*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Untuk beberapa hari selepas pilihanraya, nampak seperti
akhbar dan TV telah mengurangkan aktiviti menghentam
PAS dan BA - mungkin mereka menyedari, tindakan mereka
"backfired".  Namun, sekarang mereka buat semula.

Mungkinkah untuk menutup berita krisis yang sedang
hebat berlaku dalam Umno/BN seperti di Pahang, Kedah,
P.Pinang, NS, Terengganu, dan dimana2 saja.  

Inilah kelemahan sebenar Umno/BN.  Mereka cuba menutup
kelemahan sendiri dengan menghentam orang lain. Sebuah
artikel yang disiarkan di akhbar mereka sendiri
(dikepilkan dibawah), menerangkan salah satu punca
kenapa orang Terengganu mengamuk menolak Umno/BN. Oleh
itu, sekirannya Umno/BN masih tak mahu sedar dan
cenderung untuk melayani nafsu mereka dengan meletakkan
kesalahan pada PAS dan rakan2nya, maka tunggulah saat
kehancurannya. Perlantikan kabinet pun mengundang
kritikan dari orang mereka sendiri kerana; mengenepikan
wanita dan berdendam dengan rakyat Kelantan dan
Terengganu. Umno/BN perlu faham bahawa rakyat kedua2 
negeri ini kekadang sangat "partisan", sepertimana
penyokong2 pasukan bolasepak mereka.  Dengan melepaskan
geram seperti tidak membina lebuhraya dan menyalurkan
peruntukan, mereka akan menjadi lebih marah dan Umno
mungkin akan berkubur disana.  

Bak kata orang; Umno sekarang ibarat "retak menanti
belah". Mungkinkah mereka akan "terbelah" 
diperhimpunan mereka nanti?

Your sincerely

--------------

Terengganu jadi darul malang

DALAM politik perasaan atau persepsi amat penting, apatah lagi
jika ia dapat dibuktikan. Sehubungan ini, rakyat Terengganu
merasakan bahawa negerinya telah memberi sumbangan besar
menerusi Kertih dan Kenyir. Sumbangan ini dipercayai tidak
begitu dihargai.

Pertama, setiap berlakunya perombakan kabinet dan perlantikan
menteri baru, maka boleh dikatakan tidak ada anak Terengganu
yang diangkat sebagai menteri. Semenjak kabinet Tunku Abdul
Rahman hingga kini, hanya terdapat dua orang sahaja anak
Terengganu yang terpilih sebagai menteri penuh, iaitu Datuk
Abdul Manan Othman dan Datuk Dr Yusof Nor. Beberapa yang
lain sekadar menjadi Timbalan Menteri atau Menteri Muda dan
kekal sedemikian selama-lamanya sebelum ditamatkan.

Kedua, ketika pelbagai peruntukan dibuat untuk negeri lain,
Terengganu semacam terpinggir. Contohnya, apabila MARA
mencadangkan pembinaan lima Institut Kemahiran Tinggi MARA
(IKTM) baru, dan meluluskan pembinaan empat yang lain,
baru-baru ini, tidak ada satupun yang diperuntukkan bagi Negeri
Terengganu.

Ketiga, permintaan Terengganu untuk mendapat sebuah universiti
tidak dilayan, tetapi Sabah ketika berada di bawah Parti Bersatu
Sabah (PBS) dijanjikan dengan sebuah universiti, dan seterusnya
berjaya memperolehinya. Kelantan yang berada di bawah PAS
juga dijanjikan demikian setiap menjelang pilihan raya. Apabila
sebuah universiti Petronas dibina, ia bukannya terletak di negeri
yang cap sebagai Kuwait Malaysia, tetapi di sebuah negeri lain.

Keempat, kepercayaan sebahagian rakyat Terengganu bahwa
sebuah jambatan yang dihebohkan pembinaannya di negeri
mereka suatu masa dahulu dialihkan ke sebuah negeri jiran.
Begitu juga nasib sebuah pelabuhan yang dijangka terbina di
Kemaman. Ia berpindah ke negeri jiran yang sama oleh sebab
campur tangan politik. Ini adalah beberapa contoh penting yang
sering bermain dalam pemikiran rakyat Terengganu semua
lapisan.

Persoalan pelantikan menteri pusat sememangnya bukanlah
perkara mudah. Calon menteri mestilah mempunyai syarat-syarat
tertentu. Mungkin tidak terdapat ramai anak Terengganu yang
berkaliber, sehingga pilihan tidak tertumpu kepada negeri itu.

Tetapi jika ukurannya ialah calon menteri mestilah orang hebat,
saya dapati semenjak dari zaman Tunku Abdul Rahman, ramai
sekali orang tidak hebatpun boleh menjadi menteri. Jika
ukurannya ialah calon itu mestilah orang lembab, maka ramai
anak Terengganu juga boleh diketengahkan.

Jika kita berpindah kepada isu pembangunan, kita boleh
mengatakan bahawa Terengganu tidak memerlukan perhatian
lebih daripada Kerajaan Pusat. Ia sebuah negeri yang dikatakan
kaya. Dengan perolehan hasil minyaknya, ia boleh membangun.

Bagi saya Terengganu telah menjadi mangsa imejnya. Oleh
kerana ia dianggap kaya, maka ia kurang dipedulikan, manakala
negeri-negeri yang digemparkan sebagai miskin dianak maskan.
Akibatnya Terengganu mendapat peruntukan yang kecil
berbanding dengan pertolongan pusat yang diterima oleh negeri
lain. Akhirnya negeri yang dihebohkan sebagai kaya mempunyai
perbelanjaan kurang dan negeri yang diomokkan sebagai miskin
mempunyai perbelanjaan besar. Inilah apa yang saya maksudkan
''Terengganu Darul Malang'' dalam beberapa syarahan saya.

Sehubungan ini, kita tidak boleh menafikan sumbangan Menteri
Besar Tan Sri Wan Mokhtar. Terengganu telah menempa banyak
kemajuan, terutama sekali dalam bidang pendidikan dan
kesihatan.

Namun begitu, Terengganu yang ada masih terkebelakang.
Rakyatnya masih mundur. Terengganu masih mengekalkan rekod
salah sebuah negeri yang mempunyai rakyat termiskin teramai.
Hampir 50 peratus dari rakyat Hulu Terengganu hidup dalam
keadaan daif. Deskripsi yang dipopularkan oleh sesetengah
pihak, Negeri Kaya, Rakyat Miskin, mungkin tidak sepenuhnya
benar, tetapi penduduk Terengganu ternyata tidak semaju rakyat
Kelantan.

Barangkali jumlah anak Kota Bahru yang menjadi doktor adalah
lebih besar dari anak keseluruhan Terengganu yang memiliki
ijazah perubatan. Jumlah anak Pasir Mas yang menjadi
agamawan jauh lebih ramai dari anak keseluruhan Terengganu.
Jumlah anak Kelantan yang menjadi pensyarah universiti 10 kali
ganda lebih ramai dari anak Terengganu yang berkedudukan
seperti itu. Jumlah pelajar Kelantan yang berada di institusi
pengajian tinggi tempatan dan luar negeri ialah 20 kali ganda
lebih dari jumlah keseluruhan anak Terengganu.

Saya tidak mempunyai statistik, tetapi saya berkepercayaan
kenyataan ini berasas.

Jika indeks atau petanda jumlah gelaran Tan Sri hendak dipakai,
maka ini lebih mudah untuk saya sebutkan. Kini terdapat hampir
dua puluh anak Kelantan yang bergelar Tan Sri, dan mereka
termasuk Mohamad Yaaocb, Abdullah Ahmad, Salleh Sulong,
Aziz Ismail, Zainal Sulong, Hussein Ahmad, Wan Azmi, Nik
Mohamad, Aziz A. Rahman dan Tengku Razaleigh, Terengganu
hanya milik tiga orang sahaja yang bergelar Tan Sri, dan salah
seorang daripadanya ialah Menteri Besarnya sendiri.

Indeks atau petanda seperti ini mungkin dianggap remeh, kerana
ia bukan kriteria bagi mengukur kemajuan sesebuah negeri, tetapi
ia tetap mempunyai implikasi politik kerana Kelantan diperintah
oleh Pas dan Terengganu dipimpin oleh BN.

Saya mempunyai beberapa pandangan awal bagaimana rakyat
Terengganu yang malang ini boleh diselamatkan.

Tetapi sebelum menjurus kepada persoalan ini, saya ingin
merakamkan kembali beberapa kenyataan yang pernah saya buat
sebelum ini, bagi memahami dengan lebih baik permasalahan
yang terbangkit di atas.

Dalam satu majlis debat di Langkawi, yang turut dihadiri oleh
ramai pemimpin tinggi pusat, saya secara berseloroh menyebut:
''Jika Kelantan mendapat pampasan menerusi Pergau,
Terengganu memperolehi hanyir dari Kenyir''.

Dalam satu majlis serupa di Kuala Terengganu, yang turut
dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Terengganu, saya
secara diplomatis mengatakan bahawa jika Terengganu
diabaikan, maka orang Terengganu pun pandai mengajar
Kerajaan Pusat.

Sesiapapun pemerintah Terengganu, sama ada Barisan Nasional
atau parti pembangkang, rakyat Terengganu seharusnya tidak
diketepikan. Mereka juga adalah rakyat Malaysia yang perlu
mendapat pembelaan serupa dan saksama. Bumi Terengganu
telah banyak menyumbangkan kepada pembangunan nasional,
sebagaimana bumi Perak dan Sarawak. Rakyatnya wajar diberi
pembelaan berterusan. Oleh itu gertakan untuk tidak membina
Lebuh Raya Pantai hingga ke Kuala Terengganu kerana kerajaan
Pas yang baru tidak akan mengenakan tol adalah suatu keputusan
tidak bijak.

* PROF. MADYA MOHAMAD ABU BAKAR, seorang anak
Terengganu ialah seorang pensyarah di Universiti Malaya.

-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke