lagi tugas yang perlu kita lakukan, anggaplah kemenangan yang kecil ini sebagai titik tolak menuju langkah kearah membangunkan minda rakyat secara menyeluruh supaya lebih peka dan mantap.

Nasihat saya untuk ahli parti Pas, bersyukurlah dengan kejayaan dapat menawan semula kerajaan Terengganu setelah berpuluh tahun duduk dibawah pemerintah yang memetingkan diri sendiri sahaja. Rebutlah peluang yangada ini dengan sebaik-baiknya. Buktikan kepada negeri-negeri jiran betapa Pas berkemampuan berkali ganda dalam menguruskan kerajaan negeri yang selama ini kerajaan BN perlekehkan dan menuduh dengan berbagai tuduhan.

Manakala parti Keadilan pula anggaplah ini sebagai permulaan fasa pertama dalam perjuangan, tambahan lagi pilihanraya yang ke sepuluh ini merupakan kali pertama bertarung dalam dunia politik, namun tidak dinafikan terdapat dikalangan pemimpin keadilan yang mempunyai keupayan dan berkeliber. Mungkin ada hikmah dengan kejayan 30 peratus ini.

Oleh itu berkerja keras lagi, dan mulakanlah penyusunan perancangan mulai sekarang, sepertimana Pas Terengganu, tumpukan beberapa negeri yang dirasakan berpontensi untuk ditawan. Bersiap sedialah dari sekarang, ketika ini ketahanan rohani amat penting. Jangan sampai semangat perjuangan ini menjadi seperti Semangat 46, yang kini telah menjilat semula muntah dan tahi-tahi candu pekatnya itu semula.

Bagi pejuang reformasi, ayuh sekarang kita mulakan perjuangan fasa II. Ayuh mantapkan susunan barisan anak muda kita, lima tahun lagi mereka akan turun memasuki gelangang politik. Kita harus bersama dengan mereka dalam memberi penerangan dan penjelasan semasa.

Jangan biarkan Mahadie itu memesongkan minda mereka, tahukah anda Entertainment City itu akan merosakkan minda anak-anak muda kita supaya mereka leka dengan dunia hiburan sehingga mereka membelakangkan peranan mereka dalam dunia politik.

Ayuh usah banyak bicara, kita harus segera menyusun strategi perjuangan. Sekarang ini kita akan masuk ke alaf baru, jadi seharusnya perjuangan kali yang akan datang ini semestinya lebih canggih dan mentap.

Salam Reformasi 

Fasa II
07 DISEMBER 1999

http://members.tripod.com/mahafiraun

Kirim email ke