Assalamualaikum...........
Di sini saya ada satu cadangan kepada kerajaan PAS
Kelantan dan Terengganu. Apa kata kalau diwujudkan satu laman web rasmi kerajaan
negeri bagi menerangkan dasar2 dan maklumat terkini yg. ingin di sampaikan oleh
kerajaan negeri kepada rakyatnya, rakyat Malaysia, dan seluruh dunia amnya.
Memandangkan kita tidak mendapat perhatian oleh media arus perdana untuk
menyampaikan semua ini. Mereka hanya berusaha utk. memutarbelitkannya sedaya
upaya agar rakyat terkeliru. HARAKAH pun agak terhad ruangnya.
Laman web ini bolehlah dimuatkan berita terkini
tentang kerajaan negeri, barisan exco, dasar2 kerajaan negeri, perutusan Menteri
Besar, penjelasan tentang isu terkini dan pelbagai lagi... Ia perlulah
disediakan dalam tiga@empat versi (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa
Mandarin dan Bahasa Tamil). Ini tentulah lebih menarik perhatian semua golongan
masyarakat. Kaum Cina merupakan kaum yg. mempunyai akses ke internet yg. paling
besar, oleh itu usaha utk. menarik perhatian mereka melawat laman ini perlulah
dilakukan. Kerajaan negeri bolehlah mengiklankan laman web ini di merata2
tempat. Moga cadangan ini memberi manfaat.
|
H-Net* Cadangan buat kerajaan Kelantan dan Terengganu
Ir. Shahrun Bin Ishak @ Abu Hassan Mon, 13 Dec 1999 15:32:35 -0800