*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Pembentukan kabinet baru menyaksikan seorang Bekas Menteri Besar dan Ketua 
Menteri telah mengalami proses penurunan pangkat apabila hanya dilantik 
sebagai Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen sahaja.

Walaupun soal perlantikan jemaaah menteri adalah hak dan kuasa PM, tetapi 
adalah lebih manis seandainya perlantikan itu lebih munasabah dan boleh 
diterima akal dan fikiran.

Bagi Ramli Ngah Talib,  jawatan Timbalan Menteri yang ditawarkan kepadanya 
seolah-olah merendahkan kedudukan beliau selaku Pengerusi, Badan Perhubungan 
  UMNO negeri di mana 2 orang bawahannya mendapat taraf menteri penuh.

Jika kuota negeri yang menjadi halangan, apakah tidak boleh Ramli  bertukar 
tempat dengan Nazri Aziz? Atau takut sangatkah Mahathir melucutkan jawatan 
Rafidah Aziz?

Apa yang sebenarnya tersirat dalam hati Mahathir, berkemungkinan beliau 
tidak mengiktiraf lagi Ramli selaku Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO negeri 
dan ingin memberi isyarat lampu merah kepadanya supaya berundur - sama 
dengan warna lampu yang disuluh kepada Najib Tun Razak.

Meletakkan  kedudukan Ramli  setaraf dan sebaris dengan Zainal Abidin Zin, 
bekas orang kuat Parti Melayu Semangat 46 yang juga rakan karib Ibrahim Ali 
adalah kurang manis.

Di Melaka, Nasib Abu Zahar Ithnin lebih malang dari Ramli.  Jika tidak 
silap, tidak pernah dalam zaman sebelum Mahathir, seseorang bekas MB/KM 
hanya diberi jawatan SU Parlimen apabila "diarahkan" berpindah ke pusat.

Sebagai Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO negeri, beliau diarah bekerja di 
bawah Abdullah Ahmad Badawi, Zainal Abidin Zin dan Chor Chee Heung di 
Kementerian Dalam Negeri. Persoalannya, siapalah Zainal Abidin Zin dan Chor 
Chee Yeung jika ingin dibandingkan dengan Abu Zahar.  Jawatan dan kedudukan 
mereka dalam parti amat jauh bezanya.
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan, ramai yang tidak mengetahui Chor 
Chee Yeung itu MP dari mana.

Penurunan pangkat Abu Zahar ini mungkin tidak dapat diterima oleh juak-juak 
beliau di Melaka. Tetapi siapa yang berani bersuara?

Lebih menyedihkan, Abu Zahar sendiri dilaporkan sebagai berkata, beliau 
menerima perlantikan tersebut dengan hati yang terbuka.  Menurutnya, apa jua 
jawatan yang diberi oleh Mahathir adalah sesuatu yang terbaik dan tepat.

Beginilah sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang.  Apa jua tindakan 
Mahathir akan diterima bulat-bulat.  Tidak ada yang berani menggelengkan 
kepala, hanya mengangguk saja -  sama seperti yang diamalkan oleh Samy 
Vellu.

Memang tepat hujah Haji Mahfuz Omar. Pembentukan kabinet baru itu semuanya 
terdiri daripada " tukang angguk" yang akan menyokong apa sahaja kehendak PM 
walaupun terpaksa menggadai maruah bangsa dan tanahair.


Wassalam,

Mawar Berduri.


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke