*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kementerian Pendidikan: Yang Tersurat & Tersirat
MENTERI Profesor Tan Sri Dr. Musa Mohamad
TIMBALAN MENTERI Dato’ Abdul Aziz Shamsuddin
SETIAUSAHA PARLIMEN  Profesor Madya Dato’  Mahadhir Mohd Khir

Pengenalan
Telah menjadi perbualan umum, salah satu sektor utama pendokong dan 
penyokong serta penggerak GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF adalah 
terdiri dari golongan PENDIDIK. Samada di peringkat Sekolah Rendah, Menengah 
mahupun di peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Golongan Pensyarah,  
Mahasiswa, Guru dan Pelajar adalah watak – watak penting, yang menjadi 
tenaga utama dalam pilihanraya ke 10 yang baru lalu. Cara mana kumpulan ini 
bergerak, mengatur strategi, perang saraf, berkomunikasi, bermesyuarat, 
membuat pelan tindakan dan bertindak banyak bergantung kepada kebijaksanaan 
dan kepakaran  masing–masing.

Realitinya, tidak ada satu badan yang khusus yang mengorganisasikan sektor 
ini. Ini yang membenggangkan Mahathir dan kuncu kuncunya kerana sukar untuk 
bertindak. Syabas kepada para pensyarah, pegawai dan kakitangan Universiti, 
mahasiswa,  pendidik dan pelajar sekalian. Tugas dan tanggungjawab yang 
telah dilakukan amat berjaya dan berkesan sekali.

Post Mortem pilihanraya ke–10 masih dijalankan oleh semua pihak, sama ada 
Barisan Nasional mahupun Barisan Alternatif, bagi mencari punca kepada 
kekalahan ataupun kemenangan. Hasilnya satu pelan tindakan, yang sama ada 
konkrit atau tidak, akan dikemukakan untuk tindakan selanjutnya, bagi 
menghadapi pilihanraya ke–11, pada tahun 2004 yang tidak berapa lama lagi.

Mahathir berjaya mengesan salah satu segmen terpenting yang telah berjaya 
melemahkan BN, khusunya UMNO, iaitu, sebaik saja pilihanraya selesai, malah 
sebelum pilihanraya diadakan lagi, ialah cabang PENDIDIKAN.

Tumpuan utama dan khusus mesti diberikan segera. Ini kerana komponen 
PENDIDIKAN mengandungi kumpulan pengkaji, perancang, pakar perang saraf, 
pemikir, penggempur dan strategis yang terdiri daripada para pensyarah guru 
, mahasiswa dan pelajar. Ia  juga mengandungi kumpulan pengundi yang 
terbesar, iaitu, belia dan remaja sama ada di Institusi pengajian tinggi 
atau pun pelajar di sekolah menengah yang berada di tingkatan 4 dan 5 [ yang 
bakal menjadi pengundi–pengundi baru, pada pilihanraya ke-11 nanti ]

Dalam keadaan sekarang ini, di mana UMNO telah kehilangan sejumlah besar 
ahlinya, dianggarkan oleh setengah–tengah pihak sehingga 2/3 [ 2 per 3 ] 
daripadanya dari jumlah  “ 2.78 juta “ orang [ seperti yang didakwa oleh 
Setiausaha Agungnya yang baru Tan Sri Khalil Yaakub ]  telah MENINGGALKAN 
UMNO.  Daripada 2/3 yang keluar itu, ½ daripadanya telah menyeberangi PAS 
manakala ½ lagi telah mengisi borang KeADILan. Jadi kekuatan sebenar UMNO 
tinggal 1/3 daripada “ 2.78 juta “ itu.

Angka “ 2.78 juta “ itu pun sebenarnya angka yang telah dimanipulasi, iaitu 
termasuk di dalamnya, ahli yang telah meninggal dunia, ahli di bawah umur  
yang didaftarkan oleh ibu bapa yang menjadi ahli UMNO, ahli yang telah 
keluar parti tetapi masih dalam senarai ahli parti, contohnya, Sdr. YB En. 
Mohd Azmin Ali, ADUN Hulu Kelang dan lain-lain lagi.

UMNO perlu dan MESTI menggantikan ahlinya yang telah keluar parti dan  yang 
masih ada dalam parti [ yang menjadi  mata dan telinga kepada BARISAN 
ALTERNATIF ] sebelum tahun 2004.

Untuk itu, bekalan tambahan ahli UMNO  hanya dapat diperolehi daripada 
sumber pasaran baru, iaitu, pelajar–pelajar di peringkat sekolah Menengah 
hatta peringkat sekolah rendah.  Golongan lepas sekolah, 18 tahun ke atas 
dan remaja serta dewasa sudah memasuki kem BARISAN ALTERNATIF. Yang masih 
kekal bersama UMNO ialah golongan tua dan veteran, yang berusia 50 tahun ke 
atas, dan sebahagian besarnya terdiri dari golongan pencen 55 tahun ke atas. 
Pada usia begini umur sudah tak panjang lagi. Sekali atau dua kali 
pilihanraya lagi, mereka ini akan “pergi“, siapa lagi yang akan menjadi ahli 
UMNO dan menyokong perjuangannya.

Tidak mungkin UMNO akan membuka keahliannya kepada kaum Cina dan India 
ataupun pendatang asing Bangladesh, Thailand,  Filipina, atau Burma. 
Walaupun diketahui umum, mengikut maklumat yang disalurkan oleh Pemantau, 
BUDI, atau dalam Internet, pengundi – pengundi hantu yang telah “MEMENANGKAN 
“ UMNO dan BN adalah terdiri dari orang – orang BANGLADESH, THAILAND, 
FILIPINA DAN BURMA selain dari sokongan orang–orang CINA dan INDIA.

Kemungkinan juga, untuk menglobalisasikan UMNO, bagi mengganti orang– orang 
Melayu yang telah keluar daripadanya, UMNO perlu dibuka kepada semua bangsa 
di dunia. Dengan itu, cawangan–cawangan UMNO di luar negeri dapat dibuka di 
seluruh dunia dan tidak terhad kepada Kelab–kelab UMNO di Britain, USA, 
Australia, Kaherah dll sahaja .

Ini telah dilakukan di Sabah, di mana semua kaum Bumiputra berhak dan layak 
menjadi ahli UMNO, sama ada dari kaum Dusun Kadazan, Bajau. Murut, Melanau, 
Iban dll. Di Kelantan, Kedah dan Perlis, kaum berbangsa Thai telah diterima 
oleh UMNO Mahathir. Parti UMNO “United Malay National Organisation “ sudah 
dibuka oleh Mahathir untuk kaum-kaum Bumiputra lain dan tidak terhad kepada 
orang–orang Melayu sahaja.  Mungkin cadangan di atas tidak pelik untuk 
dibuat oleh Mahathir, kerana, dengan semangat  “MALAYSIA BOLEH “  sudah 
tidak ada yang tidak boleh didunia ini. Semuanya boleh.

Hanya dengan itu, UMNO akan terus hidup di atas muka bumi ini.
Jadi untuk menghadapi KEPUPUSAN ahli–ahlinya, cadangan yang dirasakan 
relevan adalah dengan  menurunkan syarat umur untuk menjadi ahli kepada 16 
tahun [ tingkatan 4 ]  akan dibuat semula dalam Perhimpunan Agung UMNO yang 
akan diadakan dalam bulan April 2000 nanti. Cadangan itu telah dibuat oleh 
Naib Presiden UMNO “ 241 “ Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berapa lama 
dulu.

Selaras dengan itu, tengoklah kalau tak percaya, had umur mengundi juga akan 
diturunkan kepada 16, 17 atau 18 tahun [ selaras dengan tuntutan BARISAN 
ALTERNATIF ].

Perubahan yang dilakukan oleh Mahathir, menunjukkan beliau merupakan seorang 
ahli politik yang cekap, licik dan masih bergeliga serta cepat bertindak.

Belum pernah berlaku dalam sejarah, seorang yang tidak mempunyai pengaruh,  
bukan tokoh politik apatah lagi bukan ahli parlimen dilantik menjawat 
jawatan kanan dalam kabinet, sebagai MENTERI PENDIDIKAN. Pada zaman Mahathir 
semuanya boleh. Demi KUASA, PANGKAT, HARTA dan KEDUDUKAN, semuanya boleh. 
MALAYSIA BOLEH. Politik menghalalkan cara.

