*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Buat renungan bersama Antara isteri dan ibu bapa, mana satu yang perlu diutamakan ? Perkahwinan pada dasarnya, tidak memisahkan hubungan anak-anak dengan keluarga masing-masing. Bagi seorang isteri, suaminya adalah lebih berhak ke atas dirinya jika dibandingkan dengan kedua ibu bapanya. Manakala bagi seorang anak lelaki, ibu bapa lebih berhak ke atas dirinya jika dibandingkan dengan isterinya sendiri. Kewajipan seorang anak lelaki dalam mentaati orang tuanya telah dijelaskan dalam sirah Rasulullah yang menceritakan tentang seorang sahabat yang bernama Al-Khomah Menangislah ibunya. Ibunya dengan penuh rasa kasih sayang telah mengampunkan segala dosa Al-Khomah. Sejurus selepas itu, barulah Al-Khomah dapat mengucap Syahadah dan menghembuskan nafas yang terakhir. Dalam kisah ini, Rasulullah telah berpesan, " Siapa yang mengutamakan isteri dari ibunya, maka ia akan terkena laknat Allah dan tidak diterima ibadat fardhu atau sunatnya." Ingatlah kembali bagaimana payahnya seorang ibu menahan kesakitan dan kepenatan mengandungkan si anak apatah lagi selepas melahirkannya, mata yang disengkang menahan rasa mengantuk semata-mata melayan karenah si anak yang pelbagai. Kesabaran si ibu menyediakan keperluan si anak dan si ibu menggadaikan nyawa melahirkannya. Kesimpulan dari itu, tindakan yang saudara ambil adalah tidak menepati syariat Islam. Keperluan ibu bapa hendaklah dipenuhi terlebih dahulu sebelum saudara memenuhi tuntutan orang lain. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place. Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Mohd Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>