*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KDN juga sepatutnya memantau kandungan Utusan Meloya,
Berita Hairan dan mengambil tindakan terhadap kesemua
stesen TV yang telah melanggar etika pengiklanan
baru-baru ini..................

----------------------------------------------------------------------------------
KDN sentiasa pantau kandungan Harakah



KUALA LUMPUR, Ahad - Kerajaan akan mengambil tindakan
sewajarnya terhadap lidah rasmi Pas, Harakah, jika ia
terus menabur fitnah dan tohmahan termasuk terhadap
pemimpin Barisan Nasional (BN).

Timbalan Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik,
Datuk Chor Chee Heung, berkata pihaknya akan terus
memantau isi kandungan Harakah bagi memastikan ia
tidak menyalahi undang-undang.

"Jika mereka masih menggunakan lidah rasmi itu untuk
menabur fitnah, saya akan membawa perkara ini kepada
perhatian Menteri Dalam Negeri untuk tindakan lanjut,"
katanya mengulas keghairahan Harakah menabur fitnah
dan tohmahan bertujuan memburukkan kerajaan BN.

Chor, Ahli Parlimen Alor Star yang sebelum ini
bertugas sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian
Pengangkutan, berkata berdasarkan pengamatan beliau,
kebanyakan isu yang disiarkan Harakah adalah fitnah
dan tohmahan tidak berasas.

Malah, katanya, berbanding akhbar dan majalah terbitan
parti politik lain yang hanya diedarkan kepada ahli,
Harakah bebas dijual kepada bukan ahli walaupun ia
jelas menyalahi undang-undang.

Antara penipuan terbaru akhbar itu ialah apabila ia
menuduh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)
mengubah suai gambar sambutan rakyat Perlis kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, di
Kangar, Perlis, 27 November lalu.

Harakah dalam keluarannya 6 Disember menyiarkan semula
gambar yang disiarkan di muka depan Berita Minggu 28
November lalu dengan membulatkan dua wajah yang
didakwa kedua-duanya adalah Dr Mahathir.

Bernama menafikan tuduhan itu dan Ibu Pejabat
Kontinjen (IPK) Polis Negeri Perlis juga mengesahkan
individu yang didakwa Harakah sebagai Dr Mahathir
adalah seorang anggotanya yang mengawal keselamatan
Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu, akhbar berkenaan turut menyiarkan
kenyataan seorang pakar sakit puan di Pusat Perubatan
Pantai, Dr Idris Ahmad, yang kononnya menyelar
kemenangan calon BN, Datuk Shahrizat Abdul Jalil di
Lembah Pantai, pada pilihan raya lalu. Dr Idris
bagaimanapun ketika dihubungi Berita Harian menafikan
pernah membuat kenyataan seumpama itu.

Pusat Perubatan Pantai dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan di sini hari ini, pula berkata pihaknya
tidak bertanggungjawab terhadap pendirian atau
sebarang kenyataan politik yang dibuat kakitangan,
termasuk pakar perubatannya.

Jurucakap pusat itu berkata, kenyataan politik yang
dibuat kakitangan perubatannya adalah pendapat
peribadi dan bukan mewakili pusat berkenaan.

"Kami tidak boleh mengulas mengenai pendirian atau
fahaman politik kakitangan perubatan di sini kerana
mereka adalah kontraktor bebas yang berkhidmat di
sini.

"Apa yang diperkatakan adalah pendapat peribadi mereka
dan bukan sebagai mewakili pusat ini," katanya.

Sementara itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun
Razak, berkata pihak berkuasa perlu meneliti kandungan
Harakah dari semasa ke semasa bagi memastikan ia
mematuhi undang-undang.

"Sebarang bentuk tindakan termasuk mengharamkan akhbar
itu harus difikirkan jika ia ternyata menyalahi
undang-undang," katanya sambil menyifatkan akhbar itu
menggunakan hasutan sebagai senjata bagi memenangi
hati rakyat.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to