Berbalik kepada perlantikan Tan Sri Dr. Musa Mohamad, Dato’ Aziz Shamsuddin 
dan  Profesor Dato’ Mahadhir Mohd Khir, kita perlu melihat dari dua sudut 
iaitu, Positif dan Negatifnya.

Bilamana kita melihat dari sudut yang baik, atau positif, saya sendiri 
mengalu – alukan perlantikan Prof. Tan Sri Dr. Musa Mohamad sebagai Menteri 
Pendidikan. Ianya sebenarnya sudah terlambat. Sepatutnya dari dahulu lagi, 
sebaik saja Malaysia  mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, usaha mengisi 
kemerdekaan dan membangunkan negara dipikul oleh orang yang ahli dalam 
bidangnya dan berkelayakan serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Ianya 
bukan saja terhad di bidang pendiidkan. Seharusnya merangkumi semua bidang, 
sama ada agama, pertanian, perumahan, ekonomi, kewangan, pertahanan, belia, 
sukan, kebudayaan, masyarakat, sains, teknologi, alam sekitar, tenaga, 
telekomunikasi dan lain–lain.

Apa yang diamalkan selama ini, kebanyakan menteri menyandang jawatan yang 
tidak berkaitan dengan kemahiran dan kepakarannya. Hakikatnya, kita belum 
MERDEKA dalam erti kata yang sebenarnya. Semua menteri menjadi tukang angguk 
dan “yes man“ kepada penjajah baru, iaitu MAHATHIR dengan fahaman 
MAHATHIRISMEnya.

Telah menjadi adat manusia, prejudis orang tidak dapat dihalang. Jika 
dilihat dari sudut negatif, ternampak, ini adalah antara usaha terdesak 
Mahathir untuk menyelamatkan takhtanya dan mempastikan jawatan PERDANA 
MENTERI dapat dipegang hingga ke akhir hayat.

Ini adalah sangat sesuai dengan kenyataan akhbar oleh beliau, kononnya, ini 
adalah penggal terakhir beliau berkhidmat untuk rakyat sebagai peneraju 
negara PERDANA MENTERI. Dengan penuh rasa tak malu,  beliau menyatakan , 
walaupun rakyat Malaysia mahukan beliau memegang jawatan itu hingga ke akhir 
hayat, beliau bertegas ini adalah penggal terakhir sebagai PM. Inilah 
manusia MUNAFIK terbesar abad moden ini.

Oleh itu, bila dipandang daripada sudut negatif, pemain–pemain utama di 
Kementerian Pendidikan,  iaitu Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha 
Parlimen merupakan perancang utama dan khadam Mahathir bagi menghadapi dan 
menangani GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF yang melibatkan sektor 
PENDIDIKAN.

Ketiga–tiga Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen merupakan 
tenaga pakar dalam bidang masing–masing, yang akan berhadapan dengan para 
pensyarah dan kakitangan Universiti, mahasiswa, Pendidik dan Pelajar 
sekolah.

Tujuan utama atau misi ini bermatlamat untuk ;-

Mengesahkan tahap sebenar penglibatan pensyarah, guru dan Mahasiswa dalam BA 
dan Reformasi
Mengekang dan mengawal serta menghadkan GERAKAN REFORMASI dan  BA
Mengembalikan kesemua pensyarah, guru dan pelajar menyokong UMNO.
Memulihkan Kementerian Pendidikan “ 241 “ akibat dicemari oleh Dato’ Najib.  
Ini telah ditunjukkan dengan penolakan secara menyeluruh orang – orang 
Melayu di Parlimen Pekan. Akibat dari kegagalannya mengawal para pendidik, 
pensyarah dan mahasiswa serta pelajar.
Mengimbangi tindakan dan langkah BARISAN ALTERNATIF yang telah menjemput 
Prof. Jomo.K.Sundram membentangkan belanjawannya, yang merupakan seorang 
tokoh ekonomi dan ahli akademik yang berwibawa , yang juga seorang yang 
bukan ahli politik. Maruah UMNO dan BN harus dipulihkan segera, supaya 
dilihat kembali sebagai penuh komitted dan berjaya.
Mengikut pengamatan yang saya lakukan, dengan perlantikan itu , pecahan 
tugas dibuat mengikut kemahiran, kepakaran, dan pengalaman serta objektif  
tertentu.
Prof. Tan Sri Dr. Musa Mohamad. Beliau berpengalaman luas di Universiti. 
Pernah menjawat tugas sebagai Dekan Pusat Pengajian Farmasi, USM, Timbalan 
Naib Cancelor dan Canselor USM. Berpengalaman luas mengendali dan mengawal 
selia pensyarah, pegawai dan kakitangan Universiti. Beliau akan ditugaskan 
menekan dan mengawal pensyarah, pegawai dan kakitangan universiti. Golongan 
pensyarah merupakan “think tank “ atau pemikir dan perancang utama dalam 
gerakan reformasi. Kampus – kampus universiti tempatan IPTA atau IPTS 
merupakan “stimulator“ , “activator “, “catalytor “ – pemangkin kepada 
GERAKAN REFORMASI, mendokong perjuangan Dato Seri’ Anwar Ibrahim selaras 
dengan KEBANGKITAN ASIA.

Gerakan senyap dan “smart“  di kalangan pensyarah universiti memberi kesan 
yang mendalam, menggempur kubu – kubu UMNO di seluruh negara.

Dato’ Abdul Aziz Shamsuddin. Beliau merupakan penasihat utama PM. Setiausaha 
Politik PM. Seorang Senator yang dilantik dan memegang jawatan Setiausaha 
Parlimen Kementerian Penerangan pada bulan Novemebr 1999, khusus bagi 
menghadapi pilihanraya ke–10 yang baru lalu. Beliau dikira berjaya 
menjalankan tugasnya dengan perancangan yang licik bagi mengekalkan majoriti 
2/3 BN. Beliau juga merupakan pendokong utama dalam gerakan menghapuskan 
Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO dan Kabinet. Kemahiran, keupayaan, 
kepakaran dan pengalaman beliau dalam sesuatu OPERASI KHAS amat  
mengkagumkan Mahathir. Lantas dengan itu, belaiu telah diberikan kepercayaan 
untuk melancarkan satu lagi OPERASI KHAS , iaitu, mengawal dan mengekang 
GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF di kalangan penjawat–penjawat 
sektor PENDIDIKAN.  Untuk jawatan ini, beliau ditugaskan khusus untuk 
menjaga Pendidik, iaitu guru–guru di sekolah menengah dan rendah serta para 
pelajarnya, di seluruh negara.

Laporan mengenai kegiatan guru dan pelajar sekolah di seluruh negara akan 
dikemaskini tiap–tiap hari. Polis cawangan khas, yang menyamar sebagai guru, 
pekerja makmal, juru jual malah sebahagian daripada guru–guru akan dilatih 
khas untuk menyerap maklumat,  akan berkeliaran di semua sekolah.

Taklimat harian akan diberikan oleh Aziz , selaku Setiausaha Politik kepada 
Mahathir. Ini akan memudahkan Mahathir merancang tindakbalas dengan serta 
merta yang akan memberikan kesan yang maksima.

Profesor Madya Dato’ Mahadhir Mohd Khir. Bekas pensyarah di Jabatan Sejarah, 
Fakulti Sastera, Universiti Malaya. Seorang ahli akademik terkemuka dalam 
bidangnya, pengkaji dan pengkritik politik. Beliau juga adalah seorang yang 
mengkagumi Mahathir dan UMNO. Berdasarkan pengalaman luas beliau di 
Universiti Malaya, kemahiran dan pengalaman untuk menghadapi golongan 
MAHASISWA telah memikat Mahathir untuk meletak beliau bertanding di Parlimen 
Sungai Petani. Ini bagi membolehkan beliau dilantik bagi menganggotai 
kabinet Mahathir dan dalam operasi tertentu. Dalam hal ini tugas utama 
beliau ialah mengurus, mentadbir dan menakluki MAHASISWA di semua universiti 
awam dan swasta.

Mahasiswa merupakan salah satu penggerak utama dalam gerak kerja dan perang 
saraf  BARISAN ALTERNATIF. Tenaga sukarela Mahasiswa dari semua universiti 
telah bebas, bersepadu, dan maju dalam menggempur semua kubu  kubu UMNO di 
seluruh negara. Ini adalah antara kejayaan terbesar Barisan Alternatif. 
Golongan mahasiswa, adalah berkecuali, tidak berparti, boleh diterima oleh 
masyarakat umum, khusunya orang–orang UMNO dan pengundi atas pagar. Kejayaan 
mereka memikat hati orang–orang UMNO dan atas pagar, menyaksikan, BARISAN 
ALTERNATIF berjaya menambahkan bilangan kerusi di Parlimen dan DUN, 
menambahkan majoriti BA serta seterusnya mengurangkan majoriti UMNO ke tahap 
yang cukup minimum dan menyesakkan. Akhirnya timbullah apa yang dipanggil 
fenomena  UMNO TELAH DITOLAK OLEH ORANG MELAYU

Kuasa beli yang ada pada para mahasiswa cukup berkesan untuk menundukkan ibu 
bapa, adik beradik, jiran, kawan–kawan dan masyarakat setempat. Kaedah dan 
cara yang dilakukan oleh mahasiswa amat menakjubkan.  Bahan kempen dan tajuk 
hujahan yang dikupas sangat memikat. Idea-idea yang dilontarkan mudah 
difahami oleh sasaran, iaitu pengundi “atas pagar “ mahupun orang – orang 
UMNO itu sendiri

Sehubungan dengan itu, mengikut penelitian saya , semua pihak yang terbabit, 
seperti yang disenaraikan, iaitu pensyarah, pendidik, mahasiswa dan pelajar 
perlu ada dan mesti mengatur langkah mengadakan PELAN BERTINDAK  atau 
“CONTINGENCY PLAN “ bagi menghadapi strategi Mahathir ini.

Ianya mesti ditangani secara berkumpulan [  jamaah ], bersistematik, 
berperancangan dan tekad serta semangat yang jitu, padu, BEBAS, SEPADU  dan 
MAJU.  Bukan apa, ini kerana, kemenangan dan kejayaan yang cemerlang yang 
kita semua hajati. Usaha untuk meroboh PROGRAM JAHAT Mahathir yang penuh 
sistematik, mesti dihadapi dengan perancangan dan tindakan yang lebih baik 
dan bersistematik juga.

Tulisan ini dimajukan bukan bermaksud tuan-tuan dan puan–puan tidak sedar, 
tidak tahu atau tidak dapat membaca  situasi yang ada, cuma untuk berkongsi 
rasa dan pendapat serta pandangan. Ingat dan mengingati amat mustahak dalam 
gerakan ini.

Sebenarnya, saya tidak ingin memberikan apa–apa cadangan atau langkah- 
langkah yang perlu dibuat. Itu terpulang kepada kebijaksanaan, kepakaran dan 
ilmu yang ada.

Lagipun saya sangat berminat kiranya artikel mengenai PERANCANGAN Mahathir 
ini dibuka untuk perbincangan, kritikan, komen dan pendapat umum. Kemukakan  
kritikan, hujahan, komen dan pendapat  tuan- tuan dan puan - puan  demi 
untuk kebaikan bersama. Ini sangat penting  sebagai persediaan menghadapi 
pilihanraya ke–11 nanti. Alangkah moleknya,  kalau kita dapat mengatur 
strategi supaya berada selangkah di hadapan musuh. Kita hidu dan cium dahulu 
perancangan mereka. Dengan itu, kita dapat membuat persediaan yang cukup 
sebelum turun ke gelanggang.

Cuma satu pandangan ikhlas dari saya, apapun, dalam membuat perancangan dan 
bertindak, kita perlu “ SMART.” Teruskan perjuangan. Semoga kita akan terus 
berjaya.


AHLI  UMNO YANG KEKAL SOKONG PAS.
14 Disember 1999.




--------------------------------------------------------------------------------


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke