*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Bukan hanya setakat solat, puasa...

  

 EMPAYAR Soviet Union musnah pada 1991. Rusia sebagai republik terbesar
dan  paling berpengaruh daripada 15 republik Soviet Union, secara
automatik dianggap  pewaris negara komunis itu.

 Sekalipun begitu, Rusia yang diterajui oleh Presiden Boris Yeltsin,
sudah menjauh-kan  diri daripada fahaman komunis. Yang tinggal hanya
Parti Komunis yang sekali-sekala  menggugat Yeltsin.

 Sesuai dengan kecenderungannya kepada sistem Barat, Rusia juga memberi 
kebebasan beragama kepada rakyatnya. Moscow tidak lagi sezalim
pemerintah era  komunis yang menyebabkan lebih 50 juta orang Islam
Soviet Union hidup tertekan.

 Mereka terpaksa menunaikan suruhan agama secara sembunyi-sembunyi.
Moscow  juga tidak lagi menutup masjid dan menjadikannya stor seperti
dibuat oleh pemimpin  Kremlin dari zaman Vladimir Lenin hingga ke era
Mikhail Gorba-chev.

 Sebaliknya selepas kejatuhan komunis, semakin banyak masjid muncul di
Moscow -  ada dibangunkan semula selepas dimusnahkan oleh pihak
komunis. Salah sebuah  masjid yang terkenal di Moscow yang menjadi
tumpuan diplomat negara Islam  beribadat ialah Masjid Tartar.

 Ringkasnya orang Islam di Rusia kini bebas untuk beribadat. Mereka
kini boleh  sembahyang, puasa, menunaikan zakat dan haji secara
terang-terangan dan bukan  secara bersembunyi-sembunyi seperti pada
zaman komunis dulu.

 Jika kebebasan beragama ini sudah ada, mengapa pula orang Islam Rusia 
melancarkan jihad seperti yang berlaku di Chechnya, Tartarstan,
Dagestan dan  beberapa wilayah lain dalam Rusia?

 Akhir-akhir ini Rusia bertindak semakin kejam bagi menangani
kebangkitan umat  Islam di Chechnya dan Dagestan. Laporan terbaru
menyatakan tentera Rusia sudah  mengepung ibu kota Chechnya, Grozny dan
siap sedia menyembelih sesiapa saja  yang berada di bandar itu jika
mereka tidak meninggalkannya.

 Tentera Rusia memberi amaran bandar Grozny akan dibom dari udara dan
akan  menjadi padang jarak padang terkukur. Demikian, betapa zalimnya
musuh Islam  terhadap orang Islam, malangnya orang dan negara Islam
seluruh dunia hanya  membisu.

 Persoalannya mengapa orang Islam Chechnya, Dagestan dan Tartarstan
bangkit  menentang Rusia sedangkan mereka boleh sembahyang, puasa atau
menunaikan  haji tanpa gangguan.

 Jawapannya, pejuang ini mahu lebih daripada itu. Islam bukan hanya
bermakna  menunaikan kewajipan individu tetapi mencakupi seluruh bentuk
penghidupan,  daripada sistem pemerintahan sehinggalah perkara
sekecil-kecilnya. Ringkasnya  Islam itu adalah ad-din.

 Jika pejuang Chechnya, Dagestan dan Tartarstan sanggup menggadaikan
nyawa  bagi menegakkan Islam sebagai ad-din, apakah kita di sini boleh
tersenyum dan  yakin akan memasuki syurga dengan hanya solat, puasa
atau naik haji?




Ke Laman Utama
<harakah>






----------------------------------------------------------------
Get your free email from AltaVista at http://altavista.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke