*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai kengkawan semua, tak elok kalau dipanjangkan lagi cerita bangang
membangan nih. Kan elok kalau kita tumpukan masa dan tenaga untuk mengkaji
hal yang lebih berfaedah. Cuba amati dan teliti cerita berikut semoga dapat
diambil peringatan dan pengiktibaran serta tauladan. Insyallah.

Kawan-kawan,

Santapan rohani....sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia,
... SELAMAT BERPUASA


KISAH WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH S.A.W.

Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu
asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan
[Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat
ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk
mengingati isi dan ma'na yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian
Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk
perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai
Muhammad,
sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka
terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa
yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu
kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun
berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.

Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah
s.a.w. pun menceritakan apa yang telah di-beritahu oleh malaikat Jibril
a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun
gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kita telah
sempurna." Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w.
itu, maka ia
tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci
pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga
ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang
lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan
mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis
sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama
kita telah sempurna."

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa
kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempuma
maka akan  perlihatkanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut
bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan
Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka
akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan
sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain,
maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka
lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w.,
kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang
menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau."
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka
berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah
Abu Bakar r.a.. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar
r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan
bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian
Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan
turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini
benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata
oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku
meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia
pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a.
pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan
sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua
malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di
darat mahu-pun yang di laut turut menangis. Kemudian Rasulullullah s.a.w.
bersalam dengan para sahabat satu demi satu
dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas
turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang
mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada
pula yang mengatakan beliau hidup
selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21
hari.

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan
untuk mengerjakan sholat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid
Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan sholat dua raka'at
bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan sholat beliau bangun
dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alharndulillah, wahai para muslimin,
sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada
jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung
kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau
ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan
menqishashi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah
seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku
dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumunkan kepada kami
berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini." Lalu
'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya
Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah
dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya
dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul
unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul
pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja
memukul saya atau hendak memukul unta tersebut." Rasulullah s.a.w. berkata:
"Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke
rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku kemari." Bilal keluar dari masjid
menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan
berkata: "Rasulullah telah menyediakan
dirinya untuk dibalas [diqishash]." Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah
maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a.
menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata:
"Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil
tongkat beliau." Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa
ayahku minta
tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah
menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai
Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah
s.a.w.?." Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja
Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu
kepada
Rasulullah s.a.w.. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari
Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang
demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata:
"Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu
qishashlah kami ber-dua."

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a.
maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, dudukiah kamu
berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu
berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah
orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu
pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu
Rasultillah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya
Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah
itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu
tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu
menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar
kata-kata cucunya RasuluUali s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku,
duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah
saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah
s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka
Rasulullah s.a.w. pun membuka baju,
sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang
hadir. Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia
pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya
Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini
adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah
s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan
kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian,
sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua
para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang
sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah,
inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat
yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga." Apabila ajal
Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke
rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga
Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu
semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala
perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua
hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah
s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah
Ali yang memandikan-ku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah
bin Zaid hendaklah menolong keduanya. 

Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua
menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu
memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat
tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar
meninggalkan aku. Pertama yang akan mensholatkan aku ialah Allah s.w.t.,
kemudian yang akan mensholat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh
malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail
berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk
beramai-ramai bersholat ke atasku." 

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu
maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah
s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua,
yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai
penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti
kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para sahabatku, aku
tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan
telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya
pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah
AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang
rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan
Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan
mengambil pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah
s.a.w.bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w.sakit selama 18 hari dan
sering diziaiahi oleh para sahabat. 

Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari
Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w.
bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a.
pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah
Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya
rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk
dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah
r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah
r.a. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali
lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi,
kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda
berkata; "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat,
oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimankan sholat subuh berjemaah dengan
mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal
r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala
dengan berkata: "Aduh musibah."
Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu
Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu
Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka
dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan.

Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah
s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah
berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecuhan kaum muslimin, sebab
anda tidak pergi ke masjid."
Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu
Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid.
Setelah Rasulullah s.a.w. sampai dimasjid maka beliau pun bersholat subuh
bersama dengan para jemaah. Setelah selesai sholat subuh maka Rasulullah
s.a.w. pun her-kata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam
pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa
kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala  perintahnya. Sesungguhnya aku
akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama
aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." 

Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau.
Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail,
pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu
hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling
lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih
dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan
kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku. "
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka
malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah
malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun
memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir
risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua
sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya
masuk?"

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai
hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin
berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan
kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di
depan pintu itu."
Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi
memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab
sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa
menggigil badan saya."

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah
orang itu?." Jawab Fadmah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail,
malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan
kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui
bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis
sepuas-puasnya. Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a.
maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah
orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." 

Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka
malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap:  Assalamuaalaikum ya Rasulullah."
Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau
datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat
lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu,
itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali."
Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan
Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para
malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala
Rasulullah s.a.w.

Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah
s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat"
Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:
"Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemudahan yang menggembirakan aku disisi
Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah
dibuka, para
malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga
telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran
rohmu." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alharndulillah, sekarang kamu katakan
pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah
s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah melarang
semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu,
dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki
syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah
hilang rasa susahku."

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."
Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai
pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah
dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah
s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril
a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu
tidak suka melihat wajah-ku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah,
siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul
maut?" Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah
sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu
semua menjaga sholat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali
r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat
terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya
meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata:
"Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril
a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu
terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, (berapa ramaikah diantara
kita yang dapat berbuat demikian..) kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan
dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan
tersebut akan menjadi batu."

SEKIAN, WASSALAM

SAZSA


============================================================

Disclaimer Note:

"This email and any files transmitted with it are confidential and intended
solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed.
This communication may contain material protected by intellectual property
rights laws. If you are not the intended recipient or the person responsible
for delivering the email to the intended recipient, be advised that you have
received this email in error and that any use, dissemination, forwarding,
printing, or copying of this email is strictly prohibited. If you have
received this email in error please notify the System Administrator at
[EMAIL PROTECTED] "

http://www.proton.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ARIS BIN HASSAN, PLANT ENG" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke