*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH

Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal
kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan
purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada
hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke
hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang
berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya
Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap
orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan
mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan
Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan
syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian
dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap
bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan
menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal
terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi
kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal
puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah
memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar
daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan
1000 mahligai.

Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan
Ramadhan.

MORAL & IKTIBAR

Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama
ada di dalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak
tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had Mengosongkan
perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji
Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah
teristimewa dalam Lailatul-Qadr Orang berpuasa tinggal bersama nabi di
Syurga Firdaus Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat
digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang
paling canggih. Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab
yang betul sepanjang Ramadhan ini. 






----------------------------------------------------------------
Get your free email from AltaVista at http://altavista.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Reply via email to